Jumaat, 31 Julai 2020

Negeri Sembilan pula bakal tumbang dan Selangor juga bakal menyusul!!


Ada lagi 2 berita terkejut buat PH: Negeri Sembilan pula bakal tumbang, Selangor menyusul!!

※ Kerajaan PH di DUN Negeri Sembilan ketika ini dibentuk menerusi gabungan 10 wakil rakyat DAP, 6 PKR, 3 PAN dan 1 ADUN bebas manakala ADUN2 pembangkang dari BN terdiri daripada 15 ADUN UMNO dan 1 MIC. 

※ Pada 29hb Julai, DSAI dikatakan mula memantau pergerakan ADUN2 PH Negeri Sembilan. Kenapa DSAI cemas? Kerana 4 kerusi sahaja beza antara kedudukan ADUN2 PH dan PN. 

※ Sebelum itu pada 10hb Julai 2020, ADUN DAP Rahang Mary Josephine telah keluar parti sekali gus menjadi ADUN Bebas pertama di negeri ini yang masih mesra kerajaan PH. Situasi ini sedikit sebanyak telah memberi gambaran yang tidak baik untuk kestabilan politik di N. Sembilan.

※ Menteri Besar N. Sembilan DS Aminuddin Harun dilihat sebagai faktor penyebab yang mendorong beberapa ADUN PKR pro-DSAA kerap adakan beberapa siri pertemuan rahsia dengan menteri kanan kerajaan PN, mereka ini dikhabarkan semakin kuat ingin keluar parti menjadi ADUN Bebas untuk menyokong kerajaan PN.

※ Sekurang2nya 4 ADUN bakal bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada MB N. Sembilan. Antaranya;

1. Dato' Dr. Mohamad Rafie Bin Ab. Malek (PKR)
2. Haji Ismail Bin Haji Ahmad (PKR)
3. Mohamad Nazaruddin Bin Sabtu (PKR)
4. Suhaimi Bin Kassim (PAN)

※ Selain itu, ada juga ADUN DAP tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan yang diambil oleh DAP Negeri Sembilan dan DAP pusat kini bertukar imej kepada DAP anti Dinasti Lim. YB Anthony Loke mula aktif campurtangan di dalam mesyuarat kerajaan negeri setelah hilang jawatan di peringkat pusat.

※ Menteri Besar N. Sembilan DS Aminuddin Harun pula disyaki telah terpalit dengan beberapa kes skandal rasuah dan pecah amanah. Beliau dikatakan telah memberi kontrak tanpa tender kepada kroni rapatnya yang melibatkan Yayasan Negeri Sembilan.

※ DS Aminuddin Harun telah berikan 5 ribu ekar kawasan balak kepada kroni DS Wan Azizah isteri DSAI bernama Datuk Haji Mat Ghazali atau juga dikenali sebagai Datuk G.

※ Terdapat 4 Syarikat yang terlibat di dalam kontrak balak tanpa tender iaitu;
1. Mahir Sekata Sdn Bhd (RM1.3 juta)
2. Untung Handal Sdn Bhd (RM1.15 juta)
3. Worldwide Avenue Sdn Bhd (RM1.35 juta)
4. Feng Sheng Enterprise (RM1.2 juta).

※ Situasi ini sama juga seperti di N. Sembilan, di Selangor ketika ini kerap kali diadakan mesyuarat khas untuk swing dari kerajaan PH. Besar Kemungkinan "swing" ini akan berlaku beberapa hari selepas Hari Raya Aidil Adha. Kerajaan PH di Selangor dan di N9 akan tumbang. EMIR Research dalam satu kajian yang dibuat pada 15hb ke 24hb Februari 2020 juga meramalkan, DSAI semakin ditolak oleh parti beliau sendiri PKR.

1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=300292317846099&id=100035959996986
2. https://youtu.be/N3U6x1BhfVI
3. https://www.facebook.com/ChegubardOriginal/posts/maknanya-betul-lah-ada-bantahan-kalangan-adun-dan-memang-wujud-laporan-kelemahan/587814705259079/
4. https://www.facebook.com/330750857632133/posts/5-ribu-ekar-kawasan-balak-telah-diberikan-oleh-tok-mat-kepada-yayasan-negeri-sem/589388268435056/


Oleh: Pena MZR
31hb Julai 2020

Rabu, 29 Julai 2020

Kerajaan negeri WARISAN Sabah telah Tumbang!


Tumbangnya Parti WARISAN di Sabah

※ Mengimbas kembali keputusan pada PRU14 untuk negeri Sabah, DS Shafie Apdal dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang merupakan parti yang pro-PH memenangi 21 kerusi DUN, DAP (6) dan PKR (2). Jumlah terkumpul ADUN2 pro-PH adalah 29 kerusi ADUN.

※ TS Musa Aman (BN) yang memimpin parti2 komponen BN memperolehi 29 kerusi DUN dan Datuk Jeffrey Kitingan dari Parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti-STAR) parti pro-BN memenangi 2 kerusi ADUN. Jumlah 31 kerusi DUN sudah memadai untuk BN memimpin kerajaan negeri Sabah.

※ Malang tidak berbau, selepas TS Musa Aman mengangkat sumpah sebagai KM Sabah, ada 6 ADUN BN telah "lompat parti" ke parti WARISAN Sabah menyebabkan kerajaan BN Sabah telah tumbang kesan dari kurangnya majoriti kepada parti WARISAN Sabah yang pro-PH. 

※ Parti WARISAN pimpinan DS Shafei Apdal telah beroleh majoriti mudah dengan 35 kerusi DUN daripada 60 kerusi DUN sekali gus layak untuk mereka membentuk kerajaan di negeri Sabah.

※ Pada 29hb Julai 2020, kerajaan negeri Sabah sekali lagi bertukar apabila terdapat lebih 15 ADUN dari pelbagai parti dari parti2 komponen PH telah hilang kepercayaan kepada DS Shafei Apdal. ADUN2 ini ingin bersama TS Musa Aman yang diyakini boleh membawa negeri Sabah lebih baik lagi.

Senarai ADUN2 yang hilang kepercayaan kepada DS Shafei Apdal ialah;

Bekas ADUN UMNO 
1. Datuk Abdul Muis Pichu (Sebatik)
2. Datuk Hamisah Samat (Tanjong Batu)
3. Osman Jamal (Balung)
4. Saddi Abdul Rahman (ADUN Sukau)
5. Bolkiah Ismail (Adun Pitas)
6. Musbah Jamli (ADUN Tempasuk)
 
Bekas ADUN UPKO
7. Datuk Abidin Madingkir (Paginatan)
8. Datuk Masiung Banah (ADUN Kuamut)
9. Limus Jury (ADUN Kuala Penyu)
10. James Ratib (ADUN Sugut)

Bekas ADUN PBS
11. Abdul Rahman Kongkawan (ADUN Labuk)
12. Datuk Anita Baranting (ADUN Tandek)

ADUN PKR
13. Kenny Chua Teck (ADUN Inanam)
14. Jaffari Waliam (Senator PKR)

WARISAN
15. Mohamad Mohammarin (ADUN Banggi)

DAP
16. Loh Ee Eng (Senator DAP)

Nota: Senarai nama2 ADUN lain akan diumumkan pada hari TS Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.

Oleh: Pena MZR
30hb Julai 2020

Selasa, 28 Julai 2020

Pihak bank mengesahkan dana RM4 bilion telah dipindahkan dari KWAP kepada SRC


Dana KWAP RM4 bilion: Menjawab FITNAH juak2 Citro PH.

※ Juak2 PH, barua2 PH dan macai PH menyalak sakan dalam usaha menularkan tuduhan bahawa DS Najib telah mencuri RM4 bilion dari KWAP melalui syarikat SRC international. Propaganda macai PH ini berdasarkan kepada tajuk berita "Pihak bank mengesahkan dana RM4 bilion telah dipindahkan dari KWAP kepada SRC".

※ Berdasarkan pendedahan fakta kes di mahkamah sejak DS Najib didakwa, sebagaimana yang diketahui bahawa SRC International adalah syarikat 100% milik kerajaan. KWAP telah memberi pinjaman berjadual sebanyak RM2 bilion pada tahun 2011 dan RM2 bilion lagi kepada SRC international pada tahun 2012. Pinjaman ini dijamin sepenuh oleh kerajaan untuk tempoh 10 tahun.

※ Bagi 5 tahun pertama, SRC International hanya membayar faedah antara 4.3% hingga 5.1% setahun kepada KWAP. Pada tahun ke-6 iaitu pada tahun 2016 dan 2017 masing2, SRC mula membayar balik secara ansuran pokok (prinsipal) dengan faedah tahunan kepada KWAP.

※ DS Najib didakwa menerima dana RM42 juta dari syarikat Ihsan Perdana pada akhir tahun 2014 dan permulaan tahun 2015, iaitu 3 tahun selepas KWAP meminjamkan wang kepada SRC International.

※ DS Najib tidak didakwa menggelap atau mencuri RM4 bilion dari SRC International. Lampiran diagram di bawah adalah dari Laporan Tahunan 2017 KWAP yang diaudit dan dikeluarkan pada November 2018 iaitu selepas PH ambil alih kerajaan dari BN.

※ Berdasarkan kepada "Laporan tahunan KWAP", ianya jelas menunjukkan KWAP tidak mengalami apa2 kerugian dari pinjaman mereka kepada SRC International. KWAP dibayar oleh SRC tepat pada masanya setiap 6 bulan mengikut jadual dan syarat pinjaman.

※ Malah, "Laporan tahunan 2017 KWAP" telah menunjukkan KWAP berada pada prestasi baik di mana pendapatan KWAP telah melonjak kepada RM9 bilion berbanding purata RM6 bilion pada tahun2 sebelum.

※ Saiz aset KWAP juga telah meningkat dari RM16 bilion ke RM141 bilion berbanding RM125 bilion untuk tahun 2016 dan RM100 bilion pada tahun 2013.

※ Link laporan tahunan 2017 KWAP:http://www.kwap.gov.my/MY/UsefulInformation/Publication/Annual%20Reports/KWAP%20Laporan%20Tahunan%202017.pdf

Oleh: Pena MZR
27hb Julai 2020

Sabtu, 25 Julai 2020

Urusan Jual Beli Hartanah TH (ladang kelapa sawit) hanya 4 sen sekaki persegi Oleh Mujahid Yusoff Rawa dan Menteri Kewangan LG Eng


Urusan Jual Beli Hartanah TH (ladang kelapa sawit) Oleh bekas Menteri Agama Mujahid Yusoff Rawa dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

※ Kerajaan PH di bawah Menteri Agama Mujahid Yusoff Rawa dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjual Ladang Kelapa Sawit kepada Tomaco Plantation Sdn Bhd dengan nilai RM4,500 sehektar

https://youtu.be/hT2jmkpdfdU

1.Pertukaran unit
1 hektar = 2.471 ekar = 107,639 kaki persegi.

※ Mujahid dan Lim Guan Eng jual 1 hektar kepada Tomaco Plantation Sdn Bhd dengan harga RM4,500.

Oleh itu,
Harga dalam 1 ekar
= (RM4,500/1 hektar) x (1hektar/2.471 ekar)
= RM1821/ekar

2. Pertukaran unit
1 ekar = 43,560 kaki persegi

Harga dalam 1 kaki persegi
= (RM1821/ekar) x (1 ekar/43,560 kaki persegi)
= 0.04180441/kaki persegi
= 4 sen sekaki persegi

Harga yang Mujahid jual, hanya 4 sen sekaki persegi... 🤣🤣

Akal Mujahid letak mana?....

※ Tanah yang mempunyai nilai hasil kelapa sawit, Mujahid jual tidak sampai kepada nilai 5 sen sekaki persegi!!!.... Inikah jasa2 kerajaan 22 bulan PAKATAN HARAPAN kepada pendeposit Tabung Haji !!! 🤣🤣😂😂 Harapkan pagar, pagar makan padi...

Kesimpulannya
Amat wajar kerajaan Perikatan Nasional melihat dan menilai semula penjualan ini bagi menyelamatkan aset2 Tabung Haji dari RUGI berterusan.

Oleh: Pena MZR
25hb Julai 2020

Bekas CEO 1MDB mengaku Goldman Sachs' menipu Lembaga Pengarah 1MDB


※ Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi mengaku yang bekas Ketua Perbankan bank pelaburan Goldman Sachs' Tim Leissner dan sekutu telah menipu Lembaga Pengarah syarikat 1MDB di ketika proses pengambilalihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dengan nilai RM10.64 bilion.

※ Shahrol merujuk perbuatan itu kepada Tim Leissner, Jasmine Loo (bekas pegawai undang2 1MDB) dan Jho Low ke atas keuntungan yang mereka perolehi selepas proses perolehan aset kuasa tersebut.

※ Walaubagaimanapun Shahrol kekal menafikan yang dia turut terlibat merancang meletakkan harga lebih tinggi (overpriced) ke atas aset2 tersebut.




https://www.theedgemarkets.com/article/former-1mdb-ceo-cencedes-goldman-sachs-misled-1mdb-board-directors

Edited by: Pena MZR
25hb Julai 2020

Rabu, 22 Julai 2020

Jawapan kepada isu wang cukai berjumlah RM1.69 bilion


Isu wang cukai berjumlah RM1.69 bilion dalam bentuk derma dan sumbangan perlukah dikenakan cukai.??

▪️Dari pecahan RM1.69 bilion, ia jelas menunjukkan bahawa cukai ini dikenakan ke atas apa yang diterima dari derma dan sumbangan luar negara dalam akaun DS Najib. Ini termasuk sumbangan dari Menteri Kewangan Arab Saudi dan putera Arab yang telah pun disahkan oleh pegawai bank dalam perbicaraan kes SRC.

▪️Mengikut prinsip am percukaian, wang derma bukan diklasifikasi sebagai pendapatan tetap tidak tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Berhubung pembayaran secara sukarela ia terletak kepada kemampuan individu yang terbabit tanpa ada unsur2 paksaan atau dengan kata lain, wang tersebut tidak terikat dengan mana klaus undang2.

▪️Antara kategori wang yang tidak dikenakan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ialah
1. Wang derma
2. Wang dari sumber asing (sebelum 1 tahun)
3. Dana politik

▪️Daripada senarai wang yang dicukaikan, ianya termasuk wang derma RM2.6 bilion untuk tahun 2013. Pegawai bank juga telah sahkan dalam mahkamah bahawa dana tersebut telah dipulang kepada penghantar selepas 4 bulan diterima.

▪️Sejak PRU14, terdapat banyak bukti di mahkamah dan dari penjelasan penerima dana bahawa semua dana yang diterima telah digunakan untuk projek kebajikan sama ada terus kepada rakyat atau program kebajikan melalui NGO dan parti politik. Mengikut LHDN penggunaan dana untuk CSR boleh ditolak dari cukai tapi mereka tetap mahu denda DS Najib.

1.
https://nthqibord.com/2019/07/04/najib-jawab-isu-cukai-rm1-69-bilion/
2.
https://m.malaysiakini.com/news/428803
3.
https://www.sprm.gov.my/arkib-kenyataan-media/449-penjelasan-mengenai-isu-dana-rm2-6-bilion-dan-siasatan-src-international

Oleh: Pena MZR
13hb Ogos 2019
22hb Julai 2020 (kemaskini)


Perlukah wang derma dikenakan cukai pendapatan?



※ Secara sedar atau tidak sedar, keputusan mahkamah membuktikan kerajaan PH terpaksa mengaku bahawa wang yang dicurigai berada di dalam akaun DS Najib itu bukan wang curi atau wang samun atau wang yang dirompak dari syarikat 1MDB. Ternyata kerajaan PH telah mengaku mereka fitnah DS Najib selama ini.

※ Terdapat juga di dalam senarai yang meminta DS Najib bayar cukai adalah wang dari sumber derma kerajaan Arab Saudi RM 2.6 bilion. Secara tak langsung, Kerajaan PH terpaksa mengaku yang wang RM 2.6 bilion itu bukan wang dari 1MDB.

※ Masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan PH sehingga terbawa ke hari ini ialah: kenapa wang derma perlu dibayar cukai?. Mana rules of Law yang sebenar?. Adakah wujud double standard di dalam peraturan percukaian?.

※ Kepada pihak LHDN, sila sebut dengan jelas, akta mana yang memperuntukkan wang hasil derma itu perlu dibayar cukai?.

※ Akta Cukai Pendapatan 1967 menyatakan wang derma adalah wang bukan pendapatan. Prinsip am percukaian ke atas wang derma tertakluk kepada pembayaran secara sukarela individu berkenaan.

https://m.malaysiakini.com/news/428803

https://www.sprm.gov.my/arkib-kenyataan-media/449-penjelasan-mengenai-isu-dana-rm2-6-bilion-dan-siasatan-src-international

Oleh: Pena MZR
4hb Julai 2019
22hb Julai 2020 (kemaskini)


Selasa, 21 Julai 2020

Pengakuan bahawa IPIC telah menerima bayaran daripada 1MDB dalam Kes Pertikaian Obligasi Kontrak


Fakta Ringkas IPIC dan 1MDB Dalam Kes Pertikaian Obligasi Kontrak Sehingga Terpaksa Di Bawa ke Mahkamah Timbangtara London.

1. Selisih faham antara IPIC dan 1MDB muncul apabila;
※ Kenyataan IPIC pada 11hb April 2016 menafikan Aabar-BVI adalah anak syarikat mereka. Seterusnya IPIC bertindak membatalkan perjanjian pertukaran aset dengan 1MDB.

※ Kenyataan balas pihak 1MDB pada 12hb April 2016, menegaskan bahawa Aabar-BVI merupakan anak syarikat IPIC dan pembayaran deposit ke dalam akaun Aabar-BVI dibuat berdasarkan arahan wakil IPIC dan Aabar Investment PJS.

2. Klausa Tuntutan dan Klausa Kontrak antara IPIC dan 1MDB
※ IPIC menuntut tanggungjawab 1MDB terhadap semua pembayaran faedah akan datang dan pembayaran prinsipal bagi 2 bon terbitan syarikat2 Kumpulan 1MDB Group yang berakhir (matang) pada 2022.

"Obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10hb Jun 2016 (RNS Nombor 7064P) merupakan tuntutan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa (RFA) London berhubung tuntutan melibatkan lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB".

※ Klausa Kontrak yang dimenterai menuntut pihak 1MDB bertegas: 1MDB tidak akan membayar sekali lagi jumlah AS$3.5 bilion kepada IPIC atau membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion kerana proses pembayaran sudah pun dilakukan oleh 1MDB kepada IPIC.

3. Terdapat 2 situasi yang berlaku ketika pertikaian obligasi kontrak antara IPIC dan 1MDB dibawa ke Mahkamah Timbangtara London iaitu;

i. Peringkat permulaan tuntutan (sebelum siasatan), IPIC tidak pernah mengiktiraf bahawa 1MDB telah membayar mereka USD3.5 bilion dan Aabar telah menjamin 2 unit dana 1MDB - yang dipanggil unit dana Brazen Sky Cayman dan dana GIL.

ii. Apabila Semakan Kontrak dan ketika memasuki fasa Perundangan, IPIC telah mengakui menerima bayaran tersebut dan menyatakan mereka akan berkerjasama dengan 1MDB untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah arbitrari (timbang tara).

Mengapa IPIC telah mengaku menerima bayaran daripada 1MDB?.

※ Terdapat 2 syarikat Aabar Investments PJS iaitu;
1. Berpusat di British Virgin Island (BVI)
2. Berpusat di Abu Dhabi

※ Semakan oleh pihak 1MDB yang turut mendapat khidmat peguam dalaman dan dari luar mengesahkan: Aabar Investments PJS Ltd di British Virgin Island (BVI) dimiliki Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

※ Ketika 1MDB tandatangan perjanjian perkongsian dengan Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, perbincangan adalah dengan Pengerusi Aabar, Khadem Abdullah Al-Qubaisi dan Pengarah Urusan Aabar, Mohamed Badawy Al-Husseiny. Khadem Al-Qubaisi juga adalah Pengarah Urusan IPIC dan Pengerusi Aabar Investments.

※ Syarikat Offshore Incorporations Limited (OIL) beribupejabat di Hong Kong dan teraju antarabangsa dalam perkhidmatan syarikat dan perbadanan antarabangsa telah mengeluarkan Sijil Pengesahan Pemilikan, mengesahkan 2 pengarah Aabar Investments PJS Ltd di BVI adalah Pengerusi dan Pengarah Urusan Aabar Investments PJS dan pemilik tunggalnya ialah syarikat Abu Dhabi, Aabar Investments PJS.


Oleh: Pena MZR
3hb Mei 2020
Update terkini 21hb Julai 2020

Isnin, 20 Julai 2020

Siapa Datuk Amhari Efendi Nazaruddin bekas pegawai Khas DS Najib di PMO. (Siri 1)


Fakta Ringkas di mahkamah oleh TS Shafee Abdullah: Siapa Datuk Amhari Efendi Nazaruddin bekas pegawai Khas DS Najib di PMO. (Siri 1)

※ Datuk Amhari Efendi Nazaruddin sempat memiliki 3 syarikat ketika mana beliau berurusan dengan Jho Low. Syarikat2 tersebut seperti di bawah, didaftarkan di kepulauan Cayment;
1. Tycoon Gain Limited
2. Aerosphere Limited
3. Aabar Investments PJS Ltd (BVI)
(TS Shafee Abdullah: M.K.19/9/2019)

※ Datuk Amhari merupakan Pegawai Khas (PMO) kepada DS Najib (PM ke-6) yang bersekutu dengan Jho Low. Mula menunjukkan minat untuk mengetahui tentang unit pelaburan TIA ketika beliau ke kondominium Jho Low di Jalan Kia Peng (SPRM: B.H.18/9/2019). Beliau diajar oleh Jho Low cara2 melakukan pengumpulan dana (fundraising) melalui model "Mubadala" iaitu dana kekayaan milik UAE di Abu Dhabi (Amhari:T.E.3/9/2019).

※ Selepas itu, beliau dan arwah Datuk Azlin Alias (bekas Ketua SU Sulit DS Najib) mula terlibat lebih jauh lagi apabila didorong oleh Jho Low untuk bersama hadir bermesyuarat dalam "perbincangan sulit" berkenaan projek2 1MDB yang diadakan 2 kali sebulan di Prince Hotel KL.

※ Modus operandi Jho Low: Jho Low cuba menyakinkan Datuk Amhari dan arwah Datuk Azlin Alias dengan mengatakan beliau akan ke rumah DS Najib terlebih dahulu untuk diskusi bagi dapatkan pengesahan tentang dokumen2 yang akan dibincangkan. Selepas itu, dokumen2 seperti salinan surat dan minit2 daripada DS Najib diagihkan seolah2 perbincangan di Hotel Prince mendapat mandat dari DS Najib. (Amhari:S.H.3/9/2019).

※ Amhari mengaku yang Jho Low adalah "master manipulator" dalam apa jua keadaan. Beliau dan arwah Datuk Azlin Alias pernah terasa maruah mereka bagaikan digadai apabila menyedari telah diguna oleh Jho Low selepas skandal 1MDB dapat liputan meluas oleh media tempatan dan media luar negara. Tetapi atas kebijaksanaan (Conversationalist) Jho Low mengawal keadaan, beliau dan arwah Datuk Azlin kembali tenang (Amhari:T.E.3/9/2019).

※ Sebagai contoh; dalam tahun 2009 apabila isu berkaitan 1MDB heboh di media, Jho Low sudah pun siap sedia dengan jawapan untuk memberi pencerahan (damage control) kepada arwah Datuk Azlin terutama berkenaan urusniaga 1MDB-PetroSaudi. Datuk Amhari akan aturkan pertemuan arwah dan Jho Low kerana beliau tidak banyak terlibat dalam urusan dengan Petro-Saudi.

※ Pada 5hb April 2011 Datuk Amhari mengaku Jho Low memberi wang AS$200,000 kepadanya melalui pindahan (transfered) ke akaun Maybank. Wang tersebut dianggap sebagai pinjaman jangka pendek (bridging loan) bagi membayar pinjaman bank untuk rumah yang baru beliau beli (M.K.18/9/2019).

※ Dalam satu perjumpaan pada tahun 2012 Jho Low telah mengarahkan Datuk Amhari dan arwah Datuk Azlin buka akaun bank di luar negara. Mereka kemudiannya ke Singapura berjumpa wakil Bank BSI Singapura, Yvonne Seah Yew Foong di hotel Meridien. Yvonne Seah ialah bekas pegawai bank BSI dan pengurus akaun Jho Low di Bank BSI Singapura. (Amhari:B.H. 4/9/ 2019).

※ Di Singapura, semuanya sudah diatur oleh Jho Low. Datuk Amhari, arwah Datuk Azlin Alias bersama Jho Low berjumpa Yvonne Seah untuk mereka tandatangan ke semua dokumen pengemukaan dan pindahan atas kepentingan mereka yang ada pada syarikat Aerosphere Limited dan Tycoon Gain Limited kemudiannya. Datuk Amhari dan arwah Datuk Azlin telah buka 2 akaun bank di bank Swiss BSI (TS Shafee Abdullah:T.E.19/9/2019).

※ Selepas itu, pada awal tahun 2016 pihak bank BSI Switzerland telah hubungi Datuk Amhari memaklumkan yang wang di dalam akaun bank beliau ada wang US$800,000 lebih. (Amhari: T.E.4/9/2019). -Bersambung di siri 2.

1. https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/608219/amp

2. https://m.malaysiakini.com/news/492545

3.
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/46218

4.
https://www.theedgemarkets.com/article/witness-describes-jho-low-master-manipulator

5.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/603330/amp

Oleh: Pena MZR
20hb Julai 2020

Ahad, 19 Julai 2020

Syarikat Sapura Energy Bhd telah di'Bailout' sejumlah RM2.681 bilion menggunakan dana awam dari PNB (siri 3)


Projek Kroni Tun Mahathir:
※ Analisis CIMB Research membuat rumusan secara keseluruhan bahawa PNB komited melabur RM2.681 bilion untuk menyokong langkah2 Sapura Energy mengumpul modal, yang membabitkan RM1.699 bilion bagi terbitan hak saham dan membeli keseluruhan terbitan RCPS-i bernilai RM982.7 juta. PNB muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar yang melabur di dalam terbitan saham "Right Issue".

※ Bersama dengan PNB merupakan pemegang saham secara langsung iaitu Sapura Technology Sdn Bhd yang melabur sebanyak RM319 juta sekali gus menjadikan jumlah dana yang terkumpul dari 2 sumber berjumlah RM3 bilion. Pegangan saham PNB ketika itu bernilai 12.6% dan Sapura Technology pula 15.9%.

※ Manakala baki RM1 bilion lagi ditaja jamin (underwriter bank) oleh Maybank dan Credit Suisse, apabila komited untuk sebarang bahagian yang tidak menjadi komitmen pemegang saham.
http://m.thesundaily.my/node/580503

※ Pembelian saham Sapura Energy oleh PNB atas tawaran terbitan Right Issue merupakan proses "Bailout" kerana;

1. PNB merupakan syarikat pengurusan modal dan pelaburan (Malaysian government-linked investment company) terbesar di Malaysia. Sejak ditubuhkan pada 17hb Mac 1978, secara praktikal PNB akan melabur samada di dalam atau di luar negara dengan mengambil kira beberapa perkara seperti risiko yang minimum, pulangan yang tinggi dan masa depan pelaburan yang terjamin. Sebaliknya, pelaburan PNB di Sapura Energy dilihat berlawanan dengan prinsip2nya.

※ Perspektus menunjukkan syarikat Sapura Energy mengalami kerugian 4 tahun berturut2, hutang syarikat semakin bertambah dan operasi syarikat semakin lemah. Maka, wang pelaburan PNB berjumlah RM2.681 bilion dilihat sebagai penyelamat (Bailout) syarikat Sapura Energy dari terjebak ke arah kemudharatan yang lebih teruk.

2. Sapura Energy mempunyai hubung-kait kepentingan dengan TS Mokhzani Bin Tun Mahathir PM ke-4 dan PM ke-7 melalui syarikat Kenchana Capitals Sdn Bhd. Pengerusi PNB adalah TS Zeti Akhtar Aziz merupakan kroni rapat Tun Mahathir. Maka, pelaburan PNB di sini amat berkait dengan faktor kronisme dan nepotisme seperti mana yang pernah berlaku pada tahun 1990-an ketika syarikat perkapalan milik TS Mokhzani telah di"bailout" daripada bankrap guna wang PETRONAS.

3. Rekod pelaburan dana awam seperti KWSP dan KWAP semakin mengecil di Sapura Energy. Laporan The Edge Markets pada 17hb Mei 2018 menunjukkan KWSP semakin mengecilkan komitmen pelaburan di Sapura Energy. Melihat kepada laporan kewangan Sapura Energy yang berakhir pada 29hb April 2016, pegangan saham KWSP adalah 13.59%. Kemudian, ianya makin menurun kepada 11.27% pada April 2017. Dan yang terakhir, saham KWSP di Sapura Energy hanya 4.8%.
http://www.theedgemarkets.com/article/epf-ceases-be-sapura-energys-substantial-shareholder

※ Sementara itu, pada 24hb Ogos 2018, KWAP telah menjual 1.21 juta saham pada harga 41.5 sen. Saham KWAP menurun kepada 365.4 juta dari 459.1 juta.

※ Maka, tindakan PNB meningkatkan nilai pelaburan sebanyak RM2.681 bilion dilihat tidak masuk akal apabila terus menerus merisikokan wang rakyat. Ianya dilihat bagaikan ada tangan ghaib (hidden hand) yang memerintah untuk berbuat demikian.
https://www.malaysia-today.net/2017/04/28/why-wont-mahathir-talk-about-his-sons-wealth/

Oleh: Pena MZR
16hb Oktober 2018
19hb Julai 2020 (kemaskini)

Syarikat Sapura Energy Bhd telah di'Bailout' sejumlah RM2.681 bilion menggunakan dana awam dari PNB (siri 2)


Projek Kroni Tun Mahathir: Syarikat Sapura Energy Bhd telah di'Bailout' sejumlah RM2.681 bilion menggunakan dana awam dari PNB (siri 2)

※ Laporan kewangan Sapura Energy mencatat kerugian berturut2 sejak suku ke-3 tahun 2017. Harga saham didapati mengalami penurunan ketara dari nilai RM5.00 pada akhir tahun 2013 dan terakhir ianya berada ditahap 50 sen seunit. Manakala pada jam 5 pm 24hb Ogos 2018 setelah "RIGHT ISSUE" diumumkan, saham Sapura Energy jatuh 18 sen lagi kepada 41.5 sen iaitu kejatuhan -30.25% dalam tempoh satu hari.

Apa itu "Right Issue" dan apa tujuan ianya diterbitkan?.

※ Right Issue merupakan terma untuk terbitan hak di pasaran saham yang ditawarkan secara istimewa kepada pemegang saham utama. Ianya ditawarkan pada harga terbitan yang lebih rendah daripada harga pasaran. Syarikat terbabit kebiasaannya menerbit "Right Issue" pada harga diskaun di sertai dengan tawaran lain seperti "warrant", "bonus issue" dll. Tujuan utama Right Issue diterbitkan adalah untuk menaikkan jumlah kecairan tunai syarikat sebagai alternatif penyelesaian bebanan hutang piutang tanpa melalui proses pinjaman.

Kenapa saham syarikat Sapura Energy Bhd (SAPNRG) jatuh selepas pengumuman "right issue"?.

※ Terdapat beberapa perkara pokok yang menyebabkan saham Sapura Energy Bhd (SAPNRG) jatuh, iaitu;

1. Terbitan Rights Issue adalah sebahagian dari strategi yang merangkumi penyenaraian bahagian ‘exploration’ dan ‘production’ di Bursa Malaysia. Saham Sapura Energy sememangnya sudah jatuh beberapa tahun sebelum ini atas sebab kerugian dari sudut laporan imbangan kewangan.

2. Pengumuman "Rights Issue" telah memberi kesan ‘dilutive’  kepada pemegang saham utama. Ianya telah melemahkan motivasi pelabur utama (major shareholder) kerana terbitan "Rights Issue" memberi satu gambaran buruk berkenaan operasi syarikat sebelum ini.

3. Perolehan hasil dari terbitan "Rights Issue" akan digunakan untuk membayar hutang yang ditanggung oleh Sapura Energy di mana "Market Capitalisation" semasa Sapura Energy adalah RM2.5 Billion dengan nilai hutang semasa RM16 Billion. Manakala maksimum hasil perolehan terbitan "Rights Issue" berada di sekitar RM4 Billion.

※ Mengikut Nikkei Asian Review pada 8hb Oktober 2018, di antara pemegang saham utama Sapura Energy Bhd adalah seperti berikut:-

1. Sapura Holdings Sdn. Bhd. (16.6%)
2. Permodalan Nasional Bhd. (11.1%)
3. Kumpulan Wang Persaraan (7.6%)
4. Employees Provident Fund (4.8%)
5. Khasera Baru Ltd. (3.6%)
6. The Vanguard Group, Inc. (2.4%)
7. Lembaga Tabung Haji (1.9%)
8. Affin Hwang Asset Management Bhd. (1.8%)
9. Dimensional Fund Advisors LP (1.6%)
10. The People's Bank of China (1.4%)
https://asia.nikkei.com/Companies/Sapura-Energy-Bhd

※ Dalam email kepada The Edge pada 7hb September 2018, jurucakap KWAP (Kumpulan Wang Persaraan) begitu teruja apabila mendapat tawaran pembelian terbitan saham "Right Issue" dari Sapura Energy Bhd. Namun begitu, pada 24hb Ogos 2018 ketika cadangan tersebut diumumkan, KWAP sempat menjual 1.21 juta sahamnya pada harga 41.5 sen sesaham. KWAP masih lagi memiliki 365.4 juta saham Sapura Energy dari 459.1 juta saham dengan nilai pegangan 7.7% pada suku ke-3 tahun 2017.
http://m.thesundaily.my/node/580503

※ Manakala di dalam satu sidang akhbar pada 25hb September 2018, Sapura Energy mengumumkan hanya Permodalan Nasional Bhd (PNB) sahaja syarikat dana awam yang membeli saham terbitan "Right Issue" berserta warrant. Serentak dengan itu pegangan saham PNB di dalam Sapura Energy telah menokok sebanyak 40%. PNB komited membeli kelayakan penuhnya bagi cadangan terbitan hak saham itu dan RCPS-i bernilai RM483.7 juta selain membeli hak saham dan RCPS-i lebihan yang tidak dibeli oleh pemegang saham lain bernilai RM2.198 bilion.

Oleh: Pena MZR
16hb Oktober 2018
19hb Julai 2020 (kemaskini)


Sabtu, 18 Julai 2020

Projek Kroni Tun Mahathir: Syarikat Sapura Energy Bhd telah di'Bailout' sejumlah RM2.681 bilion menggunakan dana awam dari PNB (siri 1)


Projek Kroni Tun Mahathir: Syarikat Sapura Energy Bhd telah di'Bailout' sejumlah RM2.681 bilion menggunakan dana awam dari PNB (siri 1)

※ Adakah rakyat Malaysia sedar yang PNB di bawah TS Zeti Akhtar Aziz telah bailout Syarikat Sapura Energy Bhd sebanyak RM2.681 bilion?.

※ Penganalisa politik dari dalam dan luar negara telah meramalkan bahawa sejarah 22 tahun Tun Mahathir sebagai PM ke-4 bakal berulang apabila peralihan kuasa pada 9hb Mei 2018 dari kerajaan BN kepada kerajaan PH sekali lagi dipimpin oleh Tun Mahathir sebagai PM ke-7 pula.

※ Tanggal 14hb Mei 2018 hanya 5 hari selepas PRU ke-14 syarikat OPCOM Holdings bhd memperolehi kontrak "Rakan Unifi" dari Telekom Malaysia (TM) bernilai RM11.16 juta (Kontrak dari 2hb Jul 2018 hingga 31hb Disember 2019). Pengerusi dan CEO OPCOM Holdings adalah TS Mokhzani Mahathir. Sementara itu adik TS Mokhzani yang juga Menteri Besar Kedah ketika itu, DS Mukhriz Mahathir adalah pengasas OPCOM holdings memegang 25.2% saham syarikat. Manakala DS Norzietah Zakaria isteri DS Mukhriz Mahathir menguasai 11.16% saham OPCOM melalui MOcean Capital Sdn Bhd.

※ Ketika itu, tiada lagi suara2 lantang pengkritik anti-Tun Mahathir seperti DS Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Rafizi Ramli, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DS Azmin Ali kedengaran apabila mereka dapat habuan "DEDAK" yang lumayan setelah bersama Tun Mahathir di dalam kerajaan PH. Di pentas ceramah di PRK Parlimen Port Dickson pada 8hb Oktober 2018, DS Anwar Ibrahim pun dilihat mula "JILAT" Tun Mahathir bagaikan "bapanya" dan menganggap Perdana Menteri Malaysia terbaik buat masa ini. Terdesak sangatkah DSAI ketika itu?.

※ Tahukah anda bahawa syarikat Sapura Energy telah di"Bailout" RM2.681 bilion menggunakan dana awam dari PNB?.

Bagi mengetahui ceritanya, sila baca kupasan ini.

※ Kisah "bailout" ini berlaku apabila usaha niaga Sapura Energy mengalami kerugian 4 tahun berturut2 dengan hutang terkumpul sebanyak RM16 billion. Sejak kejatuhan harga minyak dunia, pemain2 di dalam sektor industri minyak dan gas (oils and gas industry) dilihat mengalami kesukaran untuk mengekalkan prestasi dan keuntungan syarikat. Situasi ini tidak terkecuali berlaku kepada syarikat "Sapura Energy" yang ada hubung kait dengan TS Mokhzani Tun Mahathir.

※ Laporan The Edge Markets pada 24hb April 2018 menjelaskan, walau pun TS Mokhzani menjual pegangan saham utama dalam Sapura Energy pada November 2017 melalui syarikat kawalan beliau Khasera Baru Ltd (387.97 juta saham bernilai RM577.46 juta), namun syarikat pengurusan aset persendirian miliknya iaitu Kencana Capital Sdn Bhd masih memegang 0.08% dan 0.16% lagi kepentingan ekuiti dalam Sapura Energy.

※ Sapura Energy Berhad (dulu dikenali sebagai  SapuraKencana) ialah sebuah syarikat perkhidmatan medan minyak yang berpusat di Kuala Lumpur. Ianya dibentuk melalui penggabungan antara SapuraCrest dan Kencana pada bulan Mei 2012. Sapura Energy Berhad adalah syarikat liabiliti terhad awam. Sehingga 2017, bilangan pemegang saham berjumlah 37,217 dengan Sapura Technology SDN BHD mengekalkan 13.37% dan Citygroup Nominees (Tempatan) SDN BHD memegang 10.06% saham.

※ Sapura Energy Bhd menanggung kerugian bersih sebanyak RM2.5 bilion bagi tahun kewangannya berakhir pada 31hb Jan 2018 berbanding keuntungan bersih RM206.16 juta yang direkodkan dalam tempoh sama pada 2017. Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, pendapatan syarikat Sapura Energy Bhd menurun kepada RM5.89 bilion dari RM7.65 bilion dengan kerugian RM1.76 bilion.

※ Pada 28hb September 2018 BERNAMA melaporkan yang Sapura Energy Bhd mencatat kerugian bersih RM126.05 juta bagi suku ke-2 berakhir pada 31hb Julai 2018 berbanding untung bersih RM28.92 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2017. Hasil pula menurun 23.9% kepada RM1.26 bilion daripada RM1.66 bilion sebelum ini. Sementara itu, bagi tempoh 6 bulan berakhir pada 31hb Julai 2018, Sapura Energy mencatat kerugian pendapatan RM1.1 bilion kepada RM2.3 bilion berbanding RM3.4 bilion yang dicatat pada tempoh sama pada tahun 2017.

Oleh: Pena MZR
16hb Oktober 2018
19hb Julai 2020 (kemaskini)

Rabu, 15 Julai 2020

Fakta Ringkas di mahkamah oleh TS Shafee Abdullah: Siapa Nik Faisal Ariff Kamil bekas CEO SRC International?. (Siri 2)


Siapa Nik Faisal Ariff Kamil bekas CEO SRC International..?

※ Nik Faisal (CEO SRC) adalah individu yang diberi tanggungjawab terhadap hal2 kewangan dan pentadbiran di syarikat SRC International. Di dalam kes pemindahan wang RM42 juta dana SRC, beliau telah gunakan kuasa yang ada padanya dengan mengarahkan pemindahan wang berjumlah RM50 juta dari syarikat SRC dilakukan kepada Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd. Pemindahan wang tersebut dilakukan melalui 3 transaksi iaitu RM40 juta, RM5 juta dan RM5 juta antara 24hb Disember 2014 dan 6hb Februari 2015 (Datuk Suboh Md Yassin: S.H.1/7/2019).
https://www.sinarharian.com.my/article/35280/BERITA/Mahkamah/Nik-Faisal-arah-saya-tandatangan-surat-arahan-pemindahan-wang-Saksi

※ Apabila wang tersebut telah berada di dalam akaun syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), tercatat di borang kiriman wang (remittance form), bahawa wang itu adalah untuk tujuan pembayaran program CSR.

※ Adalah sesuatu yang pelik bagi pandangan pihak IPSB apabila bayaran program CSR kali ini tidak seperti biasa kerana kebiasaan bayaran CSR mesti mengikut arahan Ung Su Ling Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M). Semakan di bank juga gagal mengenal pasti pemilik akaun tersebut kerana pihak bank tidak akan dedahkan nama pemilik akaun itu kepada pihak ketiga.

※ Namum, arahan dari pemberi dana (funder) kepada IPSB, Ung Su Ling dan Dennis See wang tersebut terpaksa dimasukkan ke akaun AmPrivate Banking-MY (no akaun 211202201880) tanpa mengetahui siapa pemiliknya. Pembayaran berjumlah RM27 juta dan RM5 juta dibuat pada 26hb Disember 2014 dan RM10 juta pada 9hb Februari 2015. Pihak IPSB menyedari akan hal dana RM42 juta pada 1hb Julai 2015 apabila cerita tersebut disiarkan dalam laman web Wall Street Journal.
https://www.sinarharian.com.my/article/28317/BERITA/Mahkamah/Saya-tidak-akan-buat-bayaran-RM42-juta-jika-tahu-itu-akaun-Najib

Oleh: Pena MZR
13hb Julai 2020

Selasa, 14 Julai 2020

Fakta Ringkas di mahkamah oleh TS Shafee Abdullah: Siapa Nik Faisal Ariff Kamil bekas CEO SRC International?. (Siri 1)


Siapa Nik Faisal Ariff Kamil bekas CEO SRC International?.

※ Nik Faisal Ariff Kamil adalah bekas Ketua Eksekutif Pelaburan (CIO) bank UBG sebelum berpindah ke syarikat pelaburan 1MDB pada tahun 2011. Di 1MDB, Nik Faisal dilantik sebagai CEO SRC International Sdn Bhd syarikat yang berkaitan dengan 1MDB. Di SRC International, Nik Faisal (CEO SRC) diberi kuasa tambahan iaitu sebagai "account trustee" oleh DS Najib untuk mengurus 3 akaun Ambank milik DS Najib (Uma Devi:H.M.30/4/2019)

※ Bank UBG adalah milik penuh Jho Low. Jho Low menguasai UBG bank pada 31hb Januari 2008 melalui tawaran terhad 183 juta saham kepada Majestic Masterpiece Sdn Bhd (owned by Jho Low) dengan harga pembelian tunai RM456 juta atau RM2.50 seunit saham.

※ Ketika pengambilalihan bank UBG, Jho Low telah dibantu oleh pihak pengurusan utama di bank UBG iaitu Nik Faisal Ariff Kamil, Jasmine Loo dan Tiffany Heah. Serta dengan bantuan kewangan dari Tarek Obaid rakan niaga Jho Low di PetroSaudi International (PSI), akhirnya Jho Low telah berjaya mengambil alih sepenuhnya bank UBG.

※ Selepas itu Nik Faisal, Jasmine Loo, Tiffany Heah dan  Seet Li Lin diambil bekerja di TIA (TIA ditubuhkan pada tahun 2008 yang dinaik taraf kepada koperasi pada 27hb Februari 2009) sebelum TIA ditukar ke nama baru syarikat 1MDB (1MDB tubuhkan pada 30hb September 2009) atas pengaruh Jho Low. Ketika itu juga Nik Faisal belum lagi meletak jawatan di bank UBG dan beliau masih CIO untuk bank UBG.

※ Pada Julai 2008, bank UBG telah membeli saham syarikat Putrajaya Perdana bhd (PPB) dengan nilai milik (buy out) RM343 juta. Anak syarikat Putrajaya Perdana bhd iaitu Putrajaya Perdana Construction Sdn Bhd (PPSB) adalah syarikat yang ada hubung kait dengan kemasukan dana RM32 juta ke akaun Ambank DS Najib.
https://www.theedgemarkets.com/article/ubg-deal-why-jho-low-teamed-taib-and-later-had-buy-him-out-1mdb-money

※ Jho Low telah mengarahkan Nik Faisal menyalurkan wang berjumlah RM170 juta dari SRC International Sdn Bhd ke Putra Perdana Construction Sdn Bhd (Joanna Yu Ging Ping:S.H.1/8/2019). Saksi perbicaraan Pengarah Urusan Putrajaya Perdana Construction Sdn Bhd (PPSB), Datuk Rosman Abdullah memberitahu RM170 juta dimasukkan ke dalam akaun PPSB melalui 3 peringkat iaitu RM35 juta pada 8hb Julai 2014; RM105 juta pada 14hb Julai 2014 dan RM30 juta pada 8hb Ogos 2014.

※ PPSB kemudian memasukkan RM27 juta ke dalam akaun Ambank DS Najib (no akaun berakhir 880) pada 8hb Julai 2014 dan RM5 juta ke akaun (no akaun berakhir 906) pada 10hb September 2014 atas arahan Jho Low. Kemudian RM34.9 juta dipindah daripada akaun PPSB ke akaun Permai Binaraya Sdn Bhd.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/659683/rm32-juta-daripada-putra-perdana-masuk-akaun-najib

※ Bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping di mahkamah mengesahkan wang RM35 juta itu datang daripada syarikat SRC International Sdn Bhd telah dipindah ke akaun Putra Perdana Construction Sdn Bhd (PPSB) dan wang RM34.99 juta kemudian dipindah (transfered) pula ke akaun anak syarikatnya, Permai Binaraya Sdn Bhd.

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/41015

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/450489/amp


Oleh: Pena MZR
14hb Julai 2020

Isnin, 13 Julai 2020

Fakta ringkas di mahkamah oleh TS Shafee Abdullah: Siapa Datuk Shahrol Azrai Ibrahim Halmi (bekas CEO 1MDB) dalam skandal 1MDB?


1. Dilabel oleh Department of Justice (DoJ), U.S. sebagai 1MDB MO2
2. Beliau berpakat dengan Casey Tang (Tang Keng Chee), Jasmine Loo Ai Swan, Terence Geh dan Tim Leissner untuk mencuri wang 1MDB

▪DoJ merujuk MO2 adalah CEO 1MDB yang bertugas pada penggal 2009-2013. DoJ mendakwa Datuk Shahrol Azral terlibat dalam proses pemindahan wang US$700 juta dari syarikat 1MDB ke akaun Good Star Ltd milik Jho Low. Transaksi wang ini berlaku selepas 1MDB dan Petro-Saudi mementerai perjanjian projek usahasama (joint venture) pada 28hb September 2009.

▪️Siasatan DoJ juga mendapati Datuk Shahrol Azral melalui satu terma projek yang dipanggil Projek Maximus, telah menerima US$1 juta pada 29hb Julai 2013 dari Tim Leissner (bekas pekerja bank Goldman Sachs). Wang itu adalah sebagai imbuhan kepada beliau selepas berlakunya proses transaksi pembayaran bon oleh 1MDB berjumlah US$1.75 bilion bagi pengambilalihan Genting Sanyen Power Sdn Bhd. Goldman Sachs memperolehi keuntungan US$114 juta dari projek ini.

▪️Keuntungan yang sama juga diperolehi oleh Bank Goldman Sachs menerusi satu lagi projek iaitu "Projek Magnolia", merujuk kepada bon pertama bernilai US$1.75 bilion yang diisukan bagi pengambilalihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd.

https://www.theedgemarkets.com/article/shahrol-confirms-he-1mdb-officer-2-us-doj-report

- Oleh: Pena MZR
- 2hb Julai 2020