Rabu, 24 Februari 2021

Isu Kontroversi pemberian tender di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kerajaan PN bagi projek Sistem Keselamatan Bersepadu (NIIS) untuk Jabatan Imegresen Malaysia (KDN/PL 48/2019).

Satu Analisa: Adakah wujud campurtangan politik?. (siri 1).

■ Dalam siri 1 hingga siri 5, rujukan yang digunakan telah ditelaah bagi mencari petunjuk yang dilihat mungkin adanya unsur2 kontroversi terkait dengan proses pemerolehan tender NIIS ini dengan campurtangan politik seperti yang hangat diperkatakan. Jika ada analisa fakta melibatkan keputusan korporat, fakta2 yang diolah perlu diterjermah mengikut teknikal korporat seperti turun naik harga pasaran saham, reaksi syarikat kepada tawaran yang diterima dan fakta2 pengambilalihan syarikat.

■ Projek Sistem Keselamatan Biometrik di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menjadi topik perbualan setakat ini ialah;

1. Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System-NERS).

Kontraktor: Nexbis Sdn Bhd 

Tarikh: 29hb September 2010.

2. National Immigration Control System (SKIN)

Kontraktor: Prestariang Bhd 

Tarikh: 18hb Julai 2017.

3. Projek Sistem Keselamatan Bersepadu (NIIS)

Kontraktor: Iris Corp Bhd 

Tarikh: 29hb Januari 2021

■ Pada 29hb September 2010, Nexbis Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor utama projek NERS bernilai RM912 juta secara "direct nego" oleh TSMY (Timbalan Perdana Menteri ketika itu). Rahsia ini terbongkar apabila minit mesyuarat bertarikh 17hb Mac 2011 yang dipengerusikan oleh TSMY telah disebar oleh beberapa blogger telah menarik perhatian dan tatapan umum. Portal berita Malaysiakini bertajuk "Is Muhyiddin sour because of frozen projects? mendedahkan bahawa ada seorang Datuk merupakan menantu TSMY menjadi individu utama dibelakang syarikat Nexbis yang diberikan kontrak". Siapa menantu TSMY itu?. Individu tersebut adalah Datuk Adlan Berhan.

■ Manakala tender untuk kontrak projek NIIS pula dilakukan secara tender terbuka dan dimenangi oleh syarikat Iris Corp Bhd. Ianya dikaitkan dengan usaha syarikat S5 Systems Sdn Bhd menjadikan Iris Corp Bhd sebagai kenderaan syarikat (vehicle company) manakala S5 Systems sebagai "pemandu" di dalam satu pembentukan konsortium. S5 Systems dilonjakkan sebagai faktor penyebab anugerah tender projek NIIS ini diberi kepada Iris Corp Bhd. S5 Systems Sdn Bhd ketika ini dikuasai oleh proksi Datuk Adlan Berhan iaitu Syed Mohammad Hafiz Syed Razlan.

■ Konsep perlaksanaan projek NERS dan NIIS mempunyai ciri2 persamaan iaitu Nexbis Sdn Bhd dan Iris Corp Bhd sebagai kontraktor utama akan menawarkan kerja subkontrak kepada syarikat2 berkaitan yang telah membentuk konsortium dengan mereka. Pembentukan konsortium yang dilaksanakan pada 30hb Jun 2020 disertai oleh Iris Corp Bhd, S5 Systems Sdn Bhd, MyEG Services Bhd, Datasonic Group Bhd dan HeiTech Padu Bhd. Ketika berlakunya peristiwa perebutan di dalam pengambilalihan (RTO) syarikat S5 Systems di antara ConnectCounty Holdings Bhd dan anak syarikat milik penuh MyEG Services Sdn Bhd (MyEG Capital Sdn Bhd), ianya menimbulkan persoalan syak kepada pemain2 industri yang berkaitan tentang kepentingan S5 System Sdn Bhd kepada ProjekNIIS.

■ Ketika musim projek NERS, syarikat S5 Systems juga memainkan peranan penting apabila S5 Systems dikatakan memiliki catatan prestasi dan kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam penyediaan penyelesaian keselamatan negara. Pada masa itu S5 Systems dikuasai oleh DS Johann Young melalui NSA Technology Sdn Bhd. NSA Technology Sdn Bhd adalah pemegang saham tunggal S5 Systems Sdn Bhd.

■ DS Johan pernah merancang untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan S5 Systems Sdn Bhd melalui satu perjanjian perjualan saham bersyarat antara NSA Technology Sdn Bhd dan Goodway Integrated Industries Bhd (GIIB) pada 16hb Julai 2016. Sekiranya menjadi kenyataan GIIB akan menyuntik modal RM900 juta ke dalam ekuiti S5 Systems Sdn Bhd. Tetapi pada 15hb Febuari 2017, Goodway telah menarik balik cadangan korporat tersebut kerana NSA Technology Sdn Bhd bukan lagi milik DS Johann Young. Persoalan: i. Kenapa DS Johan Young melepaskan pemilikan tunggal syarikat NSA Technology Sdn Bhd?. ii. Kenapa DS Johann mensia2kan peluang yang dipersetujui bersama dengan GIIB?. Kerana kelaziman ahli perniagaan seperti DS Johann Young, beliau tidak akan lepaskan peluang yang dirancang kecuali ada faktor penghalang yang mengganggu fikiran.

■ DS Johan Young meletak jawatan di S5 Systems pada 14hb Julai 2018 dan telah diganti oleh Syed Mohammad Hafiz Syed Razlan pada 13hb Julai 2018. Manakala saham syarikat NSA Technology Sdn Bhd milik DS Johann melalui syarikat Tenang Masyhur Sdn Bhd yang berakhir pada 15hb Febuari 2017 telah diambilalih oleh Syed Mohammad Hafiz Syed Razlan.

■ Data SSM menunjukkan bahawa NSA Technology Sdn Bhd dimiliki oleh syarikat NSA Technology ( L) Ltd. Tidak diketahui siapa pemilik NSA Technology ( L) Ltd. Pemeriksaan di SSM menunjukkan bahawa pemegang saham MAL adalah 

1. Vent Millions Sdn Bhd

2. Barolagun Sdn Bhd

3. Venstrait Sdn Bhd 

4. Dan lain2 syarikat yang dimiliki oleh syarikat berpusat di pulau Tortola, di Kepulauan Virgin Britain. 

■ Persoalan: Oleh kerana S5 Systems terlibat dalam penawaran untuk projek NIIS (walaupun secara pintu belakang), sepatutnya pemegang saham utama di NSA Technology ( L) Ltd perlu didedahkan. Ini kerana projek NIIS adalah kontrak awam utama atau tender pemerolehan kerajaan yang mana orang ramai berhak tahu siapa individu dalam syarikat tersebut yang diberikan kontrak kerajaan itu. Jadi, siapa berada di belakang S5 Systems?

Oleh : Pena MZR

24Hb Feb 2021

Rujukan 

1.

https://m.malaysiakini.com/letters/315942

2.

https://www.google.com/amp/s/www.nst.com.my/amp/business/2020/06/604670/iis-contract-be-awarded-3q-year

3.

https://www.theedgemarkets.com/article/goodway-withdraws-corporate-proposals-appoints-new-principal-adviser

4.

https://www.theedgemarkets.com/article/goodway-withdraws-corporate-proposals

5.

https://www.theedgemarkets.com/article/myeg-partners-s5-strengthen-bid-niis-contract

6.

https://www.suaramelayubaru.xyz/2016/07/bongkar-panas-minit-mesyuarat-ini.html

Sabtu, 13 Februari 2021

Isu Kontroversi pemberian tender di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kerajaan PN bagi projek Sistem Keselamatan

Bersepadu (NIIS) untuk Jabatan Imegresen Malaysia (KDN/PL 48/2019).-S5 Systems Sdn Bhd merancang jalan pintu belakang melalui Ancom Logistic Bhd (Siri 4)

■ Maklumat pemfailan di Bursa Malaysia yang dikemaskini mendapati, susunan pemegang saham di dalam S5 Systems Sdn Bhd adalah seperti berikut;

1. S5 Systems Sdn Bhd adalah anak syarikat S5 Holdings Inc. 

i. Ancom Logistic Bhd pula menguasai S5 Holdings Inc. 

ii. Pengerusi Executif Ancom dan pemegang saham utama Ancom Logistic Bhd ialah Datuk Siew Ka Wei. Pernah suatu masa iaitu pada 20hb September 2016, Datuk Siew Ka Wei dilantik sebagai pengerusi Tourism Malaysia.

iii. TS Datuk Dr. Ampikaipakan A/L S. Kandiah merupakan Pengarah Ancom Logistic Bhd yang dilantik semula mengikut klausa 130 konstitusi syarikat (Ordinari Resolusi 3). Beliau ahli Lembaga Pemegang Amanah Lung Foundation of Malaysia (LFM), mempunyai klinik AMPI Chest Medical Clinic Sdn Bhd dan merupakan doktor peribadi TSMY.

2. Saham S5 Holdings Inc dimiliki oleh; 

i. S7 Holdings Sdn Bhd (76.38%). Antara pengarah S7 Holdings ialah Syed Mohamad Hafiz Syed Razlan, Kamarul Baharin Ghazali dan Jennie Tan Jen Yih.

ii.  Merrington Assets Ltd (10%)

- Syarikat yang ditubuhkan British Virgin Islands (BVI)

iii. MyEG Capital Sdn Bhd (10%) 

- Anak syarikat MyEG Services Bhd

iv. Avocat Sdn Bhd (3.62%).

3. Avocat Sdn Bhd dimiliki oleh Lim Beng Guan. Beliau adalah Pemegang saham tunggal (sole shareholder) dan pengarah Avocat Sdn Bhd. 

4. Maklumat dari portal The vibes menyatakan Lim Beng Guan pemilik syarikat Agathistwo Jia Sdn Bhd. Dato Adlan Berhan (menantu TSMY PM ke-8) pernah menjadi pengarah dan pemegang saham syarikat Agathistwo Jia Sdn Bhd sebelum beliau meletak jawatan pada 21hb September 2018.

5. Pengarah S5 Systems pula terdiri daripada Syed Mohammad Hafiz Syed Razlan (proksi Adlan Berhan), Aaron Loke Khy-Min, Kurian Thomas Jacob Thomas, Chan See Siang dan Effendi Ramli. Syed Mohammad Hafiz juga pengarah tunggal (sole director) NSA Technology Sdn Bhd dengan pegangan saham sebanyak 76.4%.

■ Apabila bertiup spekulasi projek NIIS akan dianugerahkan dalam waktu terdekat, beberapa saham2 syarikat berkaitan di Bursa Malaysia melonjak naik. Antaranya pada 11hb Ogos 2020 saham Datasonic Group Bhd melonjak hampir 40% dalam masa sebulan iaitu 91 sen pada 13hb April 2020 kepada RM1.27 pada 12hb Mei 2020. Saham Scicom MSC Bhd pula naik 29% kepada 94 sen pada 8hb Mei 2020 dari 73 sen pada 7hb April 2020. Begitu juga saham HeiTech Padu Bhd yang meningkat 50% kepada RM1.04 pada 8hb Mei dari 69 sen pada 7hb April 2020. Sementara itu, saham Opcom Holding Bhd melonjak 53% kepada 58 sen dari 38 sen dalam masa sebulan.

■ Pada 24hb Ogos 2020 mingguan The Edge Malaysia melaporkan, IRIS Corp Bhd dan MyEG Services Bhd berada disenarai teratas perolehan projek NIIS. Ianya dikatakan seperti akan dianugerah kepada 2 syarikat pembida ini kerana syarat2 dokumen tender membenarkan bidaan dibuat melalui syarikat konsortium. 

■ Persoalan: Dimanakah kedudukan syarikat S5 Systems apabila syarikat IRIS Corp Bhd dan MyEG Services Bhd akan mendapat projek NIIS ini?. Untuk itu, lihatlah fakta2 di bawah;

1. IRIS Corp Bhd membida melalui konsortium yang terdiri daripada S5 Systems Sdn Bhd. S5 Systems dimiliki oleh S5 Holdings Inc, yang mana MyEG Services Bhd mempunyai 10% equiti. S5 Holdings pula diambil-alih (RTO) oleh Ancom Logistics Bhd.

2. Saham S5 Systems juga melibatkan 10% saham MyEG. MyEg merupakan pemegang saham terbesar Heitech Padu. Wong Thean Soon pengasas My E.G. Services Bhd dan pengerusinya Datuk Norraesah Mohamad adalah pemegang saham dalam syarikat Heitech Padu Bhd iaitu 5.38% pegangan atau 5.45 juta saham. Heitech Padu adalah syarikat pemaju (developer) myIMMS. Kepakaran yang ada pada Heitech Padu memudahkan pembangunan sistem NIIS. Lain2 pembida seperti Datasonic Group Bhd, Dagang Nexchange Bhd (DNeX), Dataprep Holdings Bhd, Scicom (MSC) Bhd, Omesti Bhd dan Kumpulan Fima Bhd turut mendapat bahagian mereka dalam konsortium syarikat.

■ Menurut portal The Malaysianist, beberapa pembida menyuarakan telah berlaku campur tangan politik di dalam proses pemilihan kontrak konsesi Sistem Integrasi Immigresen Kebangsaan (NIIS).


13hb Febuari 2021

Oleh: Pena MZR

Rujukan 

1.

https://www.bloomberg.com/profile/person/1920172

2.

https://dayakdaily.com/pmo-muhyiddin-cleared-of-cancer-fit-to-serve-nation/

3.

https://www.klsescreener.com/v2/announcements/view/3235309

4.

https://themalaysianreserve.com/2020/07/17/s5-holdings-to-go-public-via-reverse-takeover-of-ancom-logistics/

5.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/07/18/ancom-springs-a-surprise

6.

https://klse.i3investor.com/servlets/stk/0048.jsp

7.

https://puontribune.com/2020/08/11/who-will-win-the-rm1-5-bil-immigration-system-contract/amp/

8.

https://www.theedgemarkets.com/article/newsbreak-iris-myeg-front-runnes-niis

9.

https://www.theedgemarkets.com/article/my-egs-managing-director-emerge-substantial-shareholder-heitech-padu

10.

https://www.themalaysianist.com/durian-runtuh-menantu-muhyiddin/amp/

Rabu, 20 Januari 2021

Gerakan Kumpulan C5 Publika

■ Kumpulan risik cybertrooper UMNO telah dapat mengesan gerak kerja Kumpulan C5 Publika. Mereka ini digerak oleh rangkaian yang ada kaitan dengan Tun Mahathir. Licik, bersih (clean), lancar sama seperti gerakan bos mereka Tun Mahathir.

■ Kumpulan C5 Publika merupakan perancang utama dalam barisan Kerajaan PN, terdiri daripada 2 individu dari PAS, 2 individu dari PKR dan seorang dari PPBM, iaitu;

i. Dr Samsuri MB Trengganu  

ii. Datuk Takiyuddin SUA PAS

iii. DS Azmin Ali 

iv. Zuraida Kamaruddin 

v. DS Hamzah Zainuddin 

■ Gerakan asas utama bagi Kumpulan C5 Publika ini ialah "memecahkan kelompok parti asal (samada UMNO, PAS, PKR, DAP dll) supaya menjadi kecil dan lemah". Kemudian "reform" di bawah pengaruh mereka seperti mana yang sedang dilakukan oleh TS Annuar Musa menentang Presiden UMNO dari dalam dan terang2an. Tujuan TS Annuar Musa hanya satu: pecahkan parti UMNO kepada kelompok kecil supaya UMNO lemah. 

■ Dr Ahmad Samsuri adalah seorang teknokrat PAS. Muncul di arena politik boleh dikatakan lewat tetapi berjaya membina kedudukan dan berjaya memposisikan diri di dalam PAS dengan begitu cepat. Bermula sebagai SETPOL kepada Presiden PAS pada tahun 2008.

■ Menerusi muktamar PAS pada tahun 2015, Dr Samsuri berjaya merancang satu gerakan menghalang pemberontakan kumpulan G18. Beliau dapat memperdaya dan menjatuhkan kumpulan Anti Ulama (G18) sehingga keluar dari PAS. Mulai dari saat itu, beliau mula melangkah lebih jauh sebagai Pengarah Pilihanraya PAS dan kini sebagai MB Terengganu Darul Iman. 

■ Dr Samsuri mengenali DS Hamzah Zainuddin SUA PPBM sejak tahun 2010. Mereka berdua diasuh dan diajar teknik2 berpolitik oleh Tun Mahathir. Sebelum PPBM berpecah selepas "Langkah Sheraton", Dr Samsuri sangat mudah untuk keluar masuk ke pejabat PM Tun Mahathir. 

■ Dr Samsuri dan Datuk Husam Musa tahu selok below bagaimana caranya mencari jalan untuk melangkah naik di dalam gerakan Islam terutama di dalam PAS.

■ Dr Samsuri bergerak di dalam PAS menggunakan prilaku sama seperti gerak kerja Datuk Husam Musa. Beliau belajar cara2 dan teknik mudah untuk menonjol di dalam PAS dengan mendekati para Ulama PAS. Datuk Husam Musa naik melalui hubungan baik dengan arwah TG Nik Aziz. Manakala Dr Samsuri naik melalui hubungan baik dengan Tn Guru Hj Hadi. 

■ Strategi ini nampak sangat berjaya bagi mereka yang mahu melangkah jauh dalam dunia politik dajjal terutama bagi negara yang mempunyai gerakan Islam seperti PAS.

■ Dr Samsuri tidak bersendirian, dari sudut dana, DS Najib pernah berjaya dipujuk oleh beliau untuk menjadi penyumbang utama dana kepada beliau (Dr Samsuri) untuk ke kerusi MB Terengganu. Satu ketika dulu, beliau sangat rapat dengan SETPOL DS Najib. Berapa sahaja yang Dr Samsuri mahu, pasti akan masuk terus ke akaun Pilihanraya PAS. 

■ Dari suatu sudut, Dr Samsuri mungkin lebih bijak daripada DS Najib kerana beliau mengguna pelbagai akaun untuk tujuan peribadi. Mungkin ini kepakaran yang dia belajar dari Tun Mahathir.

■ Di dalam PAS, Dr Samsuri mula membina cita2 politik melalui team Maulana Syaari Kelantan. Dia mula membina pengaruh di dalam PAS melalui hasil usaha gigih team Maulana Syaari. Team Maulana Syaari bekerja siang malam bagi memastikan Dr Samsuri berada tepat pada kedudukan terbaik di dalam PAS tetapi bukan percuma, team Maulana Syaari memberi syarat, mereka mesti dapat habuan hasil di Terengganu. 

■ Namun begitu, Dr Samsuri bukanlah seorang yang bodoh, dia pakar putar belit dan bekas pensyarah aerospace. Team Maulana Syaari bukanlah matlamat utama Dr Samsuri, bak kata orang tua2, "habis madu sepah dibuang" . 

■ Kini kisah jatuh bangun Kerajaan Perikatan Nasional berkait rapat dengan cita2 politik Dr Samsuri. Kerana beliaulah yang memainkan peranan besar meyakinkan TG Hj Hadi tentang Kerajaan PN. 

■ Sekiranya Kerajaan PN gagal dalam kempen darurat ini. Dr Samsuri perlu melupakan cita2nya untuk merampas jawatan Presiden PAS dan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. (Bersambung)


20hb Januari 2021

Oleh: Pena MZR

Sabtu, 19 Disember 2020

Fakta Ringkas di mahkamah oleh TS Shafee Abdullah: Siapa Nik Faisal Ariff Kamil bekas CEO SRC International?. (Siri 2)


■ Nik Faisal (CEO SRC) adalah individu yang diberi tanggungjawab terhadap hal2 kewangan dan pentadbiran di syarikat SRC International. Di dalam kes pemindahan wang RM42 juta dana SRC, beliau telah gunakan kuasa yang ada padanya dengan mengarahkan pemindahan wang berjumlah RM50 juta dari syarikat SRC dilakukan kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) dan Gandingan Mentari Sdn Bhd (Datuk Suboh Md Yassin: S.H.1/7/2019).

■ Bekas pengarah bukan eksekutif SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin telah diarahkan menandatangani 3 surat arahan pemindahan wang berjumlah RM50 juta oleh CEO SRC, Nik Faisal Ariff Kamil. 3 surat arahan itu melibatkan 3 transaksi perbankan iaitu RM40 juta, RM5 juta dan RM5 juta daripada SRC International kepada Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd antara 24hb Disember 2014 dan 6hb Februari 2015 (MD: 1 year: Suboh Md Yassin).

■ Pengarah Urusan IPSB, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman dengan tegas mengesahkan (Dr Shamsul Anwar: S.H: 15/05/19);

1. "Sekiranya saya tahu AmPrivate Banking-MY (nombor akaun 211202201880) adalah milik DS Najib, saya tidak akan membuat pembayaran berjumlah RM27 juta". 

2. "Saya juga tidak akan buat pembayaran berjumlah RM5 juta ke akaun bernombor 2112022011906 dan RM10 juta ke dalam akaun bank bernombor 211202201880 jika saya tahu ianya milik DS Najib. 

3. "Borang remittance (kiriman wang) yang diterima menyatakan bahawa tujuan pembayaran adalah untuk program CSR". Timbul percanggahan kerana IPSB tidak pernah membuat bayaran untuk program CSR ke akaun DS Najib". 

4. "Pemindahan wang berjumlah RM42 juta itu dilakukan kerana diarahkan oleh Ung Su Ling (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) dan Dennis See (Pengarah Projek YR1M) iaitu pemberi dana kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd". CEO YR1M dan Pengarah Projek YR1M juga tidak mengetahui sumber sebenar dana tersebut dan motif pemindahan ke akaun2 tersebut. 

5. "Saya pernah meminta Puan Aishah Ghazali (bekas Eksekutif Akaun Kanan IPSB ) membuat semakan pemilik akaun tersebut selepas pemindahan wang dilakukan tetapi polisi pihak bank tidak boleh membuat semakan untuk pihak ketiga. 

6. Beliau menghubungi Nik Faisal Ariff Kamil (CEO SRC) bertanyakan punca dana RM42 juta dan Nik Faisal tidak memberitahu bahawa wang tersebut datang dari SRC International (Dr Shamsul Anwar: MK: 28/05/19)

7. Beliau hanya mengetahui bahawa dana RM42 juta adalah milik SRC melalui Gandingan Mentari Sdn Bhd iaitu anak syarikat SRC apabila membaca artikel yang disiarkan dalam laman web Wall Street Journal ketika berada di Belgium antara 1hb dan 2hb Julai 2015 (Dr Shamsul Anwar: S.H: 15/05/19).

Rujukan 

1. 

https://www.sinarharian.com.my/article/35280/BERITA/Mahkamah/Nik-Faisal-arah-saya-tandatangan-surat-arahan-pemindahan-wang-Saksi

2.

https://www.google.com/amp/s/malaysiadateline.com/nik-faisal-arah-tandatangan-surat-arahan-pemindahan-wang-kata-saksi/amp/

3.

https://www.sinarharian.com.my/article/28317/BERITA/Mahkamah/Saya-tidak-akan-buat-bayaran-RM42-juta-jika-tahu-itu-akaun-Najib

4. https://m.malaysiakini.com/news/477689


Oleh: Pena MZR

20hb Disember 2020

Khamis, 19 November 2020

Cubaan Rampas Kuasa (Kudeta) 2015

Cawangan Khas Bukit Aman temui bukti.

※ Segalanya bermula pada 10hb Februari 2015, apabila Tong Kooi Ong  bersama Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Ho Kay Tat telah bertemu Clare Rewcastle-Brown dan Andreas Xavier Justo di sebuah hotel di Singapura. Pertemuan tersebut telah membawa kepada bukti kukuh tentang penglibatan Jho Low di dalam 1MDB.

※ Justo telah memberi satu hard disk yang mengandungi lebih 227,000 dokumen dari pejabat Petro-Saudi. Data ini melebihi 90 gigapbyte mengandungi maklumat kegiatan memanipulasi rancangan usahasama antara 1MDB dan Petro-Saudi yang boleh menjatuhkan DS Najib Perdana Menteri ke-6 ketika itu.

※ Pihak PDRM telah mendapat maklumat berkenaan satu sindiket mengenai data yang dicuri, pengubahan wang haram antarabangsa dan penipuan yang dimulakan oleh Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat yang bersubahat menipu, mencuri data dan mempunyai akses kepada sindiket pengubahan wang haram antarabangsa.

※ Ketika itu, TS Khalid Abu Bakar adalah Ketua Polis Negara (17hb Mei 2013-4hb September 2017). Sumber dalaman memberitahu, hasil siasatan besar2an pihak PDRM dari pelbagai sudut telah menemui bukti adanya satu siri pengkomplotan terancang yang didalangi oleh tokoh2 korporat, pemimpin politik, wartawan dan golongan2 elit negara cuba melawan proses demokrasi berparlimen (Kudeta). 

※ Jika disabitkan kesalahan, mereka ini boleh didakwa bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan. Seksyen 124 Kanun Keseksaan merujuk kepada kesalahan “aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen” dan boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara.

※ Pada 3hb Ogos 2015, TS Zeti Aziz dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur akibat keletihan dan tekanan darah tinggi. Beliau dikatakan berada di bawah tekanan amat besar apabila disiasat oleh pegawai penyiasat cawangan khas Bukit Aman yang menjalankan siasatan berterusan dengan memakan masa panjang di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan.

※ Pada 16hb Mei 2018 setelah PH memerintah, Tun Mahathir mengakui TS Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan sebagai Peguam Negara ketika bekas AG tersebut dalam proses untuk mendakwa DS Najib. TS Abdul Gani Patail dipecat pada 27hb Julai 2015, manakala TSMY pada 28hb Julai 2015.

※ Namun begitu, apabila ditanya samada TS Abdul Gani pernah menunjukkan dokumen berkaitan kes pendakwaan itu semasa pertemuan dengannya, Tun Mahathir hanya berkata "tiada sebarang dokumen dikemukakan". Pemecatan itu berkait rapat dengan cubaan untuk merampas kuasa secara tidak demokratik (Kudeta) terhadap kerajaan BN pimpinan DS Najib ketika itu.

※ Pada 28hb Jul 2015 juga, kedudukan ketua cawangan Khas Bukit Aman telah berubah. Di mana DS Mohamad Fuzi Harun telah dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas yang baru, menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat. Dan TS Mohamed Apandi Ali telah dinamakan sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan TS Abdul Gani Patail.

※ Kuasa untuk menjalankan siasatan penuh adalah milik pihak PDRM dan cawangan khas manakala kuasa untuk menghukum pesalah di bawah seksyen 124 terletak pada Peguam Negara.

※ Senarai nama orang yang dikehendaki, pengkomplot terhadap kerajaan yang dipilih secara Demokratik ialah;

1) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (BNM)

– Timbalan Gabenor BNM

2) Shamsuddin bin Mohd Mahayidin (BNM)

– Pengarah Pentadbiran Pertukaran Asing

3) Abdul Rahman bin Abu Bakar (BNM)

– Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan

4) Dato ‘ Sri Mohd Shukri Bin Abdul (MACC)

– Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)

5) Datuk Tan Kang Sai (MACC)

– Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas

6) YBhg TS Datuk Rashpal Singh a/l Jeswant Singh.

– Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Malaysia (ACAB)

7) Jessica Gurmeet Kaur D/O Nashattar Singh

– Mengetuai Pasukan Petugas Khas Sekretariat, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan

8) Dr.Tong Kooi Ong

– Pengerusi Eksekutif, The Edge Communications Sdn Bhd.

– Pengerusi Eksekutif, Sunrise Berhad

– Pengerusi, Taiga Building Products Ltd

– Panel Penasihat Antarabangsa, CIMB

9) Ho Kay Tat

– Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Penerbit, The Edge Communicatio


Oleh: Pena MZR

20hb November 2020

Selasa, 17 November 2020

Skandal Rasuah: Gabenor Bank Negara Zeti (siri 2)


※ Blogger fromtheeleventh pada 29hb Julai 2015 telah menulis satu artikel bertajuk " Corruption Scandal: Bank Negara Governor Zeti". Blogger ini menceritakan perihal suami TS Zeti Dato Tawfiq Ayman yang menerima komisen haram dalam urusan perjanjian CIMB-Southern Bank di mana pihak ke-3 (Dato Tawfiq Ayman) mendapat keuntungan berupa komisyen hasil daripada pengendalian maklumat sulit yang disalurkan oleh TS Zeti secara terang2an melanggar polisi BNM (conflict of interest dan insider trading). 

※ Mengikut peraturan pembelian dan juga penjualan institusi bank, ianya perlu diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Peranan TS Zeti sebagai Gabenor BNM mesti membuat tapisan samada menghalang atau benarkan (approval) aktiviti urusniaga tersebut dilakukan.

※ Dalam kes CIMB-Southern Bank, suami Zeti iaitu Dato Tawfiq Ayman merupakan broker tanpa lesen bagi urus niaga tersebut dan telah dibayar komisen yang sangat lumayan. Perjanjian yang dimuktamad adalah bernilai kira-kira USD1.8 juta dengan ramai penganalisis meletakkan nilai perjanjian itu pada 1.92 juta daripada nilai buku. Walaupun urusniaga ini bukan luar biasa di BSKL, perkara pertama yang menimbulkan keraguan ramai ialah berkenaan penglibatan suami TS Zeti dalam perjanjian tersebut.

※ Melalui maklumat pangkalan data yang dikemukakan oleh Konsortium Antarabangsa Siasatan Wartawan (ICIJ), unit auditor (AG) dapat tahu ada "Pelanggan Utama" daripada Malaysia mempunyai beberapa akaun bank bebas cukai di persisir Kepulauan Virgin British (BVI) milik keluarga TS Zeti. Maklumat pelanggan tersebut didedahkan oleh ICIJ bermula dari bank UBS Singapura anak syarikat bank terkenal di Switzerland iaitu UBS bank Switzerland.

※ UBS bank Singapura ialah anak syarikat kumpulan unit auditor UBS (UBS Group AG) yang berpusat di Switzerland. UBS Group AG merupakan bank pelaburan Swiss Multinasional dan Perkhidmatan Kewangan yang ditubuhkan di Switzerland.

※ Difahamkan bahawa unit AG (auditor) UBS Singapura telah membantu keluarga TS Zeti Aziz menubuhkan syarikat di BVI, di samping itu syarikat Kumpulan Portcullis TrustNet muncul sebagai penjaga rekod dan pendaftar syarikat luar negara milik keluarga tersebut.

※ UBS Singapura telah digunakan untuk menubuhkan syarikat yang berdaftar di bawah Porticulis TrustNet (BVI) Limited. Entiti luar negara dikenali sebagai Sharecorp Ltd bertindak sebagai pemegang saham penama. Ini adalah sebuah syarikat penama yang bertindak bagi pihak pemilik berfaedah ke atas entiti untuk menambah tahap kerahsiaan.

※ Ini diikuti dengan lapisan tambahan syarikat proksi di mana Sharecorp Limited telah disenaraikan sebagai pemegang saham syarikat yang dipanggil Excorp Limited yang disenaraikan sebagai pemegang saham nomini Mermeden Ltd yang menyenaraikan hak pegangan saham dalam syarikat2 Iron Rhapsody Limited dan Glittering Snow international ltd.



※ Maklumat ICIJ mendapati, 2 syarikat di BVI jelas di bawah kawalan keluarga TS Zeti Aziz. Syarikat pertama ialah Glittering Snow International Ltd dan Syarikat kedua Iron Rhapsody Limited. Suami TS Zeti Aziz, Tawfiq Ayman dan 2 anak lelaki mereka Tawfiq Ayman dan Alif Tawfiq Ayman disenaraikan sebagai pemegang saham syarikat. Alamat yang digunakan oleh syarikat2 tersebut ialah, 23 Jalan Tunku Putra, Bukit Tunku 50480 Kuala Lumpur yang disahkan sebagai alamat rumah TS Zeti Aziz.

Rujukan

1.

https://therecounter.wordpress.com/2015/08/03/everything-to-hide-icij-reveals-bank-negara-governor-zeti-aziz-offshore-bank-accounts/amp/

2.

https://fromtheeleventh.wordpress.com/2015/07/28/corruption-scandal-bank-negara-governor-zeti/


Oleh: Pena MZR

18hb November 2020

Khamis, 15 Oktober 2020

Jualan Ladang PWS di Palembang milik PPP Negeri Perak pada harga bawah pasaran.

 

MB Perak DS Faizal Azumu, SU Politik kepada PM ke-8 (Tn Hj Saiful Adli) dan CEO PPPNP jual Ladang PWS di Palembang milik PPP Negeri Perak pada harga bawah pasaran.

※ Pada 24hb April 2020 syarikat Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) melalui anak syarikat mereka yang diperbadankan di Singapura Taiko Plantations Pte Ltd mengumumkan untuk membeli pemilikan 60% ekuiti saham PT Pinang Witmas Sejati pada harga tawaran RM341.55 juta.

※ Ladang Kelapa Sawit PT Pinang Witmas Sejati (PWS) di Palembang Indonesia seluas 15,000 hektar (37,065 ekar) adalah milik Ladang Lekir Sdn Bhd anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak State Agricultural Development Corporation). Manakala 40% pemilikan ekuiti saham ladang PWS ini pula adalah milik syarikat PT Trimitra Sumberbuana Indonesia.

※ Pada 14hb Julai 2019, bekas ADUN Slim, arwah Dato Khusairi Abdul Talib yang pernah menjadi Pengerusi Ladang Lekir Sdn Bhd (2009-2018) membuat satu pendedahan bahawa kerajaan negeri Perak di bawah MB DS Faizal Azumu (Peja), Tn Hj Saiful Adli Pengerusi Ladang Lekir Sdn Bhd yang juga SU Politik kepada PM ke-8 TSMY dan CEO PPPNP Tn Hj Yahanis Yahya sedang berusaha untuk menjual ladang PWS kepada sebuah syarikat yang berdaftar di BSKL secara rundingan terus.

※ Menurut arwah Dato Khusairi, pada tahun 2007 nilaian ladang PWS adalah di sekitar AS$230 juta (RM946 juta) ke AS$250 juta (RM1.03 billion) tetapi desas desus harga yang bakal ditawarkan kepada "pembeli" antara AS$120 juta (RM493 juta) ke AS$130 juta (RM534 juta) yang mana harganya jauh lebih rendah berbanding dengan nilaian harga pada 2 tahun lalu (2017).

※ Namun begitu, ketiga2 individu terpenting dalam penjualan ladang PWS ini MB Perak, SU Politik kepada PM ke-8 (Saiful Adli) dan CEO PPPNP telah menjual ladang ini dengan harga jauh lebih rendah lagi iaitu pada harga tawaran syarikat KL Kepong RM341.55 juta.

※ Arwah Dato Khusairi pernah ajukan beberapa soalan tetapi ianya kekal tiada jawapan. Antara soalan2nya;

1. Adakah penjualan ini telah dibincang dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak kerana ia berkaitan dengan kepentingan umum iaitu sumber pendapatan negeri Perak?.

2. Kenapa penjualan dirancang ketika harga sawit berada pada paras rendah?. 

3. Adakah wujud salah laku dalam proses penjualan sehingga menyebabkan harga ladang tersebut merosot lebih 100% berbanding harga ladang tersebut pada tahun 2017?.

※ Akhirnya, pada 28hb April 2020, KLK bhd mengumumkan yang anak syarikat mereka Taiko Plantations Pte Ltd telah memenuhi segala syarat2 "sale and purchase agreement" dengan Ladang Lekir Sdn Bhd bagi pemilikan 60% saham ekuiti PT Pinang Witmas Sejati (PWS) pada harga jualan keseluruhan kekal RM341.55 juta.

※ Sebagai kesimpulan, penjualan ladang PWS (PT Pinang) di bawah harga pasaran mesti disemak semula melalui satu siasatan suruhanjaya Di Raja bagi mengetahui kenapa penjualan dilakukan dalam keadaan tergesa2 dan di bawah harga pasaran sebenar. PWS (PT Pinang) pernah menghasilkan pendapatan bersih di antara RM20 juta hingga RM25 juta setahun ketika harga sawit tinggi di pasaran malah difahamkan hasil bersih tahun 2019 ialah RM1.2 juta sebulan.


Rujukan

1.

https://focusmalaysia.my/mainstream/kl-kepong-buys-into-oil-palm-plantation-in-indonesia/

2.

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/37738

3. https://www.theedgemarkets.com/article/klk-buy-60-stake-indonesia-oil-palm-firm-rm342-mil

4.

https://m.facebook.com/1088073988030324/photos/a.1088560747981648/1568880953282956/?type=3&source=57&__tn__=EH-R


16hb Oktober 2020

Oleh: Pena MZR