Isnin, 31 Julai 2017

SELANGOR CATAT JUMLAH TERTINGGI KES PEMBUANGAN BAYI



Statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan Selangor mencatat jumlah kes pembuangan bayi tertinggi iaitu 157 kes antara 2010 hingga 2016.  Ia diikuti Sabah dan Johor dengan masing-masing mencatat 84 kes, Kuala Lumpur (65) dan Sarawak (49).

Menurut Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata Selangor turut merekodkan jumlah tertinggi dengan 29 kes membabitkan bayi yang ditinggalkan di Baby Hatch dalam tempuk tujuh tahun lalu.

JIka dilihat berapa banyak Hotel Baget dan pusat-pusat maksiat di Selangor sehingga terjadinya punca gejala sosial yang agak kritikal di negeri ini.  Cuba kita ajukan persoalan ini pada MB Selangor dan lihat apa reaksinya berkenaan persoalan ini.



Catatan
Aspirasi Rakyat

Ahad, 30 Julai 2017

KERAJAAN DAP P.PINANG PERLU PULANGKAN WANG RAKYAT




Georgetown: Sedang hangat diperkatakan yang Kerajaan DAP P.Pinang menggunakan sejumlah wang rakyat bagi "MEMBELI" beberapa anugerah dan sijil palsu daripada Europe Bussiness Assembly (EBA) pada tahun 2013 dan 2014.  Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak merangka pelan khusus bagi menjana semula sejumlah wang yang digunakan untuk "membeli"  anugerah palsu tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad, berkata tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan wang rakyat berjumlah lebih RM50,000 yang dibelanjakan ketika "membeli" semua anugerah dan sijil palsu terbabit
Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mengambil langkah bermaruah dengan memulangkan semula semua anugerah yang "dibeli" daripada EBA itu, khusus bagi mengembalikan kegemilangan dan nama baik Pulau Pinang.
 
"Alasan bahawa kerajaan negeri tidak maklum bahawa EBA adalah organisasi bermatlamat mencari keuntungan dengan 'menjual anugerah' langsung tidak boleh diterima. Kenapa mereka tidak menyelidik latar belakang organisasi terbabit terlebih dahulu?
"Adakah mereka bertindak semberono hanya untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa? Ia antara lain membuktikan DAP gagal merealisasikan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT)," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.
 
Terdahulu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Maimunah Mohd Sharif, mengakui membayar yuran penyertaan bernilai RM39,088.10 bagi menerima anugerah dan pengiktirafan daripada EBA pada 2013 dan 2014.

Pada 2013, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (kini MBPP) dicalonkan bagi anugerah 'The Best Cities' dan 'The Best Municipal Managers', manakala Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), pada 2014 dicalonkan bagi anugerah 'Best City' dan 'Best City Manager' dengan yuran penyertaan masing-masing bernilai RM20,680 dan RM18,408.10.
 
Anugerah palsu pun sanggup di belinya semata-mata untuk bermegah-megahan sementara tapi apabila isu ini timbul apakah perasaan DAP sekarang..?? Adakah mereka sanggup mengaku atau hanya mendiamkan diri seperti selalu.  Dengan ini jelas menunjukkan yang kerajaan DAP P.Pinang sememangnya tidak telus dalam semua urusan yang membabitkan wang rakyat
 
 


Kenapa pembayaran surcaj air dikreditkan ke pejabat Ketua Menteri dan bukannya untuk kegunaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).





Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng didesak agar menjawab desas-desus dakwaan yang mengatakan pembayaran surcaj air dikreditkan ke pejabat Ketua Menteri dan bukannya untuk kegunaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
 
Jika perkara ini benar maka Guan Eng harus menjelaskan ke manakah wang tersebut dibelanjakan dan mengapa ia perlu dibayar kepada pejabat ketua menteri.
 
Isu ini perlukan penjelasan kerana ia melibatkan wang rakyat. Rakyat perlu tahu ke manakah wang tersebut disalurkan.. sudahlah mereka dibebankan dengan kenaikan surcaj air, kini ke mana wang tersebut digunakan pula menjadi isu.
Untuk rakyat Penang, jangan terlalu berharap untuk Guan Eng menerangkan berkaitan perkara ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa isu yang menjerat diri dan parti Dap, maka isu tersebut akan dibiarkan sunyi tanpa sebarang jawapan. Sebelum ini terlalu banyak persoalan yang dilontarkan oleh rakyat tetapi tidak dijawab oleh kerajaan pimpinan Dap.
 
Antaranya adalah isu pembinaan rumah kos rendah, isu tambak laut, isu kos terowong dasar laut dan isu dana daripada Israel dan lain-lain lagi. Jadi kalau isu ini pun Guan Eng buat pekak badak, maka kesimpulannya pasti ada ‘something wrong somewhere’ yang cuba disorokkan dari pengetahuan rakyat.

Untuk rekod, Dap mula mengambil kesempatan terhadap statistik penggunaan air domestik per kapita harian bagi Pulau Pinang yang tinggi dengan memperkenalkan surcaj mulai 1 November 2010.
Apabila kadar penggunaan air per kapita tidak juga turun malah ia terus meningkat (ia menunjukkan surcaj gagal mengekang peningkatan penggunaan air atau menurunkan jumlah tersebut), sekali lagi kerajaan negeri mengambil kesempatan untuk sekali lagi menaikkan kadar surcaj 100 peratus pada 1 September 2013 dari 24 sen ke 48 sen bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan setiap rumah sebulan.
 
Terbaru, Kerajaan Negeri bercadang menaikkan lagi kadar surcaj kepada Rm1.00 bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan sebulan.

Isnin, 12 Jun 2017

Pendaftaran Ahli UMNO/BN setiap hari purata 300 orang

 
 
Di sebalik pelbagai kutukan yang dilakukan oleh pihak pembangkang, kaunter pendaftaran ahli UMNO di Menara Dato' Onn terus diserbu pelbagai golongan yang mahu mendaftar sebagai ahli UMNO. Tinjauan yang dibuat membuktikan walaupun ada pihak yang tidak bertanggungjawab begitu agresif memburukkan imej Umno/BN di mata rakyat tetapi umno/BN masih tetap menjadi pilihan terbaik mereka

Jumlah pendaftaran ahli baru antara bulan April hingga Mei seramai 29,840 orang telah mendaftar sebagai ahli baru Umno. Dari jumlah tersebut seramai 15,201 orang telah mendaftar secara online.  Purata Pendaftaran baru keahlian UMNO adalah 300 orang setiap hari dimana jumlah keseluruhan ahli umno/BN seluruh Malaysia seramai 3.64 Juta Orang


Catatan
Aspirasi Rakyat










 

Selasa, 9 Mei 2017

ORANG KANAN JOSEPH LIM DITAHAN RASUAH

GEORGETOWN 9 Mei - Tujuh  orang kontraktor, seorang Pengurus Besar  agensi kerajaan negeri  merupakan antara  11 individu ditahan sebagai suspek bagi membantu siasatan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mereka ditahan bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes rasuah dan salahguna kuasa melibatkan wang berjuta ringgit. Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid memerintahkan mereka direman  empat hari  selepas ditahan di beberapa lokasi. 

Suspek yang dibawa ke mahkamah jam 3 petang tadi lengkap  berpakaian baju lokap SPRM dipercayai  mempunyai hubungan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Dato' Abdul Malik Kasim.
 
 
Pulau Pinang sebelum ini digemparkan dengan pendakwaan Ketua Menterinya, Joseph Lim pada Jun 2016 lalu akibat salah laku guna kuasa dan rasuah. Kes masih lagi dalam siasatan. Tapi yang peliknya beliau masih layak memegang tampuk pemerintahan DAP.. Perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pd 27 mac ditangguhkan akibat permohonan rayuan di Mahkamah rayuan..
 
 
Catatan
Aspirasi Rakyat
 
 

Sabtu, 8 April 2017

RUMAH URUT SEKS BERDEKATAN PEJABAT KHIDMAT DUN BATU 3


 
Shah Alam yang sebelum ini tiada pub, panggung wayang dan rumah urut unisex sudah mencipta sejarah apabila sebuah rumah urut atau massage center pertama di buka di Seksyen 23 Shah Alam.
Seksyen 23 sebelum ini terkenal akibat kontroversi kuil Hindu yang mendapat bantahan penduduk turut mempunyai mercu tanda baru, Pusat Kesihatan Sri Maiya.
Menurut mereka yang pernah mengunjungi Rumah urut ini, selain menawarkan perkhidmatan urut  terdapat juga tawaran urut batin (urut kemaluan lelaki) dengan bayaran tambahan sebanyak RM 30.

Salah seorang penduduk di situ mendakwa rumah urut ini didalangi oleh seorang pemimpin PKR Shah Alam yang berketurunan India.  Rumah Urut Sri Maiya ini beroperasi di No 47-B, Jalan Pelabur B, Seksyen 23/B, 4300 Shah Alam. Kemunculan Sri Maiya di Shah Alam ini menimbulkan tanda tanya kerana EXCo Kerajaan Negeri, dimana YB Ronnie Liu pernah membuat kenyataan dalam sidang DUN Selangor bahawa tiada satu pun lesen baru dikeluarkan untuk premis sebegini sejak 2007.
 
Apakah ia tidak berlesen?  Beroperasi secara Haram.??
 
Lebih aneh lagi bila ia berada berhampiran dengan Pejabat Khidmat DUN Batu Tiga milik YB Rodziah yang berada di permis No: 93, Jalan Pelabur 23/B, Seksyen 23,40300 Shah Alam, Selangor.

DIMANAKAH PAS SELANGOR DALAM MEMARTABATKAN ISLAM DI SELANGOR INI???
ATAU SEMUA ADUN PAS TELAHPUN MENYERAH DIRI MEREKA KEPADA PARTI PAN..??
 
 
Catatan
Aspirasi Rakyat
 
 
 
 
 

Kiraan "Minggu Depan" Rafizi yang memang luar biasa daripada manusia normal



Kiraan Minggu Yang Tidak Sama Dengan Manusia Biasa terlalu luar biasa.
Itu komen dari salah seorang pengguna laman media sosial terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Si Rafizi tu.  Katanya, kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pondan itu bukan sesuatu yang baru. Tetapi ianya sudah acap kali didengar dan diulang - ulang oleh Pakar Penabur Fitnah PKR itu.
Jelasnya, sewaktu menghadiri satu majlis makan malam anjuran satu parti di Kelantan pada 24 Disember 2016, Si Rafizi ni dengan yakinnya telah memberikan ucapan yang antara lain menyebut:
"..minggu depan saya akan dedahkan isu balak di Kelantan..." disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin yang ada.
Sudah tentu pihak-pihak yang telah lama menunggu bahan untuk menyerang Rejim PAS Kelantan cukup teruja dengan janji "minggu hadapan" ini oleh seorang arkitek Langkah Kajang ini.  Namun sayangnya, "minggu depan" yang dinyatakan oleh Si Rafizi itu tidak kunjung tiba hingga ke hari ini. Rupanya ia hanyalah salah satu janji Santa Claus dari Rafizi di malam Krismas.

Kenyataan Si Rafizi tu katanya hanya hadir seperti lagenda barat itu meletakkan patung - patung permainan untuk menggembirakan anak - anak kecil yang buta dalam kira - kira Politik.  Maka, apabila Si Rafizi tu kata bahawa "dua minggu lagi saya akan dedahkan nama pemimpin PAS yang menerima dana dari 1MDB.." sudah pasti akan ada yang terasa sedikit sedih dan gusar.

Adakah masih sempat dalam hayat hidup kita ini menunggu tempoh "dua minggu" yang dijanjikan oleh Si Rafizi itu untuk mendedahkan siapa pemimpin PAS yang dimaksudkan sebelum ini?

Jika "Satu Minggu" yang dijanjikan oleh Si Rafizi tu pun masih belum lagi tiba dengan jarak waktu yang katanya sudah mendekati setengah tahun, bila pulak tempoh "Dua Minggu" itu akan tiba?
 
Adakah selepas Parlimen Pandan bertukar wakil rakyatnya? ATAU, adakah selepas Sungai Buluh menerima penghuninya yang baru? Harap - harap, cepat - cepatlah tempoh masa "Dua Minggu" yang diberikan oleh Si Rafizi tu tiba. Takut nanti, ada pulak yang Mati Kempunan!!!
 
Hashtag Kecam Rafizi #kecamrafizi jadi trending di media sosial sejak semalam. 
Netizen berganding-bahu menghantar pelbagai pesanan dan menggunakan hashtag berkenaan dalam usaha mengecam kebiadapan Rafizi Ramli. 

Apa sudah jadi? 
 
Untuk sesuatu hashtag menjadi tular dan trending bukanlah mudah tetapi bila ia sudah masuk carta trending, lagi susah untuk dilawan. 

Tahniah warga netizen. Tahniah RAKYAT! 
 
 
Catatan
Aspirasi Rakyat
 
 

SPRM perlu menilai semula bukti-bukti kekayaan Azmin

 
 
Sumber di SPRM mengesahkan Jawatankuasa Penilaian Maklumat SPRM akan menilai semula bukti-bukti baharu berhubung salah laku rasuah melibatkan MB Azmin Ali yang pernah disiasat oleh BPR pada 1997 sebelum ditutup tanpa ada tindakan susulan. 
 
Jika penilaian jawatankuasa mendapati ada bukti yang cukup, kes ini berkemungkinan besar akan dibuka semula untuk siasatan yang lebih telus dan terperinci. 

Kes ini menyelubungi Azmin ketika beliau bertugas sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kira-kira 22 tagun yang lalu. 

Dengan gaji hanya RM2,000 ketika itu, kekayaan luar biasa Azmin dianggarkan melebihi RM2juta sekaligus menimbulkan kesangsian banyak pihak sehingga mendorong Badan Pencegahan Rasuah ketika itu (BPR) menjalankan siasatan sebelum diarahkan ditutup pada 1997.  Siapa kah yang mengarahkan supaya siasatan itu ditutup menjadi tandatanya.

Sejak akhir-akhir ini beberapa keping photo telahpun menular di media social tentang kemewahan Azmin.
  
 
 

 
Catatan
Aspirasi Rakyat 

 

Buku Sudah Bertemu Dengan Ruas, Upin Disaman MCA



Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng yang terkenal dengan panggilan Upin telah disaman oleh MCA. MCA telah menyerahkan surat tuntutan (letter of demand) kepada Lim Lip Eng, meminta permohonan maaf secara terbuka, menarik balik fitnah yang dibuatnya dan sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.
 
Surat tuntutan ini berikutan dakwaan Lim Lip Eng bahawa MCA menyeleweng dana yang diperoleh daripada sumbangan orang ramai dan kerajaan yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Dalam surat tuntutan bertarikh 29 Mac, MCA diwakili oleh firma guaman Ng & Farah, kata kenyataan Lim telah menyebabkan "kecederaan parah (severe injuries)" kepada reputasi parti.

Lim Lip Eng mungkin masih di bangku sekolah ketika MCA sejak kemerdekaan memperjuangkan isu pendidikan masyarakat Cina. MCA telah mengalirkn keringat dan air mata untuk mengumpul dana dalam membina sekolah-sekolah Cina dan juga Universiti Tunku Abdul Rahman melalui dana parti mereka sendiri. Apa yang DAP perjuangkan untuk sekolah-sekolah Cina? Pernahkah DAP membina walau sebuah tadika?
 
Lim Lip Eng dalam satu kenyataan kepada Free Malaysia Today, berkata, beliau tidak mempunyai wang sebanyak RM100 juta. Jika ditanya kepada saya, tiada masalah. MCA akan menyaman Lim Lip Eng sehingga beliau menjadi muflis. Atau berkemungkinan MCA boleh memberikan diskaun seperti mana Setiausaha Partinya menikmati diskaun pembelian ke atas banglo tanpa kolam renang.
 
Tahniah MCA. 
 
Catatan
Aspirasi Rakyat
 
 

BONGKAR DAP - PROJEK KHAS BUANG KAKITANGAN AWAM


BONGKAR DAP - PROJEK KHAS BUANG KAKITANGAN AWAM

Pada 2011, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua dilaporkan berkata, jika Pakatan Rakyat (baca: Pakatan Harapan) berjaya memerintah negara, DAP akan mengusulkan cadangan Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam di Malaysia. 
 
Menurut Pua, projek ini akan dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan persekutuan. Antara langkah yang diambil termasuklah memberhentikan pekerja tua lebih awal, menamatkan perkhidmatan berdasarkan laporan prestasi yang rendah, kesihatan yang tidak baik dan sistem saringan yang lebih ketat terhadap graduan yang ingin menyertai sektor awam. 
 
Pada 2016, Pua sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang menyentuh kebajikan kakitangan awam di negara ini ketika  mengulas Bajet 2017. Pua menyifatkan kerajaan menanggung "beban mati" apabila menggaji terlalu ramai kakitangan awam pada satu-satu masa. 
 
Kenapa Pua terlalu taksub terhadap bilangan kakitangan awam? Siapakah yang paling ramai berkhidmat sebagai kakitangan awam? 
 
Jelas sekali, tujuan sebenar Pua menyerang perkhidmatan awam adalah kerana sektor ini paling banyak mengambil orang Melayu sebagai pekerja, baik di peringkat rendah hinggalah ke peringkat profesional dan pakar. Serangan Pua adalah untuk menjatuhkan kredebiliti orang Melayu yang selama ini menjadi sebahagian daripada sistem pentadbiran negara sehingga mencatatkan pelbagai kejayaan yang membanggakan. 
 
Pua dan DAP berniat mengganggu periuk nasi orang Melayu kerana sifat mereka sememangnya rasis dan anti-Melayu sejak sekian lama.
 
Catatan
Aspirasi Rakyat
D.E.Leaks
 
 
 

Jumaat, 7 April 2017

Dana Israel RM1.2 Billion, Kenapa DAP Takut Saman Razali


PILIHAN Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hampir tetapi hingga kini DAP masih membisu terhadap dakwaan ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion daripada Israel. Takkanlah hanya kerana gagal mendapat mandat rakyat, DAP boleh membisu dalam isu itu.  Tiada saman dikeluarkan terhadap bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman yang mendedahkan `pembiayaan’ Israel itu beberapa tahun lepas.

Begitu juga dengan Dr. Zuhdi yang buat pendedahan yang sama sekali lagi pada 29 Disember 2016. Namun sehingga ke hari ini, DAP dilihat tidak peduli langsung.  Untuk makluman, dakwaan itu dibuat oleh Mohamed Razali yang dikatakan telah terlibat secara langsung dengan Israel dalam latihan yang diberikan. Beliau turut mendakwa, pakar risikan Israel terlibat dalam melatih G17 atau kumpulan 17 pakar strategi DAP yang diketuai Tony Pua dan Guan Eng yang sering ke Singapura menemui wakil Kedutaan Israel.

Selain itu, DAP didakwa ditawarkan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada PRU-13 lalu oleh Israel dan sebuah pangkalan tentera Israel baru akan dibina di Port Dickson sebagai balasan, jika DAP berjaya menawan Putrajaya.  Mengapa sehingga ke hari ini masih tidak ada sebarang tindakan saman ke atas Mohamed Razali?  Kalau benar Mohamed Razali berbohong maka kita mahu Kit Siang kotakan kata-kata beliau yang akan menyaman sesiapa sahaja berhubung dakwaan DAP ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion itu.

DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih lima tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu. Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP.  Pelbagai isu dibuka DAP untuk menutup isu derma RM1.2 billion yang didakwa diterima daripada Israel untuk pilihanraya umum lalu. Padahal, pendedahan itu dibuat oleh Mohamad Razali yang merupakan bekas ahli DAP sendiri.
DAP harus mendedahkan butiran penerimaan derma yang cukup banyak itu kepada pengetahuan rakyat.  Rakyat tidak mahu bersekongkol dengan sebuah parti yang ada hubungan dengan Israel.

 

9 tahun saya dengar wakil rakyat "Bloody Fool" 😀😎😀

Speaker mempertahankan tindakannya menangguhkan sesi Dewan Rakyat kepada Julai sejurus selepas usul RUU 355 dibentangkan Presiden PAS.
pandikar

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menyerang beberapa wakil rakyat yang menurutnya sering mengutarakan hujah “tidak masuk akal”, sehari selepas beliau dituduh cuba menutup bahas mengenai rang undang-undang yang dibentangkan PAS dengan menamatkan sesi Dewan Rakyat.

Pandikar berkata, tindakan beliau berlandaskan peraturan Dewan Rakyat.  “Jika saya tidak gunakan, saya terpaksa duduk selama 6 jam lagi dan bertahan dengan ahli Parlimen seperti Lim Kit Siang.
“Dia (Kit Siang) sudah menjadi pemimpin kepada parti-parti politik untuk masa yang lama tetapi tidak tahu peraturan Dewan Rakyat,” katanya hari ini.

Semalam, huru-hara tercetus di Dewan Rakyat apabila Pandikar tiba-tiba menangguhkan perbahasan usul yang dibentangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.  Pandikar menamatkan sesi Dewan Rakyat yang akan bersidang kembali pada Julai, dan menghentikan perbahasan sejurus Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan selesai ucapannya menjelaskan RUU itu.
Pandikar kemudian berkata beliau boleh dianggap “bloody fool” (bodoh) sekiranya tidak menggunakan kuasa yang ada pada beliau.



Susulan itu, Lim hari ini mempersoalkan siapa sebenarnya “bloody fool” kerana menyalah gunakan kuasanya semalam. 

Katanya “Siapa ‘bloody fool’ sebenarnya berdasarkan episod menjijikkan di parlimen semalam? Pandikar, ahli Parlimen atau rakyat Malaysia keseluruhannya,” soal Lim.

Pagi tadi, Pandikar menyerang balik wakil rakyat yang mengutuknya.  “Jikalau tuduh saya ‘bloody fool’, maka hujah sesetengah mereka, selama 9 tahun saya jadi Speaker Di Dewan Rakyat, kebanyakan mereka adalah "bloody fool,” katanya.



Pandikar berkata tidak mempunyai sebarang agenda politik, dan tuduhan perbahasan semalam dirancang terlebih awal adalah tidak benar.  “Mereka apabila berhujah didorong oleh agenda politik semata-mata. Saya tidak ada agenda politik, saya cuma perlu pastikan setiap persidangan berjalan lancar.  “Terpulang kepada sesiapa sahaja untuk hentam. Saya tidak peduli langsung, asalkan perjalanan Dewan Rakyat berjalan lancar,” katanya.


 

PPBM Hilang Kuasa Rundingan Dengan Pakatan





Tun Dr Mahathir Mohamad mengharapkan pembangkang dapat bergerak seperti Barisan Nasional (BN) yang bertanding menggunakan satu logo, dan di mana-mana kawasan hanya mempunyai satu calon mewakili gabungan politik itu. Idea ini pada dasarnya bagus. Cuma ia hanya akan dipakai oleh mereka yang yakin akan menang.

Sebagai contoh, idea menggunakan satu logo ini sangat dialu-alukan oleh parti yang kecil dan baru seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah tetapi tidak pada parti yang besar dan lama seperti DAP dan PKR sekiranya kedua-dua parti itu tidak yakin akan menang.  Ini bukan kali pertama cadangan menggunakan satu logo untuk pembangkang dibangkitkan. Ia pernah timbul sebelum pilihan raya umum ke-13, tapi cadangan ini ditolak walaupun ketika itu Pakatan Rakyat yakin menang.

Logo adalah satu faktor yang penting ketika mengundi. Ingatkah bagaimana DAP menghabiskan tenaganya untuk mempromosikan logo Amanah ketika pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu, dengan menyamakan logo Amanah dengan kuih bacang kegemaran orang Cina?
Menggunakan satu logo yang tidak dikenali dalam masa yang sebegitu singkat sebelum pilihan raya umum ke-14 membawa risiko tinggi kepada DAP dan PKR. Risiko ini tidak akan menjadi masalah sekiranya DAP dan PKR yakin peluang kemenangan di PRU14 itu besar di dalam pertarungan 3 penjuru.

Sekiranya DAP dan PKR memasuki PRU14 hanya dengan niat mempertahankan apa yang ada (walaupun di luaran mereka menciptakan persepsi bahawa Putrajaya yang ingin ditawan), menggunakan logo pembangkang yang baru ini bakal menjadi masalah kepada mereka.
Jadi, tidak perlu hairanlah jika tuntutan ini ditolak pada akhirnya walaupun pada awalnya ia nampak sebagai satu idea yang boleh diterima.

Menggantikan nama Pakatan Harapan
Dr Mahathir menegaskan nama Pakatan Harapan perlu digantikan selepas kemasukan PPBM. Jika apa yang disebut Tan Sri Muhyiddin Yassin, nama baru yang diimpikan Dr Mahathir ialah Barisan Rakyat yang mirip nama Barisan Nasional.  Mungkin Dr Mahathir memikirkan rakyat akan lebih terbuka untuk menukar kerajaan Barisan yang ada sekarang ini kepada satu kerajaan Barisan yang baru berbanding sebuah kerajaan bernama “Pakatan”.  Lagipun nama Pakatan terlalu sinonim dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipercayai tidak akan menjadi faktor penting di PRU14. Mungkin Dr Mahathir mahukan orang lain yang menjadi faktor.

Ketika DAP berkata bahawa pembangkang sudah bersedia menerima seorang perdana menteri wanita, Dr Mahathir tidak bersetuju. Umum mengetahui calon PM Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.   Jadi lelaki manakah yang akan menjadi calon PM Barisan Rakyat sekiranya Pakatan Harapan akur dengan tuntutan Dr Mahathir untuk dibubarkan namanya?
Apakah tuntutan Dr Mahathir untuk mengBNkan pembangkang akan diterima?
Hakikatnya, kemasukan PPBM ke Pakatan Harapan menjunamkan kuasa rundingan mereka dengan parti komponen Pakatan Harapan.

Parti Pakatan Harapan, terutamanya DAP dan PKR akan mengambil sebanyak masa yang boleh untuk berlengah-lengah untuk menimbang tuntutan tersebut tanpa sebarang kerisauan mereka akan kehilangan PPBM.  Ini kerana PPBM tiada lagi tempat bergantung selain bersama Pakatan Harapan apabila pintu rundingannya bersama PAS kini malap.

DAP, melalui Setiausaha Organisasi Kebangsaan Anthony Loke, sudah pun dilaporkan secara terang-terangan memberi bayangan cadangan Dr Mahathir untuk meniru politik gaya BN telah ditolak.
Satu lagi yang menjadi kerisauan parti komponen Pakatan Harapan ialah nilai sebenar PPBM tanpa Dr Mahathir.  Apapun selepas ini, sebagai parti yang kecil seperti Amanah, PPBM akan terpaksa telan keputusan Pakatan Harapan walaupun tidak bersetuju. Dan sekiranya mereka membantah atau menimbulkan masalah, bersedialah untuk diserang habis-habisan dari segala sudut persepsi yang ada

Sabtu, 1 April 2017

Lagi 13 VIP's diburu SPRM Cuba Sogok Sultan Johor

 

  
PUTRAJAYA – Makin hari makin panas cerita VIP korup cuba sogok Sultan Johor,  Seorang Tan Sri sepet baru sahaja diberkas. Skrg 13 orang lagi VIPs sedang diburu SPRM. Kita tengok siapa yg kena. Nampak gayanya seperti sudah berjangkit pula apabila kes ini tiba-tiba menjadi kes besar dan ramai bakal panas punggung kerana ia melibatkan golongan kaya dan berkedudukan. Asalnya hanya seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dari Klang, Selangor, kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa memburu lagi 13 orang kenamaan di seluruh negara.
Ia bagi membantu siasatan suruhnjaya itu terhadap kes cubaan menyogok Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan darjah kebesaran Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Portal AgendaDaily melaporkan muka depan sebuah akhbar pada Sabtu yang memetik sumber, bahawa SPRM percaya Tan Sri yang kini ditahan reman berperanan sebagai ejen atau orang tengah kepada individu terbabit.  Suspek hanya menjadi ‘penghubung’ bagi individu tertentu yang mahu mendapatkan gelaran Tan Sri secara mudah dengan sanggup menawarkan bayaran ganjaran lumayan sebanyak RM2 juta kepada Sultan Ibrahim.  “Berikutan perkembangan terbaharu itu, mereka yang berkaitan diminta agar segera tampil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan dengan lebih lanjut,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi akhbar tersebut turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan namun beliau enggan mengulas secara lebih terperinci.  Terdahulu, seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri berumur 54 tahun itu ditahan reman selama lima hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berkenaan selepas menyerah diri kepada pihak SPRM pada lewat Khamis.

Majistret Nik Isfahanie Tasnin Wan Ab. Rahman memerintahkan lelaki itu direman sehingga 4 April ini selepas membenarkan permohonan SPRM bagi membolehkannya disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.  Untuk rekod, akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau denda RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika tertuduh disabitkan kesalahan di mahkamah. Lelaki tersebut yang juga pengasas dan penasihat sebuah firma perkapalan di Johor Bahru tiba di Istana Kehakiman di Putrajaya kira-kira pukul 9.30 pagi dan dilihat memakai baju berwarna oren tertera perkataan Lokap SPRM.

Catatan
Aspirasi Rakyat

Muncul Zurairi AR yang menyokong pelakuan homoseksual LGBT

Petaling Jaya: Penolong pengarang berita Malay Mail Online, Zurairi Abdul Rahman (A.R) menempelak masyarakat Melayu yang menolak perhubungan seks songsang sesama jantina sebagai bersifat ‘homophobia’ dan menolak fitrah semulajadi hidupan. Beliau yang lebih dikenali sebagai Zurairi A.R juga menolak akan kemungkinan berlakunya sebarang malapetaka mahupun kemusnahan yang disebabkan oleh pelakuan seks songsang tersebut.

