Khamis, 31 Oktober 2019

Masih berguna lagikah Melayu PH.??


Masih berguna lagikah Melayu Pakatan Harapan..???

Apa guna undi Melayu jika Melayunya mcm Melayu PH yang
1. Menipu rakyat,
2. Menghina Melayu malas,
3. Menghina kata Melayu bodoh,
4. Menghina kata Melayu tak boleh hidup tanpa BR1M,
5. Kerja Melayu PH samun & jual aset² negara,
6. Biarkan aset² org Islam dlm TH disamun bangsa DAP dan
7. Sanggup bekerjasama dgn golongan evangelis dan kafir harbi

Tengok sajalah Melayu2 PH yang haprak
1. Macam Saifudin Abdullah yang sibuk nak ratifikasi ICERD & Statut Rom,
2. Mcm Khalid Samad yang jadi broker tanah, hina nabi saw sebagai penipu dan mungkir janji,
3. Mcm Maszlee yang kata melayu tak boleh hidup tanpa BR1M,
5. Yang bawa ajaran sesat mcm Marina Mahathir

Calon PH adalah Melayu tapi tuannya komunis DAP

Apa bagusnya kalau calon Melayu, tapi bertuankan DAP? Tun Mahathir pun pernah berkata, Melayu tak kuat dalam PH, sekurang²nya dengan memilih BN (MCA) boleh menambah kerusi MP blok pembangkang dari Muafakat Nasional.

Banyak Kecacatan dalam PAKATAN HARAPAN, mereka tegar melindungi pengganas komunis & LTTE

Hanya geng pengganas akan sokong pengganas... sebab tu pemimpin DAP tak segan² sebar komik propaganda pengganas komunis PKM dan bela ahlinya yang sokong pengganas komunis PKM dan LTTE.

Tahukah anda 32 negara termasuk India, USA dan UK mengklasifikasi LTTE sebagai organisasi pengganas?. Negara India sendiri anggap mereka pengganas, jadi mengapa sebahagian pemimpin masyarakat India di Malaysia membantu atau bersimpati dengan LTTE? Tak ada baca ker?

PH dan fitnah berpisah tiada

Tuduh UMNO PAS Taliban, mereka di PH sokong pengganas komunis PKM dan LTTE. PRU14, tuduh kerajaan BN bagi kewarganegaraan pada warga Bangladesh, rupanya kerajaan PH juga menjual kewarganegaraan pada warga China....

PM ke-4 dan PM ke-7

Kononnya pada tahun 1990-an, salah satu punca taikun ditolong adalah untuk selamatkan pekerja dari dibuang. Tapi tahun 2019, PM ke-7 atok main buang penjawat awam selepas PRU14. Swasta diutamakan, taikun didahulukan, nepotisme diagungkan.. rindu zaman Tun kata deme..


Oleh
Simah Mamat
Aktivis NGO

Rabu, 9 Oktober 2019

PRN DI NEGERI PERAK SEMAKIN MENJADI KENYATAAN.

Sejak semalam tular sepucuk surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia (Negeri Perak) yang memberi kebenaran kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak untuk membuat lawatan awal ke sekolah-sekolah sebagai pusat mengundi dalam Negeri Perak.  Satu surat bertarikh 6 Oktober menjelaskan,  Kementerian Pendidikan membenarkan  SPR mengadakan lawatan itu bermula 1 September hingga 30 November ini.

Penularan surat itu di media sosial mengukuhkan lagi bahawa kemungkinan berlakunya pilihan raya negeri susulan kemelut politik yang berlaku di Perak.

Hubungan rapuh antara parti komponen Pakatan Harapan yang memerintah Perak melibatkan PKR, BERSATU dan DAP. Ini diburukkan lagi dengan krisis dalaman susulan kes rogol melibatkan exco Perak, Paul Yong yang kini dihadapkan ke mahkamah. Kemelut DAP Perak kini dilihat mula berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan diketuai Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dan satu kumpulan lagi diketuai oleh M Kula Segaran (Naib Pengerusi DAP Pusat).

Malah difahamkan, terdapat tiga ADUN DAP Perak dikatakan tidak sehaluan lagi dengan parti dan berkemungkinan akan lompat atau keluar parti menyebabkan kedudukan Pakatan Harapan di Perak goyah. Seperti yang diketahui, Pakatan Harapan membentuk kerajaan di Perak hanya disebabkan ‘ihsan’ dua ADUN Barisan Nasional keluar parti dan menyokong Datuk Seri Faizal Azumu yang kemudiannya menjadi Menteri Besar.

Pada PRU14 lalu, BN menang 27 kerusi manakala PH 28 kerusi dan PAS menang tiga kerusi. Namun dua ADUN BN keluar parti dan menyokong PH yang memiliki kelebihan 30 kerusi ADUN berbanding BN-UMNO 28 kerusi.

Sampai masanya Muafakat Nasional (MN) memastikan kemenangan di Dun Perak. Pastikan MN berjaya merampas kembali 40 kerusi Dun Perak dari PH.

Oleh :
Simah Mamat
Aktivis NGO


Selasa, 8 Oktober 2019

Pentadbiran Pakatan Harapan GAGAL, Negara Kini Di Ambang BANKRAP



Ura² mengatakan ada sebuah Firma Hong kong, RRJ Capital telah membuat tawaran tunai bernilai Rm3.5 bilion untuk membeli 100 % kepentingan PLUS.  Sebelum ini mereka ada menawarkan RM3 Bilion untuk membeli saham PLUS.

PLUS dimiliki oleh UEM Group dengan pegangan Sahamnya 51% dan KWSP memiliki bakinya 49%

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/614887/kerajaan-sedia-jual-plus

Secara tak langsung, saham PLUS adalah milik rakyat Malaysia.. Hasil PLUS akan di masukkan balik dan diagihkan kepada RAKYAT melalui dividen KWSP setiap tahun..

Adakah anda sebagai RAKYAT MALAYSIA yang masih NAK TERIMA PENJUALAN PLUS kpd pihak lain..??

Jika kerajaan bersetuju untuk menjual Plus, maka kitapun berhak untuk mengeluarkan semua caruman kita di dalam kwsp. Untuk apa kita mencarum jika semuanya hanya untuk mengenyangkan kroni² kerajaan..?Mungkin lebih baik jika kita melabur  kepada medium lain yg lebih menjaminkan masa depan.

Banyak yang kita dapat lihat sekarang,  apabila kerajaan mula menjual aset Felda contohnya, apa yang terjadi bila dividen peneroka jauh lebih teruk dari sebelumnya.  Bila sahaja mereka menjual aset Khazanah dan apa sudah jadi dengan Saham LTAT..? Kerajaan mengumumkan dividennya menjunam habis hingga jatuh keparas terendah hanya 2%...

Bayangkan jika KWSP jual Plus, berapa % kah pencarum2 KWSP akan dapat pulangan dividennya.?? Tidakkah ianya akan menerima nasib yang sama seperti saham² Felda, LTAT, TH dan lain²..??

Berfikirlah sejenak. Apakah kita masih waras lagi untuk terima bulat² kerakusan kerajaan yang ada hari ini yang cuba untuk memperdagangkan hasil caruman kita di dalam KWSP sewenang-wenangnya..? 

Bolehkah KWSP membenarkan pencarum² nya mengeluarkan caruman mereka..? Sudah tentu Tidak..!!
Rakyat tiada pilihan selain dari terpaksa keluar membuat bantahan di atas kerakusan kerajaan yang di lihat GAGAL mentadbir negara dengan baik.

Apakah dengan hanya menjual aset negara ekonomi negara akan pulih sepenuhnya..??
Kita akan dengar apa yang akan diterjemahkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di dalam pembentangan baget 2020 di Parlimen secara langsung pada 11 Oktober 2019 nanti.

Oleh
Simah Mamat
Aktivis NGO


Jumaat, 4 Oktober 2019

Analisa keputusan PRU14 Tanjung Piai - Siri 3

Analisa keputusan PRU14 Tanjung Piai

Objektif
1. Menentukan jumlah sokongan pengundi2 berbilang kaum di Tanjung Piai kepada BN, PAS dan PH

Data dianalisa dengan merujuk juga rumusan keputusan PRU14 dan lain2 faktor yang berkaitan terutama rekod calon BN Tanjung Piai.
1. Peratusan undi kaum2 utama di Malaysia seperti Melayu, Cina, India dan Lain2 kaum
i. Bangsa Melayu didapati mengundi BN 40%, PAS 32% dan PH 28%
ii. Kaum Cina mengundi BN 2.47% dan PH 97.53%
iii. Kaum India mengundi BN 30% dan PH 70%
iv. Lain2 Kaum mengundi BN 50% dan PH 50%
2. Kerusi Parlimen Tanjung Piai merupakan kerusi MCA BN Datuk Wee Jeck Seng yang diwarisi dari DS Ong Ka Ting. Secara tradisi, mana2 MP akan membina hardcore voters sebelum bersara. Walau pun sokongan pengundi Tanjung Piai kepada BN MCA merosot dari PRU11 hingga PRU14, sekurang2nya MCA masih lagi memiliki 15% sokongan pengundi kaum Cina. Sebagai rumusan, BN MCA masih mempunyai 17.46% sokongan dari pengundi2 Cina.
3. Undi Bangsa Melayu terpecah kepada 3 parti antara PAS, BN dan PH. Di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia, undi PAS adalah hanya sumbangan Bangsa Melayu sahaja. Oleh itu, Pengiraan Perjumlahan undi mengikut kaum akan dimulakan dengan menjumlahkan undi kaum Cina, India dan Lain2 kaum terlebih dulu.

Perjumlahan undi mengikut kaum yang mengundi BN dan PH di Tanjung Piai
1. Kaum Cina
i. Undi BN/MCA
Jumlah undi kaum Cina yang sah untuk perjumlahan undi ialah 18,767 dengan sokongan 14.7%
= 18,767 x 17.47%
= 3,279 undi
ii. Undi PH
Sokongan undi kaum cina kepada PH 82.53%
= 18,767 x 82.53%
=  15,488 undi

2. Kaum India
i. Undi BN
Sokongan undi kaum India kepada BN 30%
= 454 x 30%
=  136 undi
ii. Undi PH
Sokongan undi kaum India kepada PH 70%
= 454 x 70%
=  318 undi

3. Lain2 kaum
i. Undi BN
Sokongan undi Lain2 kaum kepada BN 50%
= 291 x 50%
=  145 undi
ii. Undi PH
Sokongan undi Lain2  kepada PH 50%
= 291 x 50%
=  146 undi

4. Perjumlahan undi untuk kaum Cina, India dan Lain2 kaum yang mengundi BN dan PH
i. Undi
= 3,279 + 136 + 145
=  3,560 undi
ii. Undi PH
= 15,488 + 318 + 146
=   15,952 undi

5. Undi Bangsa Melayu untuk BN dan PH
i. PAS seperti yang sedia maklum telah mendapat 2,962 undi dari 100% orang Melayu
ii. Undi PH 
= jumlah keseluruhan undi PH - jumlah undi PH yang diperolehi dari undi 3 kaum Cina, India dan Lain2 kaum
= 21,255 - 15,952
= 5,403 undi
% undi Bangsa Melayu untuk PH
= (5,403/25,600) x 100
= 21.1%
iii. Undi BN
= jumlah keseluruhan Melayu yang diterima SPR - undi PAS - undi Melayu untuk PH 
= 25,600  - 2,962  - 5,403
= 17,235 undi
% undi Bangsa Melayu untuk BN
= (17,235/25,600) x 100
= 67.32%

6. Jumlah undi mengikut pecahan kaum yang diperolehi BN dan PH seperti berikut,
i. BN
Melayu = 17,235 undi
Cina = 3,279 undi
India = 136 undi
Lain2 kaum = 145
ii. PH
Melayu = 5,403 undi
Cina = 15,488 undi
India = 318 undi
Lain2 kaum = 146 undi

(20,731/20,795) x 100%
= 99.6%
Data ini dianalisa dengan ketepatan 99.6%

Oleh :
Pena MZR

Analisa keputusan PRU14 Tanjung Piai - Siri 2


Analisa keputusan PRU14 Tanjung Piai

1. Maklumat dari data SPR
Keputusan Pengiraan undi
PAS 2,962
BN 20,731
PH 21,255

2. Daripada analisis data keputusan PRU14 Tanjung Piai, undi yang diterima oleh SPR mengikut kaum
i. Melayu 25,600 undi
ii. Cina 18,767 undi
iii. India 454 undi
iv. Lain2 kaum 291 undi

Sebelum melangkah kepada penentuan jumlah bilangan undi mengikut kaum yang diperolehi oleh PAS, UMNO dan PH, adalah lebih baik melihat terlebih dulu kelangsungan perkaitan faktor yang dipanggil Mengurus Sentimen dengan keputusan  PRU14.

Mengurus Sentimen
Terdapat 2 kategori pengundi yang boleh diterjemahkan apabila pengundi tersebut memilih membuang undi pada setiap PRU atau PRK
i. Pengundi istiqamah (hardcore/die hard voters)
ii. Pengundi pasif, tidak berparti dan pengundi atas pagar (free voters/passive voters/independent voters)

Pengundi istiqamah adalah sejumlah bilangan pengundi dijadikan asas utama setiap parti2 politik yang menyertai pilihan raya. Ianya boleh dihitung atau diramal jumlahnya oleh jentera2 pilihan raya setempat sebelum diterjemahkan di peti undi. Prinsipalnya, pengundi istiqamah berkadaran dengan peluang, di mana lagi tinggi bilangan pengundi istiqamah (hardcore voters) lagi tinggi peluang parti itu untuk menang.

Free voters pula berkebolehan menjadi pembolehubah luar jangka. Peranan golongan ini bukan kecil, keupayaan mereka boleh diiktiraf sebagai penentu kepada ukuran jarak kedudukan undi antara parti yang bersaing samada jarak tersebut semakin dekat, jauh, menang atau kalah.

Kebiasaan, parti2 yang bersaing akan berusaha mempengaruhi free voters melalui permainan Sentimen. Free voters kelihatan penting apabila tahap sokongan berada di paras 50%=50%, 55%=45%, 60%=40% dengan makna lain saingan hampir seimbang.

Tiada formula yang boleh mengukur pengaruh sentimen. Tetapi sentimen berupaya mempengaruhi keputusan suatu pilihan raya. Sentimen didefinasikan sebagai situasi emosi yang dipengaruhi secara berlebihan terhadap sesuatu perkara/isu sehingga keputusan dibuat oleh individu tersebut berlawanan dengan pertimbangan akal fikiran.

Permainan Sentimen dikenal pasti sebagai punca penting kepada pengundi yang berada dalam dilemma memilih, yakni situasi 50%=50% seperti mana keadaan pengundi pasif, tidak berparti dan pengundi atas pagar berubah fikiran. Mereka akan mula terpengaruh untuk berpihak kepada parti yang dirasakan benar pada hemat mereka walau pun maklumat tersebut nyata tidak benar.

Oleh
Pena MZR

Khamis, 3 Oktober 2019

Analisa keputusan PRU14 Tanjung Piai - Siri 1

Siri 1
Analisa keputusan PRU14 Tanjung Piai

Maklumat dari SPR
1. Jumlah Pengundi 53,528
2. % keluar mengundi 85.54%
3. Jumlah undi rosak 841 undi
4. % undi rosak 1.57%

Objektif
1. Menentukan Bilangan Pengundi yang memboikot PRU14 mengikut kaum
2. Menentukan Bilangan Pengundi yang membuang undi Secara protes pada PRU14 mengikut kaum
3. Menentukan Bilangan undi yang diterima SPR Sebagai undi sah di Tanjung Piai

Pecahan Bilangan Pengundi mengikut kaum
1. Melayu 56.80%
= 53,528 x 56.80%
= 30,404 orang
i. Bilangan keluar mengundi
= 30,404 x 85.54%
=  26,008
ii. Bilangan tak keluar mengundi
= 30,404-26,008
= 4,396 orang
iii. Bilangan undi rosak
= 26,008  x 1.57%
= 408 undi
iv. Undi Bangsa Melayu yang diterima SPR
= 26,008 - 408
= 25,600 undi

2. Cina 41.64%
= 53,528 x 41.64%
= 22,289 orang
i. Bilangan keluar mengundi
= 22,289 x 85.54%
= 19,066 orang
ii. Bilangan tak keluar mengundi
= 22,289-19,066
= 3,223 orang
iii. Bilangan undi rosak
= 19,066 x 1.57%
= 299 undi
iv. Undi Cina yang diterima SPR
= 19,066 - 299
= 18,767 undi

3. India 1.01%
= 53,528 x 1.01%
= 540 orang
i. Bilangan keluar mengundi
= 540 x 85.54%
= 461 orang
ii. Bilangan tak keluar mengundi
= 540 -461
=  79 orang
iii. Bilangan undi rosak
= 461 x 1.57%
= 7 undi
iv. Undi India yang diterima SPR
= 461 - 7
= 454 undi

4. Lain2 kaum 0.55%
= 53,528 x 0.55%
= 294 orang
i. Bilangan keluar mengundi
= 294 x 85.54%
= 251 orang
ii. Bilangan tak keluar mengundi
= 294 - 251
=  43 orang,
iii. Bilangan undi rosak
= 251 x 1.57%
= 3 undi
iv. Undi lain2 kaum yang diterima SPR
= 294 - 3
= 291 undi

Pengundi di Tanjung Piai yang memboikot PRU14 mengikut kaum
1. Melayu 4,396 orang
2. Cina 3,223 orang
3. India 79 orang
4. Lain2 kaum 43 orang

Undi protes di Tanjung Piai mengikut kaum
1. Melayu 408
2. Cina 299
3. India 7
4. Lain2 kaum 3

Jumlah undi yang diterima SPR
1. Melayu = 25,600
2. Cina = 18,767
3. India = 454
4. Lain2 kaum = 291

Ketepatan data analisis
= (45,112/45,787) x 100
= 98.5%

Ini data analysis dengan ketepatan 98.5% untuk Tanjung Piai. Perhatikan
1. Perbezaan Bilangan pengundi  Melayu dan Cina yang tak keluar mengundi
2. Perbezaan jumlah Pengundi Melayu dan Cina yang dihitung oleh SPR
3. Bilangan undi rosak Melayu dan Cina

Oleh
Pena MZR