Jumaat, 7 April 2017

Dana Israel RM1.2 Billion, Kenapa DAP Takut Saman Razali


PILIHAN Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hampir tetapi hingga kini DAP masih membisu terhadap dakwaan ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion daripada Israel. Takkanlah hanya kerana gagal mendapat mandat rakyat, DAP boleh membisu dalam isu itu.  Tiada saman dikeluarkan terhadap bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman yang mendedahkan `pembiayaan’ Israel itu beberapa tahun lepas.

Begitu juga dengan Dr. Zuhdi yang buat pendedahan yang sama sekali lagi pada 29 Disember 2016. Namun sehingga ke hari ini, DAP dilihat tidak peduli langsung.  Untuk makluman, dakwaan itu dibuat oleh Mohamed Razali yang dikatakan telah terlibat secara langsung dengan Israel dalam latihan yang diberikan. Beliau turut mendakwa, pakar risikan Israel terlibat dalam melatih G17 atau kumpulan 17 pakar strategi DAP yang diketuai Tony Pua dan Guan Eng yang sering ke Singapura menemui wakil Kedutaan Israel.

Selain itu, DAP didakwa ditawarkan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada PRU-13 lalu oleh Israel dan sebuah pangkalan tentera Israel baru akan dibina di Port Dickson sebagai balasan, jika DAP berjaya menawan Putrajaya.  Mengapa sehingga ke hari ini masih tidak ada sebarang tindakan saman ke atas Mohamed Razali?  Kalau benar Mohamed Razali berbohong maka kita mahu Kit Siang kotakan kata-kata beliau yang akan menyaman sesiapa sahaja berhubung dakwaan DAP ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion itu.

DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih lima tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu. Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP.  Pelbagai isu dibuka DAP untuk menutup isu derma RM1.2 billion yang didakwa diterima daripada Israel untuk pilihanraya umum lalu. Padahal, pendedahan itu dibuat oleh Mohamad Razali yang merupakan bekas ahli DAP sendiri.
DAP harus mendedahkan butiran penerimaan derma yang cukup banyak itu kepada pengetahuan rakyat.  Rakyat tidak mahu bersekongkol dengan sebuah parti yang ada hubungan dengan Israel.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan