Khamis, 30 Mac 2017

Pakatan Ali Baba yang semakin pupus menjelang PRU 14

Segala yang berlaku dalam Pakatan Harapan mesti mendapat izin dari Lim Kit Siang. Takkan tak Nampak lagi, siapa yang paling berkuasa dalam Pakatan Harapan..?

PKR, PPBM, PAN antara parti di dalam naungan Pakatan Harapan.  Mereka masing-masing punya pemimpin tertinggi namun di dalam kepimpinan tersebut keputusan muktamatnya  mestilah datangnya dari DAP. 

Baru-baru ini MP Kota Belut menyarankan agar Pemimpin Dap patut berterimakasih kepada beliau kerana berani menyampaikan hasrat akar umbi DAP agar Lim Kit Siang diminta undurkan diri setelah memegang pucuk pimpinan Parti Dap selama 51 tahun.  Sudah tiba masanya Parti Dap melantik muka-muka baru bagi mewarnai Parti Dap.  Ramai pemimpin DAP tidak berani bercakap di luar dan mereka akan berterimakasih kepada saya dan rakan-rakan dalam BN yang mengatakan bahawa sudah sampai masanya Lim Kit Siang bersara. 

Umurnya pun telah mencapai 76 tahun dan 51 tahun dalam arena politik.  Cukup-cukuplah menjadi racun berbisa yang merosakkan rakyat Malaysia.  Ramai ahli Dap juga menyedari akan kepincangan tersebut bila beberapa pemimpin DAP Melaka meletakkan jawatan kerana tidak boleh lagi menerima cara kepimpinan DAP Pusat.  Ini membuka mata pada yang lainnya dan ura-ura ada mengatakan bahawa terdapat beberapa pemimpin DAP akan menyertai BN mula tersebar dan ini juga menunjukkan yang BN kini semakin diyakini kepimpinannya.


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan