Aplikasi Rakyat

Sabtu, 1 April 2017

Lagi 13 VIP's diburu SPRM Cuba Sogok Sultan Johor

 

  
PUTRAJAYA – Makin hari makin panas cerita VIP korup cuba sogok Sultan Johor,  Seorang Tan Sri sepet baru sahaja diberkas. Skrg 13 orang lagi VIPs sedang diburu SPRM. Kita tengok siapa yg kena. Nampak gayanya seperti sudah berjangkit pula apabila kes ini tiba-tiba menjadi kes besar dan ramai bakal panas punggung kerana ia melibatkan golongan kaya dan berkedudukan. Asalnya hanya seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dari Klang, Selangor, kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa memburu lagi 13 orang kenamaan di seluruh negara.
Ia bagi membantu siasatan suruhnjaya itu terhadap kes cubaan menyogok Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan darjah kebesaran Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Portal AgendaDaily melaporkan muka depan sebuah akhbar pada Sabtu yang memetik sumber, bahawa SPRM percaya Tan Sri yang kini ditahan reman berperanan sebagai ejen atau orang tengah kepada individu terbabit.  Suspek hanya menjadi ‘penghubung’ bagi individu tertentu yang mahu mendapatkan gelaran Tan Sri secara mudah dengan sanggup menawarkan bayaran ganjaran lumayan sebanyak RM2 juta kepada Sultan Ibrahim.  “Berikutan perkembangan terbaharu itu, mereka yang berkaitan diminta agar segera tampil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan dengan lebih lanjut,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi akhbar tersebut turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan namun beliau enggan mengulas secara lebih terperinci.  Terdahulu, seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri berumur 54 tahun itu ditahan reman selama lima hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berkenaan selepas menyerah diri kepada pihak SPRM pada lewat Khamis.

Majistret Nik Isfahanie Tasnin Wan Ab. Rahman memerintahkan lelaki itu direman sehingga 4 April ini selepas membenarkan permohonan SPRM bagi membolehkannya disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.  Untuk rekod, akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau denda RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika tertuduh disabitkan kesalahan di mahkamah. Lelaki tersebut yang juga pengasas dan penasihat sebuah firma perkapalan di Johor Bahru tiba di Istana Kehakiman di Putrajaya kira-kira pukul 9.30 pagi dan dilihat memakai baju berwarna oren tertera perkataan Lokap SPRM.

Catatan
Aspirasi Rakyat
Dicatat oleh Aplikasi Rakyat di 10:04 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Mengenai Saya

Foto saya
Aplikasi Rakyat
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2020 (40)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (15)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2019 (106)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (42)
    • ►  Julai (36)
    • ►  Jun (7)
  • ▼  2017 (81)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ▼  April (12)
      • RUMAH URUT SEKS BERDEKATAN PEJABAT KHIDMAT DUN BATU 3
      • Kiraan "Minggu Depan" Rafizi yang memang luar bias...
      • SPRM perlu menilai semula bukti-bukti kekayaan Azmin
      • Buku Sudah Bertemu Dengan Ruas, Upin Disaman MCA
      • BONGKAR DAP - PROJEK KHAS BUANG KAKITANGAN AWAM
      • Dana Israel RM1.2 Billion, Kenapa DAP Takut Saman ...
      • 9 tahun saya dengar wakil rakyat "Bloody Fool" 😀...
      • PPBM Hilang Kuasa Rundingan Dengan Pakatan
      • Lagi 13 VIP's diburu SPRM Cuba Sogok Sultan Johor
      • Muncul Zurairi AR yang menyokong pelakuan homoseks...
      • APABILA RAHSIA MAHATHIR DIBOCORKAN
      • Najib menjawab Tohmahan Dua Makhluk Tuhan yang kuf...
    • ►  Mac (64)
Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.