Selasa, 8 Oktober 2019

Pentadbiran Pakatan Harapan GAGAL, Negara Kini Di Ambang BANKRAP



Ura² mengatakan ada sebuah Firma Hong kong, RRJ Capital telah membuat tawaran tunai bernilai Rm3.5 bilion untuk membeli 100 % kepentingan PLUS.  Sebelum ini mereka ada menawarkan RM3 Bilion untuk membeli saham PLUS.

PLUS dimiliki oleh UEM Group dengan pegangan Sahamnya 51% dan KWSP memiliki bakinya 49%

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/614887/kerajaan-sedia-jual-plus

Secara tak langsung, saham PLUS adalah milik rakyat Malaysia.. Hasil PLUS akan di masukkan balik dan diagihkan kepada RAKYAT melalui dividen KWSP setiap tahun..

Adakah anda sebagai RAKYAT MALAYSIA yang masih NAK TERIMA PENJUALAN PLUS kpd pihak lain..??

Jika kerajaan bersetuju untuk menjual Plus, maka kitapun berhak untuk mengeluarkan semua caruman kita di dalam kwsp. Untuk apa kita mencarum jika semuanya hanya untuk mengenyangkan kroni² kerajaan..?Mungkin lebih baik jika kita melabur  kepada medium lain yg lebih menjaminkan masa depan.

Banyak yang kita dapat lihat sekarang,  apabila kerajaan mula menjual aset Felda contohnya, apa yang terjadi bila dividen peneroka jauh lebih teruk dari sebelumnya.  Bila sahaja mereka menjual aset Khazanah dan apa sudah jadi dengan Saham LTAT..? Kerajaan mengumumkan dividennya menjunam habis hingga jatuh keparas terendah hanya 2%...

Bayangkan jika KWSP jual Plus, berapa % kah pencarum2 KWSP akan dapat pulangan dividennya.?? Tidakkah ianya akan menerima nasib yang sama seperti saham² Felda, LTAT, TH dan lain²..??

Berfikirlah sejenak. Apakah kita masih waras lagi untuk terima bulat² kerakusan kerajaan yang ada hari ini yang cuba untuk memperdagangkan hasil caruman kita di dalam KWSP sewenang-wenangnya..? 

Bolehkah KWSP membenarkan pencarum² nya mengeluarkan caruman mereka..? Sudah tentu Tidak..!!
Rakyat tiada pilihan selain dari terpaksa keluar membuat bantahan di atas kerakusan kerajaan yang di lihat GAGAL mentadbir negara dengan baik.

Apakah dengan hanya menjual aset negara ekonomi negara akan pulih sepenuhnya..??
Kita akan dengar apa yang akan diterjemahkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di dalam pembentangan baget 2020 di Parlimen secara langsung pada 11 Oktober 2019 nanti.

Oleh
Simah Mamat
Aktivis NGO


Tiada ulasan:

Catat Ulasan