Zurairi berkata, “Dunia sudah berubah. Generasi akan datang tidak lagi terikat dengan idea-idea lapuk yang masih dipegang oleh orang-orang tua yang mahu memaksa kepercayaan-kepercayaan mereka ke atas orang lain. Dan kita sebagai ibu bapa hendaklah mengambil cabaran ini untuk turut maju.”  Dengan tegas dan yakin Zurairi menolak kemungkinan akan berlaku malapetaka atau kemusnahan di negara ini sebagai balasan Tuhan ke atas perbuatan seks sumbang sesama jantina sepertimana yang berlaku pada kaum Nabi Lut yang tertulis di dalam kitab-kitab agama Samawi.

“Kerosakan yang bagaimana sebenarnya? Golongan LGBT sudah wujud buat jangka masa yang lama, dan kita masih belum pernah lagi melihat Malaysia dihancurkan oleh gempa yang berkadaran sama dengan yang berlaku di Sodom (kaum Nabi Lut). Elok sahaja jika kita salahkan golongan gay sebagai penyebab Tanah Melayu berulang kali dijajah oleh Belanda, Portugis, British dan Jepun. Kenapa berhenti sekadar itu? Mari kita dakwa bahawa dinosaur-dinosaur telah dihapuskan kerana dinosaur-dinosaur itu gay,” tegas beliau.

Beliau mengemukakan pandangan tersebut di dalam tulisannya yang berjudul ‘It is homophobia that is unnatural’ yang disiarkan di laman blognya yang bermaksud “homofobia itu yang sebenarnya di luar fitrah”.
“Pelakuan homoseks boleh dilihat secara universal di hampir kesemua spesis, namun ‘homophobia’ hanya terlihat di satu spesis sahaja – manusia. Kita hanyalah satu-satunya spesis yang mampu berfikir bahawa homoseksualiti adalah sesuatu yang bukan bersifat semulajadi, tetapi juga merupakan punca segala jenis kejahatan dan kemusnahan,” katanya.




Catatan
Aspirasi Rakyat

APABILA RAHSIA MAHATHIR DIBOCORKAN

RAHSIA APA TU!!!!


Selain daripada mahir memanipulasi fakta, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pakar dalam mengubah fakta sejarah, bagi memastikan dirinya dipandang tanpa dosa.  Bagi bekas Perdana Menteri itu, tidak mengapa jika kita mengubah sedikit sejarah atau berbohong demi cita-cita politik, kerana ia berkisarkan kepada tujuan berpolitik itu telah menghalalkan segala cara.

Baru-baru ini, boleh pula Mahathir membuat penafian bahawa krisis ekonomi yang berlaku di zaman sekarang bukan berpunca darinya dahulu. Malah, lebih menyakitkan telinga mendengar apabila Mahathir tidak mengaku sepanjang 22 tahun pemerintahannya dahulu, Beliau pernah membuatkan negara kita berada dalam krisis ekonomi yang teruk, masalah hutang negara yang tinggi dan lain-lain krisis lagi.  Tapi dalam masa sama, Mahathir pula terlupa, bukan semua rakyat Malaysia boleh diperbodohkan dan dijadikan seperti badut oleh kenyataannya itu.

Rakyat Malaysia tidak akan pernah lupa akan sejarah bagaimana projek mega seperti Plaza Rakyat terbengkalai hingga pernah mendapat jolokan sebagai kolam paling besar di kotaraya Kuala Lumpur?
Bukan itu saja, projek berkenaan yang terbengkalai akibat krisis 1998 itu turut menjadi tempat pembiakan aedes terbesar di ibu negara, tidakkah Mahathir lupa? Yang penting rakyat tidak lupa.
Sehinggalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jugalah yang bertindak ‘mencuci najis’ yang ditinggalkan Mahathir ini dengan pelan pembangunan semula Plaza Rakyat yang dijadualkan bermula tahun 2017. Berdosakah Najib?

Selain itu, Mahathir juga membuatkan projek Bandar Wawasan turut terbiar begitu sahaja. Berapa juta wang rakyat telah dirugikan hangus? Sehinggalah Najib juga yang memulihkan kembali Bandar Wawasan itu yang kini tersergam indah sebagai Quill City Mall pada tahun 2012 lalu.

Masih berdosakah Najib? Mana lebih teruk? Ekonomi zaman Mahathir atau Najib?
Ada banyak lagi projek mega untuk rakyat yang Mahathir telah jadikan ia sebagai ‘besi buruk’ sepanjang pemerintahannya itu. Namun sehinggalah Najib mengambil alih tampuk pemerintahan, semuanya diperbaharui dan diperelokkan semula buat rakyat dapat mengecapi manfaatnya.


Catatan
Aspirasi Rakyat

Najib menjawab Tohmahan Dua Makhluk Tuhan yang kufur nikmat



 
Salah satu adegan popular ibu mertuaku, yang diucapkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee berbunyi "Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia..? Kan lebih baik kau dijadikan haiwan..."
Jika dilihat dari mata kasar, mereka berdua ini jauh tarafnya diantara satu sama lain.  Seorang masih lemau dan seorang hanya menunggu masa .. Tetapi ianya menyamai taraf dua makhluk ini adalah "FITNAH" yang dilemparkan oleh mereka.

Pernah suatu ketika pemerhati politik tanahair umpamakan hubungan Tun Dr Mahathir dengan Datuk Sri Najib seperti ayah dengan anak. Namun hari ini, cara mengganas Tun M menyerang Najib seperti orang yang sudah hilang pertimbangan! Saban hari kerja Tun M hanya mahu bercerita yang buruk mengenai YAB PM walaupun terpaksa mengunakan fakta yang tidak betul....
 
Dilihat Mahathir bersama Rafizi seolah olah bergandingan atau bergu bagi menentang Najib yang dilihat bersendirian sahaja...  Pasangan bergu itu melakukan semua jenis serangan dan pukulan, namun Najib tetap steady masih belum lagi berjaya ditewaskan !

Pada usia Tun Dr M yang menghampiri satu abad, beliau sanggup kesana kemari untuk memburuk-burukkan nama Najib. Malah sanggup menjilat parti Chauvanist DAP! Diwaktu yang sama Rafizi pula terus menjalankan tugasnya menghasut rakyat dengan segala macam pembohongan untuk menabur fitnah keatas Najib...
 
Rafizi benggang apabila telahannya tersasar, bila tanpa usul periksa fakta telah membuat andaian bahawa Fasa pertama MRT yang telah siap adalah 21 km dan jarak sepenuh sehingga selesai Fasa ke 2 adalah 141 km, masih berbaki 120 km. Beliau menganggarkan kos MRT ini adalah RM1 Bilion setiap km, maka mengikut kiraannya kos sebenar adalah RM120 Bilion. Dengan selamba juga Rafizi menuduh Najib telah berbohong mengenai kos keseluruhan projek MRT ini.  Kesian Rafizi apabila kenyataan bodohnya dipatah-patahkan dengan mudah oleh kenyataan rasmi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd [MRT Corp Sdn Bhd].
 
Gandingan Rafizi-Mahathir nampaknya kerja yang sia sia sebab rakyat semakin muak dengan pelbagai tohmahan dan fitnah keatas Najib...

Benarlah kata Ustaz Syamsul Debat sewaktu berucap pada PAU 2016,
"Orang balun YAB Presiden UMNO nie macam macam..! Dia macam tu jer [selamba]. Handal...[ditujukan kepada Najib] ". Saksikan video klip pada minit ke 11 di SINI

Apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Syamsul itu ketika beliau sedang mengulas mengenai "Tanda Tanda Orang Yang Beriman..." ada 3 perkara;
Pertama : Taat Kepada Allah
Kedua   :  Jauhkan dari perkara perkara haram
Ketiga   :  Berbuat baik dengan orang yang berbuat jahat kepada kita [Kata Ustaz Syamsul, Najib tetap cool walaupun teruk dibalun musuh politik]


Rakyat boleh menilai sendiri.... Kita boleh berfikir secara waras !
Datuk Sri Najib tetap fokus dengan tugas dan kerjanya. Beliau sebenarnya bijak menjawab segala macam kritikan dan fitnah dari Rafizi dan Mahathir dengan terus menunjukkan prestasi sebagai Perdana Menteri yang membuat kerja.

Najib berjaya melaksanakan pelbagai lagi kerja kerja berpaksikan rakyat seperti merasmikan PAN Borneo Highway untuk rakyat di Sarawak dan Sabah. Kemudian Jambatan Batang Sadong pula dirasmikan juga untuk penggunaan rakyat. Banyak lagi hasil kerja kerajaan pimpinan Najib dapat dilihat keberhasilannya dalam masa 6 tahun ini.
 
Demikianlah cerdiknya Najib... beliau telah berjaya menempelak Rafizi dan Mahathir, maksudnya Najib menjawab segala cercaan dengan bukti hasil kerjanya ! Sifat berdiam diri dan focus tentang rancangan untuk rakyat telah menjawab segala tohmahan makhluk tuhan yang kufur nikmat ini.
 
Rafizi dengan Mahathir boleh teruskanlah menambah dosa mereka dengan berbohong dan memfitnah, semoga kedua kedua mereka faham akan dialog Kassim Selamat kepada Nyonya Mansoor diatas tadi....


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 
 
 

Khamis, 30 Mac 2017

Pakatan Ali Baba yang semakin pupus menjelang PRU 14

Segala yang berlaku dalam Pakatan Harapan mesti mendapat izin dari Lim Kit Siang. Takkan tak Nampak lagi, siapa yang paling berkuasa dalam Pakatan Harapan..?

PKR, PPBM, PAN antara parti di dalam naungan Pakatan Harapan.  Mereka masing-masing punya pemimpin tertinggi namun di dalam kepimpinan tersebut keputusan muktamatnya  mestilah datangnya dari DAP. 

Baru-baru ini MP Kota Belut menyarankan agar Pemimpin Dap patut berterimakasih kepada beliau kerana berani menyampaikan hasrat akar umbi DAP agar Lim Kit Siang diminta undurkan diri setelah memegang pucuk pimpinan Parti Dap selama 51 tahun.  Sudah tiba masanya Parti Dap melantik muka-muka baru bagi mewarnai Parti Dap.  Ramai pemimpin DAP tidak berani bercakap di luar dan mereka akan berterimakasih kepada saya dan rakan-rakan dalam BN yang mengatakan bahawa sudah sampai masanya Lim Kit Siang bersara. 

Umurnya pun telah mencapai 76 tahun dan 51 tahun dalam arena politik.  Cukup-cukuplah menjadi racun berbisa yang merosakkan rakyat Malaysia.  Ramai ahli Dap juga menyedari akan kepincangan tersebut bila beberapa pemimpin DAP Melaka meletakkan jawatan kerana tidak boleh lagi menerima cara kepimpinan DAP Pusat.  Ini membuka mata pada yang lainnya dan ura-ura ada mengatakan bahawa terdapat beberapa pemimpin DAP akan menyertai BN mula tersebar dan ini juga menunjukkan yang BN kini semakin diyakini kepimpinannya.


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Kit Siang Jangan Main Wayang Opera

 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang,, Rafizal Abdul Rahim berkata, Penasihat Dap Lim Kit Siang hanya perlu melantik peguam seterusnya mengambil tindakan saman terhadap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa sekiranya dakwaan yang dibuat oleh Annuar iaitu Kit Siang seorang "RASIS" adalah satu fitnah.
Parti Dap tidak perlu bermain Wayang Opera, memperkudakan ahli mereka yang berbangsa Melayu untuk melakukan laporan polis terhadap Annuar.  “Hairan… sebab sebelum ini Dap dan saman memang tidak boleh dipisahkan. Tapi bila Annuar Musa berulang kali mengeluarkan kenyataan bahawa Kit Siang rasis, mengapa tiada sebarang tindakan yang diambil

 
“Adakah Dap ingin memperalatkan ahli mereka bagi menutup kenyataan sebenar… Apa lagi yang cuba diputar-belitkan oleh Dap bagi mengelirukan rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Rafizal, rakyat khususnya di Pulau Pinang sentiasa menantikan bilakah Kit Siang mahu mengambil tindakan saman terhadap Annuar kerana inilah peluang untuk Dap menghancurkan kreadibiliti Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO.

Ini bukan sahaja berkaitan kredibiliti Annuar sebagai Ketua Penerangan tetapi imej UMNO akan turut tercalar… Ini juga peluang untuk membuktikan bahawa Dap tidak rasis.  Jadi persoalan yang timbul kini, mengapa bila ada peluang sebegini Kit Siang terus kunci mulut dan tidak mengambil tindakan.  Inilah persoalan yang bermain di fikiran rakyat. Ia agak pelik bila bulan jatuh ke riba tetapi Dap enggan menerima,” katanya lagi.

Annuar Musa sebelum ini mencabar Kit Siang untuk menyaman dirinya ekoran kenyataannya yang mengatakan bahawa Dap adalah sebuah parti diktator, rasis dan anti Islam.
Jelasnya, jika sebelum ini kenyataan tersebut disuarakan di dalam parlimen dan dirinya dilindungi kekebalan berparlimen kini kenyataan tersebut diulang di luar parlimen dan sekiranya Kit Siang merasakan itu adalah satu fitnah maka segeralah mengambil tindakan saman.  Kit Siang Tidak Perlu Main Wayang Opera, Lantik Peguam Dan Saman Annuar Musa

 

Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 

 
 

Hanya di Malaysia sebuah parti Islam yg gemar beri perumpamaan binatang untuk bahasa kiasan



Bahasa melambangkan kepribadian
 
Rupanya di Malaysia hanya Presiden PAS yg pandai sungguh menggunakan kiasan, segala jenis binatang dikumpulkan untuk ditujukan kepada kumpulan islam yang lain....Benarkah pimpinan politik dari parti lain tak reti menggunakan bahasa kiasan atau mereka merasakan tidak manis digunakan untuk ditujukan kepada kumpulan atau parti politik tertentu yg lain .
Bila ulamak yg mulakan menghina mencerca dan melabel, penyokong2nya pun berpesta bersukaria ikut ulamak menghina mencerca dan melabelkan orang dengan binatang.... Na'uzubillah

 
Hanya di Malaysia sebuah parti Islam iaitu PAS yg pandai berkias dgn berbagai kiasan dlm bentuk binatang terhadap musuh politik mereka.   Ramai yang melihat Hadi Awang cuba mencari tempat selindung dengan mengunakan BN dan Umno untuk dipersalahkan jika RUU 355 ini tidak berjaya dibentangkan, walaupun PAS tahu terdapat dua usul untuk dipilih agar ianya Berjaya di bentangkan tetapi kenapa PAS enggan beri kata putus.  KENAPA ..??? 
 
Sebabnya senang sahaja, ini kerana dlm PAS itu sendiri byk yg bercanggah pendapat.. Pusat ckp setuju negeri pula membantah.  Mgkin Hadi dan pemimpin kanan PAS ada agenda sendiri dlm RUU355. Malah semasa Himpunan di Padang Merbok tempohari ramai penyokong tegar PAS yg tidak memahami Isu sebenar pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965... 
 
Jadi moral kenapa RUU 355 tidak dibentangkn dan dianggap RUU 355 ini adalah rang undg2 persendirian...
 
Bn tidak halang RUU 355 utk di bentangkan secara persendirian di Dewan Rakyat.  RUU 355 ini akan terus menjadi rang undang-undang persendirian dan kami menyerahkan sepenuhnya kepada speaker untuk menentukan (bila dibentangkan), bergantung pada aturan mesyuarat Dewan Rakyat. "Jika speaker putuskan untuk membenarkan RUU 355 dibentang, maka ia akan dibentangkan dan speaker juga akan memutuskan peraturan mengenai (pembentangan) RUU 355 itu. "Kita tidak akan bentang dan tentukan dasar kita dalam soal ini kerana RUU 355 ini adalah rang undang-undang persendirian," katanya DSNajib pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Perkara ini mempunyai dua usul di Parlimen. Usul kerajaan dan usul persendirian.  Ianya masih kekal sebagai usul persendirian sehingga hari ini mengikut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Kerajaan tidak akan menjadikan pindaan RUU 355 ini sebagai usul kerajaan. 

1. Biarkan Hadi Awang yang bentangkan di bawah usul persendirian atau
2. Kerajaan ambil alih dan bentang melalui usul kerajaan

Akhirnya Dewan Tertinggi BN secara konsensus memilih pilihan pertama iaitu membuat keputusan untuk tidak membawanya  di bawah usul kerajaan.  Tiada sebab kononnya BN menolak RUU355 hanya satu dakwaan dan tuduhan puak-puak pembangkang
 
 
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 

Rabu, 29 Mac 2017

Guan Eng Terpaksa Larikan Diri Bila Disergah Peniaga Mak Mandin

Kecut perut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila dia disergah dan diserbu oleh wakil peniaga kecil di Mak Mandin. Memalukan betul! Rakyat tak puas hati sehingga mereka buat kacau di program Tokong

Paling memalukan apabila Guan Eng terpaksa membatalkan satu program yang diadakan di Hotel Lodge18 Jalan Bagan Luar, Butterworth, Pulau Pinang kerana berlaku kekecohan.



Bertambah kelakar lagi, Guan Eng terpaksa melarikan diri daripada wakil peniaga kecil di Mak Mandin kerana takut dan kecut perut untuk berhadapan dengan mereka. Mana tidaknya, sebelum ni bukan main berani lagi tunjuk hebat dan berlagak samseng sampai sanggup merobohkan gerai mereka sesuka hati.  Tapi sayangnya kecut telur pulak bila diajak untuk bersemuka….Beliau sanggup lari dan membatalkan terus program bersama penduduk Parlimen Bagan tersebut.  Tapi kalau tak salah kenapa Guan Eng nak larikan diri pulak?

Gerai yang diroboh langsung tak beri sebarang pampasan dan satu sen pun dekat peniaga.  Macam mana mereka nak cari makan lepas ni kalau kedai mereka telah dirobohkan.  Peniaga di Mak Mandin mengadu bahawa sebelum mengundi bukan main lagi tabur janji macam-macam tapi setelah penat mereka mengundi Guan Eng, akhirnya ini yang mereka dapat. Jasa undian yang diberikan peniaga tersebut dibalas dengan merobohkan gerai mereka.  Apabila geng peniaga Mak Mandin datang untuk berjumpa Guan Eng bagi menuntut keadilan terhadap tindakannya sebelum ini, senang-senang je Guan Eng dan Phee Boon Poh melarikan diri dan tidak mahu memberi penjelasan.

Tak kan dengan peniaga tepi jalan pun Guan Eng takut sampai lari tak cukup tanah kot?! Sebelum ini berani sangat roboh kedai India la, Melayu la, roboh perkampungan Melayu dan tutup punca rezeki mereka dan sebagainya.  Tapi bila diajak untuk bersemuka, senang-senang je Guan Eng lari dan sembunyikan kepala! Nampak sangat yang Setiausaha Agung DAP tu sebenarnya seorang yang pengecut dan hanya tahu cakap besar sahaja.



Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Impian PPBM Mahu Jadikan Mukhriz Sebagai PM Akan Terkubur

 Impian untuk mengangkat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai calon Perdana Menteri akan ‘terkubur’ kerana ia bercanggah dengan prinsip demokrasi.   Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata angan-angan disemat Pakatan Harapan jika berjaya menawan Putrajaya, berbeza dengan realiti masa kini.

 Katanya, pertimbangan untuk memilih Perdana Menteri harus bersandarkan beberapa faktor, khususnya parti yang mempunyai pegangan jumlah kerusi terbesar dalam Dewan Rakyat.
“Impian itu (memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai calon Perdana Menteri) berbeza dengan realiti kerana dalam politik, kita kena lihat kekuatan parti.

“Ahli Parlimen UMNO yang menyandang kerusi Pekan (Datuk Seri Najib Razak) menjadi Perdana Menteri kerana UMNO adalah parti terbesar (jumlah kerusi terbanyak) dalam Parlimen.
“Kalau kita tengok Pakatan Harapan sekarang, parti paling kuat ialah DAP, justeru bagaimana seseorang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, termasuk Ahli Parlimen Pagoh mahu menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita, di Parlimen, hari ini.

 Beliau mengulas senarai Kabinet bayangan Pakatan Harapan yang menjadi viral, baru-baru ini, dengan membariskan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.   Menurut lampiran berkenaan, ‘orang kanan’ Muhyiddin atau Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

 Barisan Menteri di Jabatan Perdana Menteri terdiri daripada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi Ramli, Salahuddin Ayub, Tony Pua dan Ramkarpal Singh.
Barisan Kabinet bayangan itu selaras pandangan Muhyiddin ketika berceramah di Kota Kiri, Padang Rengas, Sabtu lalu.

 Abdul Rahman berkata, DAP yang memegang ‘suara’ besar dalam Pakatan Harapan akan mempengaruhi setiap keputusan mana-mana pemimpin yang dicalonkan menjadi Perdana Menteri.
“DAP mempunyai kuasa untuk menarik balik sokongan mereka jika Muhyiddin yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri tidak mengikut telunjuk parti berkenaan berhubung mana-mana dasar.
“Ini kekhuatiran kita kerana bila calon itu datang daripada parti kecil, waima ada nafsu besar untuk jadi perdana menteri pun akan dipengaruhi parti terbesar dalam Pakatan Harapan,” katanya.


Cacatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Isnin, 27 Mac 2017

Nasib Penjawat Awam Di Dua Negara Asing

 

 


Di negara Turki, ribuan kakitangan awam dibuang kerja kerana menentang Presiden Tayyib Erdogan sementara di Malaysia seramai lima orang kakitangan awam yang bertugas sebagai guru hanya diberi notis tunjuk sebab.

“Sekiranya mereka gagal menjawab notis tunjuk sebab tersebut dalam masa dua minggu, mereka bakal dihadapkan ke Lembaga Tatatertib dan tindakan keras akan diambil,” demikian tegas Menteri Pendidikan Datuk Sri Mahdzir Khalid berhubung isu lima orang guru yang menaiki pentas pembangkang menghentam kerajaan (pusat).

Sekiranya RAKYAT Malaysia rasional dan matang, pasti dapat membuat perbandingan yang adil antara tindakan kerajaan Turki dan Malaysia terhadap para penjawat awam dan kakitangan kerajaan negara masing-masing.

Malaysia terlalu berlembut dalam semua hal yang bersangkutan tindakan.  Jika dibandingkan dengan Negara-Negara luar pengkhianat tidak akan dibiarkan, mereka pasti tidak akan sempat bersuara untuk kali kedua. 

Sebagai penjawat awam mereka lupa yang mereka telahpun menandatanggani surat akujanji semasa menerima jawatan yang mereka sandang sekarang..Mereka lupa mereka ada klausa yang telah ditetapkan pada Peraturan 21(1)P.U(A)395/1993 untuk dipenuhi.



Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Mahathir Pemimpin Yang Kecewa – PAS

 ​Pas menempelak kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan presidennya kurang berkarisma dalam membuat keputusan sehingga menyebabkan parti itu keliru membuat keputusan.   Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Mahathir sebenarnya yang tidak mempunyai pendirian tetap apabila sering keluar masuk dalam Umno sebelum ini.

“Apa yang dilakukan ini jelas menunjukkan beliau seorang yang kecewa apabila beliau gagal memenuhi apa yang diimpikan,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang menyifatkan Datuk Seri Hadi Awang kurang karisma hingga membuatkan parti itu keliru membuat keputusan.

 Mohd Amar berkata, pendirian Pas tetap kukuh sebagaimana terkandung dalam perlembagaan
“Kita tidak berganjak dengan apa yang telah diperjuangkan selama ini.  “Siapa jadi Presiden Pas ahli akan tetap memberikan sokongan,” katanya.

 Mohd Amar berkata, Pas juga tetap dengan pendirian untuk bersendirian pada PRU-14 nanti. 


Akhbar tempatan melaporkan, Mahathir membandingkan karisma Abdul Hadi dengan pimpinan Pas terdahulu iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat./sh

Terdahulu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas Kali Ke-64 di Madrasah Nasrullah Pohon Buluh di sini hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz serta barisan kepimpinan.


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

DAP MENOLAK CADANGAN "MALAY LEAD ORGANISATION" OLEH PPBM DALAM PAKATAN PEMBANGKANG

Pakatan yang tidak sepakat
1- Tan Sri Muhyidin, Presiden PPBM berkata dalam ceramah di Kota Lama, Padang Rengas, Perak bahawa gabungan Pakatan Pembangkang oleh PPBM-DAP-PKR-PAN yang mahu menggunakan satu lambang bagi menentang Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 nanya perlu berteraskan Melayu dan dipimpin berasaskan "Malay Lead Organisation".
 
2- DAP menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden PPBM ini untuk menjadikan Pakatan Pembangkang sebagai "Malay Lead Organisation" kerana cadangan tersebut sama seperti Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO. 
 
3- Muhyidin dan PPBM diingatkan supaya jangan cuba menjadikan pakatan pembangkang sama seperti UMNO yang menjadi ketua kepada parti-parti komponen BN kerana dalam pakatan pembangkang suara semua kepimpinan parti gabungan adalah sama dan masing-masing mempunyai hak dan pendirian.
 
4- PPBM adalah sebuah parti baru walaupun kebanyakan pimpinan adalah orang lama daripada UMNO justeru sikap dan perwatakan perlu berubah. Perangai dan sikap sebagai "Melayu UMNO" perlu dikikis daripada pimpinan dan ahli PPBM. 

5- PPBM harus menjadi seperti Parti Amanah Negara (PAN) yang berjaya mengeluarkan diri mereka daripada kepompong pemikiran "Islam PAS".
 
6- PPBM baru sahaja diterima masuk dalam gabungan pakatan pembangkang dan jangan cuba menjadi "jaguh atau juara" kerana PPBM adalah sebuah parti baru yang belum mempunyai apa-apa bukti kejayaan berbanding DAP dan PKR. Kekuatan dan pengaruh PPBM hanya kepada Tun Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri sahaja. 
 
7- Pembahagian kerusi pakatan pembangkang dalam PRU14 yang akan dipertandingkan oleh PPBM dan PAN hanya kerusi milik PAS sahaja iaitu sebanyak 36 kerusi akan diagihkan sama-rata kepada PPBM dan PAN. DAP akan bertanding di 72 kerusi Parlimen. Justeru pimpinan PPBM dinasihatkan agar "sedar diri" jangan tamak kerusi dan meminta lebih.

8- Dasar perjuangan DAP iaitu hak sama-rata melalui konsep "Malaysian Malaysia" tetap konsisten dan tidak akan berubah. 
 
9- DAP menentang keras sebarang usaha dan cadangan penubuhan Negara Islam dan sebarang Undang-Undang berteraskan Islam di Malaysia seperti RUU355
 
10- DAP juga menentang keras sebarang usaha dan cadangan PPBM untuk menjadi ketua kepada parti-parti lain dalam pakatan pembangkang. 
 

Ini pula hikayat Asal Usul Babi n Cina Dapig

Sebelum kedatangan penjajah British dan pendatang Cina ke Tanah Melayu.. tiada kandang babi diusahakan di Tanah Melayu kerana bangsa Melayu Islam bukan bangsa yg makan babi.
Pendatang2 Cina kongsi gelap yg dibawa masuk oleh kafir British di Lombong Bijih di Kuala Lumpur mula membela babi secara dalam kandang. Semakin lama semakin membiak sehingga lah sekarang banyak kandang mega yang diusahakan secara terbuka.

Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 
 
 
 
 

CADANGAN MUHYIDDIN PPBM MACAM SAMPAH!!!


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menolak cadangan yang dikemukakan rakan barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahu menjadi parti utama dalam Pakatan Harapan.
Kata Azmin, walaupun dia memahami hasrat parti itu untuk menarik orang Melayu dan mewujudkan partinya sebagai alternatif kepada UMNO, tegas beliau, semua pihak dalam PH terikat dengan rangka kerja dan dasar gabungan itu.
 
PPBM yang baru mengumumkan menyertai Pakatan Harapan cuba untuk menunjuk kuasa dan berlagak untuk cuba merampas perjuangan Pakatan Harapan
PKR menolak cadangan yang telah dinyatakan oleh Presiden PPBM itu dan turut menyifatkan bahawa parti itu dalam keadaan yang cukup terdesak
 
Malah PKR juga memberikan gambaran bahawa PPBM sedang berada dalam keadaan tertekan sejak menjadi sebahagian dari Pakatan sehingga membuatkan parti itu mahu menjadi 'Abang Besar' dalam Pakatan.
Muhyiddin dalam satu ceramah di Padang Rengas malam tadi mencadangkan gabungan berteraskan Melayu di mana parti pimpinannya itu akan menjadi parti utama mendukung perjuangan tersebut.
 
 
Bagaimanapun beberapa pemimpin Pakatan secara terbuka berpendapat tidak perlu ada sebuah parti berteraskan Melayu untuk menjadi ketua dalam usaha mewujudkan keyakinan rakyat kerana setiap parti mempunyai peranan yang sama penting.
 
Dalam pada itu, Guan Eng juga berkata PH memutuskan untuk mengekalkan nama gabungan itu, namun bersedia mendengar syor Muhyiddin yang mencadangkan nama PH ditukar kepada Barisan Rakyat.  Bagaimanapun ujarnya, mesyuarat akan datang yang membabitkan empat parti termasuk PPBM akan diadakan dalam masa terdekat, mungkin membincangkan cadangan tersebut.
 
 
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 
 

Sabtu, 25 Mac 2017

Nazri dikatakan masuk Parti Bungaraya..???

 
 
 
 
KUALA KANGSAR 25 MAC - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz (kiri) bertemu dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Lembah, Kuala Kangsar hari ini.  Setelah gagal bertemu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz akhirnya bersemuka dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Lembah di sini hari ini.  Mohammed Nazri dan Mahathir berjumpa di tepi dataran Sungai Perak di sini pada pukul 4.25 petang.
  Mereka hanya menikmati cendol dan laksa di bawah sebuah pondok di kawasan perniagaan makanan di sini.

Hadir sama Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
  Terdahulu, Mohammed Nazri dan para penyokongnya menunggu Mahathir lebih tiga jam di pintu masuk MRSM Kuala Kangsar di sini. 
 
Jangan pula ada ahli PPBM perasan yang Nazri akan masuk parti bungaraya.  Wacana tetap akan diteruskan cuma tunggu tarikh dan kebenaran dari pihak berkuasa.
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat