Jumaat, 4 Oktober 2019

Analisa keputusan PRU14 Tanjung Piai - Siri 2


Analisa keputusan PRU14 Tanjung Piai

1. Maklumat dari data SPR
Keputusan Pengiraan undi
PAS 2,962
BN 20,731
PH 21,255

2. Daripada analisis data keputusan PRU14 Tanjung Piai, undi yang diterima oleh SPR mengikut kaum
i. Melayu 25,600 undi
ii. Cina 18,767 undi
iii. India 454 undi
iv. Lain2 kaum 291 undi

Sebelum melangkah kepada penentuan jumlah bilangan undi mengikut kaum yang diperolehi oleh PAS, UMNO dan PH, adalah lebih baik melihat terlebih dulu kelangsungan perkaitan faktor yang dipanggil Mengurus Sentimen dengan keputusan  PRU14.

Mengurus Sentimen
Terdapat 2 kategori pengundi yang boleh diterjemahkan apabila pengundi tersebut memilih membuang undi pada setiap PRU atau PRK
i. Pengundi istiqamah (hardcore/die hard voters)
ii. Pengundi pasif, tidak berparti dan pengundi atas pagar (free voters/passive voters/independent voters)

Pengundi istiqamah adalah sejumlah bilangan pengundi dijadikan asas utama setiap parti2 politik yang menyertai pilihan raya. Ianya boleh dihitung atau diramal jumlahnya oleh jentera2 pilihan raya setempat sebelum diterjemahkan di peti undi. Prinsipalnya, pengundi istiqamah berkadaran dengan peluang, di mana lagi tinggi bilangan pengundi istiqamah (hardcore voters) lagi tinggi peluang parti itu untuk menang.

Free voters pula berkebolehan menjadi pembolehubah luar jangka. Peranan golongan ini bukan kecil, keupayaan mereka boleh diiktiraf sebagai penentu kepada ukuran jarak kedudukan undi antara parti yang bersaing samada jarak tersebut semakin dekat, jauh, menang atau kalah.

Kebiasaan, parti2 yang bersaing akan berusaha mempengaruhi free voters melalui permainan Sentimen. Free voters kelihatan penting apabila tahap sokongan berada di paras 50%=50%, 55%=45%, 60%=40% dengan makna lain saingan hampir seimbang.

Tiada formula yang boleh mengukur pengaruh sentimen. Tetapi sentimen berupaya mempengaruhi keputusan suatu pilihan raya. Sentimen didefinasikan sebagai situasi emosi yang dipengaruhi secara berlebihan terhadap sesuatu perkara/isu sehingga keputusan dibuat oleh individu tersebut berlawanan dengan pertimbangan akal fikiran.

Permainan Sentimen dikenal pasti sebagai punca penting kepada pengundi yang berada dalam dilemma memilih, yakni situasi 50%=50% seperti mana keadaan pengundi pasif, tidak berparti dan pengundi atas pagar berubah fikiran. Mereka akan mula terpengaruh untuk berpihak kepada parti yang dirasakan benar pada hemat mereka walau pun maklumat tersebut nyata tidak benar.

Oleh
Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan