Sabtu, 1 April 2017

Najib menjawab Tohmahan Dua Makhluk Tuhan yang kufur nikmat



 
Salah satu adegan popular ibu mertuaku, yang diucapkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee berbunyi "Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia..? Kan lebih baik kau dijadikan haiwan..."
Jika dilihat dari mata kasar, mereka berdua ini jauh tarafnya diantara satu sama lain.  Seorang masih lemau dan seorang hanya menunggu masa .. Tetapi ianya menyamai taraf dua makhluk ini adalah "FITNAH" yang dilemparkan oleh mereka.

Pernah suatu ketika pemerhati politik tanahair umpamakan hubungan Tun Dr Mahathir dengan Datuk Sri Najib seperti ayah dengan anak. Namun hari ini, cara mengganas Tun M menyerang Najib seperti orang yang sudah hilang pertimbangan! Saban hari kerja Tun M hanya mahu bercerita yang buruk mengenai YAB PM walaupun terpaksa mengunakan fakta yang tidak betul....
 
Dilihat Mahathir bersama Rafizi seolah olah bergandingan atau bergu bagi menentang Najib yang dilihat bersendirian sahaja...  Pasangan bergu itu melakukan semua jenis serangan dan pukulan, namun Najib tetap steady masih belum lagi berjaya ditewaskan !

Pada usia Tun Dr M yang menghampiri satu abad, beliau sanggup kesana kemari untuk memburuk-burukkan nama Najib. Malah sanggup menjilat parti Chauvanist DAP! Diwaktu yang sama Rafizi pula terus menjalankan tugasnya menghasut rakyat dengan segala macam pembohongan untuk menabur fitnah keatas Najib...
 
Rafizi benggang apabila telahannya tersasar, bila tanpa usul periksa fakta telah membuat andaian bahawa Fasa pertama MRT yang telah siap adalah 21 km dan jarak sepenuh sehingga selesai Fasa ke 2 adalah 141 km, masih berbaki 120 km. Beliau menganggarkan kos MRT ini adalah RM1 Bilion setiap km, maka mengikut kiraannya kos sebenar adalah RM120 Bilion. Dengan selamba juga Rafizi menuduh Najib telah berbohong mengenai kos keseluruhan projek MRT ini.  Kesian Rafizi apabila kenyataan bodohnya dipatah-patahkan dengan mudah oleh kenyataan rasmi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd [MRT Corp Sdn Bhd].
 
Gandingan Rafizi-Mahathir nampaknya kerja yang sia sia sebab rakyat semakin muak dengan pelbagai tohmahan dan fitnah keatas Najib...

Benarlah kata Ustaz Syamsul Debat sewaktu berucap pada PAU 2016,
"Orang balun YAB Presiden UMNO nie macam macam..! Dia macam tu jer [selamba]. Handal...[ditujukan kepada Najib] ". Saksikan video klip pada minit ke 11 di SINI

Apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Syamsul itu ketika beliau sedang mengulas mengenai "Tanda Tanda Orang Yang Beriman..." ada 3 perkara;
Pertama : Taat Kepada Allah
Kedua   :  Jauhkan dari perkara perkara haram
Ketiga   :  Berbuat baik dengan orang yang berbuat jahat kepada kita [Kata Ustaz Syamsul, Najib tetap cool walaupun teruk dibalun musuh politik]


Rakyat boleh menilai sendiri.... Kita boleh berfikir secara waras !
Datuk Sri Najib tetap fokus dengan tugas dan kerjanya. Beliau sebenarnya bijak menjawab segala macam kritikan dan fitnah dari Rafizi dan Mahathir dengan terus menunjukkan prestasi sebagai Perdana Menteri yang membuat kerja.

Najib berjaya melaksanakan pelbagai lagi kerja kerja berpaksikan rakyat seperti merasmikan PAN Borneo Highway untuk rakyat di Sarawak dan Sabah. Kemudian Jambatan Batang Sadong pula dirasmikan juga untuk penggunaan rakyat. Banyak lagi hasil kerja kerajaan pimpinan Najib dapat dilihat keberhasilannya dalam masa 6 tahun ini.
 
Demikianlah cerdiknya Najib... beliau telah berjaya menempelak Rafizi dan Mahathir, maksudnya Najib menjawab segala cercaan dengan bukti hasil kerjanya ! Sifat berdiam diri dan focus tentang rancangan untuk rakyat telah menjawab segala tohmahan makhluk tuhan yang kufur nikmat ini.
 
Rafizi dengan Mahathir boleh teruskanlah menambah dosa mereka dengan berbohong dan memfitnah, semoga kedua kedua mereka faham akan dialog Kassim Selamat kepada Nyonya Mansoor diatas tadi....


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan