Isnin, 3 Februari 2020


Satu Analisa terkini politik di Malaysia (siri 1)

Umum mengetahui bahawa PM ke-7 Tun Mahathir seboleh2nya tidak mahu menyerahkan jawatan PM ke-8 kepada DSAI. Manakala DSAI seboleh2nya berusaha sedaya upaya untuk merebut jawatan PM ke-8 itu. Kontradiksi ini umpama "api di dalam sekam" kepada kerajaan PH.

Bilangan MP terkini kerajaan PAKATAN HARAPAN selepas PRK Tanjung Piai dan PRK Kimanis setelah 20 bulan PH mentadbir kerajaan persekutuan Malaysia.
    PKR 50
    DAP 42
    PPBM 25
    PAN 11
    PWS 9
    UPKO 1
Jumlah = 138 MP

Pergolakan dalaman yang berlaku telah menyebabkan parti2 komponan PH telah berpecah sesama mereka.

1. PKR 50 MP telah berpecah kepada 2
i. PKR DSAI 34 MP
ii. PKR DSAA 16 MP
2. DAP 42 MP berpecah kepada 2 kumpulan
i. Keluarga Lim
ii. Blok Gorbind
***50-50
3. PPBM 25 MP berpecah kepada 2
i. Tun Mahathir 20 MP
ii. TSMY 5 MP
4. PAN 11 berpecah kepada 2
i. Mat Sabu 5 MP
ii. Khalid Samad 6 MP
5. PWS 9 MP
6. UPKO 1 MP

Kedudukan bilangan MP yang menyokong gerakkan kerajaan pintu belakang pimpinan Tun Mahathir adalah;
1. Tun Mahathir 20 MP
2. PKR DSAA 16 MP
3. Mat Sabu 5 MP
4. PWS 9 MP
5. UPKO 1 MP

Sejumlah 51 MP yang sokong gerakkan kerajaan pintu belakang pimpinan Tun Mahathir merupakan satu kedudukan tidak selesa dan terlampau kecil berbanding 87 MP yang menyebelahi DSAI. Tun memerlukan minimum 61 MP lagi untuk mencapai jumlah "simple majority" 112 MP, manakala minimum 25 MP sahaja yang diperlukan oleh DSAI untuk melakukan sesuatu perubahan pada kedudukan kerajaan PH.

Maka, menyedari hakikat itulah Tun Mahathir merancang untuk berunding secara terus (direct negotiation) dengan Presiden2 atau wakil2 yang membawa suara Presiden bagi menyatakan maksud beliau untuk membentuk gabungan kerajaan bumiputera bersama MN, GBS (Sarawak) dan GPS (Sabah).

Secara konklusi
1. Tun Mahathir memerlukan minimum 61 MP bagi membentuk satu kerajaan baru berasaskan gabungan parti2 dari MN (UMNO, PAS, MCA,MIC dan GAGASAN SEJAHTERA), GBS (Sarawak) dan GPS (Sabah).
2. DSAI memerlukan minimum 25 MP bagi membangkitkan usul "vote no confidence" terhadap Tun Mahathir di Dewan Parlimen pada Mac 2020.
3. Persoalan: Adakah menjadi satu keperluan gabungan suara parti2 pembangkang campur tangan atau mengambil kesempatan di dalam perseteruan antara Tun Mahathir dan DSAI?
3.i. Sekiranya jawapan tersebut adalah "perlu", siapa yang perlu ikut syarat siapa?. Adakan Tun Mahathir perlu ikut syarat suara2 dari gabungan parti2 pembangkang?. Atau suara2 dari gabungan parti2 pembangkang perlu ikut syarat2 dari Tun Mahathir?.
3. ii. Dalam situasi ini, siapa yang benar2 terdesak?. Mengapa sampai "minta nyawa"?.

3hb Febuari 2020
Oleh: Pena MZR