Sabtu, 8 April 2017

Buku Sudah Bertemu Dengan Ruas, Upin Disaman MCA



Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng yang terkenal dengan panggilan Upin telah disaman oleh MCA. MCA telah menyerahkan surat tuntutan (letter of demand) kepada Lim Lip Eng, meminta permohonan maaf secara terbuka, menarik balik fitnah yang dibuatnya dan sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.
 
Surat tuntutan ini berikutan dakwaan Lim Lip Eng bahawa MCA menyeleweng dana yang diperoleh daripada sumbangan orang ramai dan kerajaan yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Dalam surat tuntutan bertarikh 29 Mac, MCA diwakili oleh firma guaman Ng & Farah, kata kenyataan Lim telah menyebabkan "kecederaan parah (severe injuries)" kepada reputasi parti.

Lim Lip Eng mungkin masih di bangku sekolah ketika MCA sejak kemerdekaan memperjuangkan isu pendidikan masyarakat Cina. MCA telah mengalirkn keringat dan air mata untuk mengumpul dana dalam membina sekolah-sekolah Cina dan juga Universiti Tunku Abdul Rahman melalui dana parti mereka sendiri. Apa yang DAP perjuangkan untuk sekolah-sekolah Cina? Pernahkah DAP membina walau sebuah tadika?
 
Lim Lip Eng dalam satu kenyataan kepada Free Malaysia Today, berkata, beliau tidak mempunyai wang sebanyak RM100 juta. Jika ditanya kepada saya, tiada masalah. MCA akan menyaman Lim Lip Eng sehingga beliau menjadi muflis. Atau berkemungkinan MCA boleh memberikan diskaun seperti mana Setiausaha Partinya menikmati diskaun pembelian ke atas banglo tanpa kolam renang.
 
Tahniah MCA. 
 
Catatan
Aspirasi Rakyat
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan