Sabtu, 25 Mac 2017

Azmin gesa PAS-PKR berdamai selepas sehari menyindir Nik Abduh

Selepas mengutuk sekarang buat U-Turn memujuk pula... Ini menunjukkan PKR takut bila sedar kerusi empuk bila-bila sahaja berpindah hak milik..Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa PAS dan PKR menghentikan perbalahan dalam media, sebaliknya kedua-dua parti perlu membincangkan masalah mereka secara tertutup.  “Ini bukan masanya untuk kita berbalah secara terbuka. Saya menggesa semua pihak duduk dan berbincang,” kata timbalan presiden PKR itu selepas merasmikan Liga Bola Keranjang Komuniti Nasional ke-11, hari ini.


“Paling penting, letak kepentingan negara dan rakyat di tempat pertama kerana keutamaan kita ialah hadapi pilihan raya akan datang,” katanya.
Ketegangan antara kedua-dua parti semakin memuncak di Selangor selepas Azmin mengejek kekalahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam pemilihan PAS Kawasan Pengkalan Chepa di Kelantan, pada 18 Mac lalu.  Anak bekas mursyidul am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencabar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin untuk jawatan timbalan yang dipertua PAS kawasan terbabit, tetapi beliau sekadar meraih 37 undi berbanding 209 undi diraih Izani.


Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa disandang Nik Aziz dari 1974 sehingga 1986.  Azmin menerusi Twitter menulis: “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.” Sindiran ini dilihat ditujukan kepada Nik Abduh

Semalam, Ketua Wanita PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menyifatkan Azmin umpama “kacang lupakan kulit” dan memberi amaran supaya tidak mencabar kesabaran parti Islam itu.
Beliau turut mengingatkan Azmin PAS yang membantu dan membenarkan beliau serta PKR memerintah Selangor.  “Azmin sepatutnya sedar dia pegang kerusi menteri besar atas cadangan PAS. Kalau nak harap parti dia sendiri, namanya langsung tiada dalam senarai,” kata Hasrina.

Azmin yakin perbalahan PAS-PKR boleh diselesaikan dengan baik.   “Saya yakin sebelum ini banyak isu yang lebih besar dari ini dan kita boleh selesaikan. “PKR sentiasa mengambil sikap untuk berbincang, berunding walaupun terdapat perbezaan. Perbezaan itulah kekuatan kita untuk mencapai permuafakatan lebih kuat untuk negara dan rakyat.   “Saya yakin dengan kewibawaan kepimpinan parti sama ada dalam Pakatan Harapan, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PAS.
“Saya yakin mereka mahu negara lebih baik dari sekarang dan itu boleh dicapai melalui perbincangan dan rundingan,” katanya.

azmin
Azmin berkata, “PKR tidak pernah putuskan hubungan dengan mana-mana pihak. Ini kekuatan PKR, PKR sentiasa "terbuka" dan itu terserah pada pihak lain. “Itulah kekuatan PKR kerana kami sentiasa terbuka untuk perbincangan. Walaupun terdapat perbezaan di antara kita, perbezaan ini yang memberi kita kekuatan untuk mencapai kata sepakat antara satu sama lain.”



Semalam, Pemuda PAS Kuala Selangor, Subang, Serdang dan Pandan sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR, selepas usul sama diluluskan di Tumpat (Kelantan), Permatang Pauh serta Bayan Baru (Pulau Pinang).  PAS bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, sekutu PKR dalam Pakatan Harapan.



Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan