Sabtu, 8 April 2017

Kiraan "Minggu Depan" Rafizi yang memang luar biasa daripada manusia normal



Kiraan Minggu Yang Tidak Sama Dengan Manusia Biasa terlalu luar biasa.
Itu komen dari salah seorang pengguna laman media sosial terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Si Rafizi tu.  Katanya, kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pondan itu bukan sesuatu yang baru. Tetapi ianya sudah acap kali didengar dan diulang - ulang oleh Pakar Penabur Fitnah PKR itu.
Jelasnya, sewaktu menghadiri satu majlis makan malam anjuran satu parti di Kelantan pada 24 Disember 2016, Si Rafizi ni dengan yakinnya telah memberikan ucapan yang antara lain menyebut:
"..minggu depan saya akan dedahkan isu balak di Kelantan..." disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin yang ada.
Sudah tentu pihak-pihak yang telah lama menunggu bahan untuk menyerang Rejim PAS Kelantan cukup teruja dengan janji "minggu hadapan" ini oleh seorang arkitek Langkah Kajang ini.  Namun sayangnya, "minggu depan" yang dinyatakan oleh Si Rafizi itu tidak kunjung tiba hingga ke hari ini. Rupanya ia hanyalah salah satu janji Santa Claus dari Rafizi di malam Krismas.

Kenyataan Si Rafizi tu katanya hanya hadir seperti lagenda barat itu meletakkan patung - patung permainan untuk menggembirakan anak - anak kecil yang buta dalam kira - kira Politik.  Maka, apabila Si Rafizi tu kata bahawa "dua minggu lagi saya akan dedahkan nama pemimpin PAS yang menerima dana dari 1MDB.." sudah pasti akan ada yang terasa sedikit sedih dan gusar.

Adakah masih sempat dalam hayat hidup kita ini menunggu tempoh "dua minggu" yang dijanjikan oleh Si Rafizi itu untuk mendedahkan siapa pemimpin PAS yang dimaksudkan sebelum ini?

Jika "Satu Minggu" yang dijanjikan oleh Si Rafizi tu pun masih belum lagi tiba dengan jarak waktu yang katanya sudah mendekati setengah tahun, bila pulak tempoh "Dua Minggu" itu akan tiba?
 
Adakah selepas Parlimen Pandan bertukar wakil rakyatnya? ATAU, adakah selepas Sungai Buluh menerima penghuninya yang baru? Harap - harap, cepat - cepatlah tempoh masa "Dua Minggu" yang diberikan oleh Si Rafizi tu tiba. Takut nanti, ada pulak yang Mati Kempunan!!!
 
Hashtag Kecam Rafizi #kecamrafizi jadi trending di media sosial sejak semalam. 
Netizen berganding-bahu menghantar pelbagai pesanan dan menggunakan hashtag berkenaan dalam usaha mengecam kebiadapan Rafizi Ramli. 

Apa sudah jadi? 
 
Untuk sesuatu hashtag menjadi tular dan trending bukanlah mudah tetapi bila ia sudah masuk carta trending, lagi susah untuk dilawan. 

Tahniah warga netizen. Tahniah RAKYAT! 
 
 
Catatan
Aspirasi Rakyat
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan