Sabtu, 8 April 2017

BONGKAR DAP - PROJEK KHAS BUANG KAKITANGAN AWAM


BONGKAR DAP - PROJEK KHAS BUANG KAKITANGAN AWAM

Pada 2011, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua dilaporkan berkata, jika Pakatan Rakyat (baca: Pakatan Harapan) berjaya memerintah negara, DAP akan mengusulkan cadangan Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam di Malaysia. 
 
Menurut Pua, projek ini akan dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan persekutuan. Antara langkah yang diambil termasuklah memberhentikan pekerja tua lebih awal, menamatkan perkhidmatan berdasarkan laporan prestasi yang rendah, kesihatan yang tidak baik dan sistem saringan yang lebih ketat terhadap graduan yang ingin menyertai sektor awam. 
 
Pada 2016, Pua sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang menyentuh kebajikan kakitangan awam di negara ini ketika  mengulas Bajet 2017. Pua menyifatkan kerajaan menanggung "beban mati" apabila menggaji terlalu ramai kakitangan awam pada satu-satu masa. 
 
Kenapa Pua terlalu taksub terhadap bilangan kakitangan awam? Siapakah yang paling ramai berkhidmat sebagai kakitangan awam? 
 
Jelas sekali, tujuan sebenar Pua menyerang perkhidmatan awam adalah kerana sektor ini paling banyak mengambil orang Melayu sebagai pekerja, baik di peringkat rendah hinggalah ke peringkat profesional dan pakar. Serangan Pua adalah untuk menjatuhkan kredebiliti orang Melayu yang selama ini menjadi sebahagian daripada sistem pentadbiran negara sehingga mencatatkan pelbagai kejayaan yang membanggakan. 
 
Pua dan DAP berniat mengganggu periuk nasi orang Melayu kerana sifat mereka sememangnya rasis dan anti-Melayu sejak sekian lama.
 
Catatan
Aspirasi Rakyat
D.E.Leaks
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan