Ahad, 19 Mac 2017

Makin banyak lagi Pas Kawasan minta Pas Pusat putuskan hubungan dengan Pkr

PANAS !!! SEMAKIN BANYAK PAS KAWASAN MINTA PAS PUSAT PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR!!!

PKR sememangnya amat memerlukan PAS dalam serba-serbi. Sehinggakan untuk menggantung bendera dan bunting pun, PKR akan serahkan kepada jentera propaganda dan penerangan PAS. Tanpa PAS, PKR pincang, tidak boleh bergerak, kaku malah tidak akan ke mana-mana walaupun pada masa yang sama, PKR cuba untuk tidak memperakui hakikat tersebut.

Tepat sebagaimana yang dikatakan, PKR memang cepat lupa diri dan tidak kenang budi. Walaupun hendak hidup, perlu bergantung kepada PAS, tetapi PKR lebihkan DAP yang hanya pandai mempergunakan mereka dengan puji-pujian.

 PAS Kawasan Tumpat secara berterus-terang mendesak PAS Pusat agar segera memutuskan hubungan dengan PKR, selaras dengan kenyataan Presiden PAS yang parti itu akan memutuskan hubungan dengan PKR seandainya PKR berterusan bekerjasama dengan Lim Kit Siang-Guan Eng dan DAP. Alasan yang diberikan oleh PAS Tumpat ialah, PKR terlalu biadap apabila menarik Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat yang menang atas tiket PAS tetapi kemudian lari ke PKR selepas berjaya mengkhianati PAS.

Manakala PAS Kawasan Permatang Pauh pula turut berterus-terang mahu PAS Pusat memutuskan hubungan dengan PKR setelah PKR bukan sahaja tidak mengenang budi, tetapi juga berusaha memusnahkan PAS walaupun pada masa yang sama, kemenangan PKR di Parlimen Permatang Pauh dan DUN-DUNnya banyak dibantu oleh akar umbi PAS.

PAS Selangor pula terutama menerusi Setiausahanya, Khairuddin Othman turut menunjukkan sikap keras terhadap DAP terutama sekali ke atas Lim Kit Siang yang merupakan Paramount Leader DAP.
Semakin berat PKR sekarang ini. Yang pasti tanpa PAS, PKR tidak akan berfungsi sama sekali walaupun pada masa yang sama parti yang turut dibarisi oleh bukan Melayu itu.

Kalau PAS Pusat memutuskan terus hubungan dengan PKR, memang PKR akan ghuyub terus. Satu-satunya cara untuk PKR terus bernafas adalah dengan menggabungkan diri bersama-sama Cap Bunga, PAN dan DAP, bukannya berdiri atas kaki sendiri seperti sekarang!

Menjelang PRU 14 nanti, kita akan lihat siapakah yang akan tegakkan bendera DAP dan PKR, Amanah dan Bungaraya...


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan