Sabtu, 19 Disember 2020

Fakta Ringkas di mahkamah oleh TS Shafee Abdullah: Siapa Nik Faisal Ariff Kamil bekas CEO SRC International?. (Siri 2)


■ Nik Faisal (CEO SRC) adalah individu yang diberi tanggungjawab terhadap hal2 kewangan dan pentadbiran di syarikat SRC International. Di dalam kes pemindahan wang RM42 juta dana SRC, beliau telah gunakan kuasa yang ada padanya dengan mengarahkan pemindahan wang berjumlah RM50 juta dari syarikat SRC dilakukan kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) dan Gandingan Mentari Sdn Bhd (Datuk Suboh Md Yassin: S.H.1/7/2019).

■ Bekas pengarah bukan eksekutif SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin telah diarahkan menandatangani 3 surat arahan pemindahan wang berjumlah RM50 juta oleh CEO SRC, Nik Faisal Ariff Kamil. 3 surat arahan itu melibatkan 3 transaksi perbankan iaitu RM40 juta, RM5 juta dan RM5 juta daripada SRC International kepada Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd antara 24hb Disember 2014 dan 6hb Februari 2015 (MD: 1 year: Suboh Md Yassin).

■ Pengarah Urusan IPSB, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman dengan tegas mengesahkan (Dr Shamsul Anwar: S.H: 15/05/19);

1. "Sekiranya saya tahu AmPrivate Banking-MY (nombor akaun 211202201880) adalah milik DS Najib, saya tidak akan membuat pembayaran berjumlah RM27 juta". 

2. "Saya juga tidak akan buat pembayaran berjumlah RM5 juta ke akaun bernombor 2112022011906 dan RM10 juta ke dalam akaun bank bernombor 211202201880 jika saya tahu ianya milik DS Najib. 

3. "Borang remittance (kiriman wang) yang diterima menyatakan bahawa tujuan pembayaran adalah untuk program CSR". Timbul percanggahan kerana IPSB tidak pernah membuat bayaran untuk program CSR ke akaun DS Najib". 

4. "Pemindahan wang berjumlah RM42 juta itu dilakukan kerana diarahkan oleh Ung Su Ling (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) dan Dennis See (Pengarah Projek YR1M) iaitu pemberi dana kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd". CEO YR1M dan Pengarah Projek YR1M juga tidak mengetahui sumber sebenar dana tersebut dan motif pemindahan ke akaun2 tersebut. 

5. "Saya pernah meminta Puan Aishah Ghazali (bekas Eksekutif Akaun Kanan IPSB ) membuat semakan pemilik akaun tersebut selepas pemindahan wang dilakukan tetapi polisi pihak bank tidak boleh membuat semakan untuk pihak ketiga. 

6. Beliau menghubungi Nik Faisal Ariff Kamil (CEO SRC) bertanyakan punca dana RM42 juta dan Nik Faisal tidak memberitahu bahawa wang tersebut datang dari SRC International (Dr Shamsul Anwar: MK: 28/05/19)

7. Beliau hanya mengetahui bahawa dana RM42 juta adalah milik SRC melalui Gandingan Mentari Sdn Bhd iaitu anak syarikat SRC apabila membaca artikel yang disiarkan dalam laman web Wall Street Journal ketika berada di Belgium antara 1hb dan 2hb Julai 2015 (Dr Shamsul Anwar: S.H: 15/05/19).

Rujukan 

1. 

https://www.sinarharian.com.my/article/35280/BERITA/Mahkamah/Nik-Faisal-arah-saya-tandatangan-surat-arahan-pemindahan-wang-Saksi

2.

https://www.google.com/amp/s/malaysiadateline.com/nik-faisal-arah-tandatangan-surat-arahan-pemindahan-wang-kata-saksi/amp/

3.

https://www.sinarharian.com.my/article/28317/BERITA/Mahkamah/Saya-tidak-akan-buat-bayaran-RM42-juta-jika-tahu-itu-akaun-Najib

4. https://m.malaysiakini.com/news/477689


Oleh: Pena MZR

20hb Disember 2020

Tiada ulasan:

Catat Komen