Isnin, 27 Mac 2017

Mahathir Pemimpin Yang Kecewa – PAS

 ​Pas menempelak kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan presidennya kurang berkarisma dalam membuat keputusan sehingga menyebabkan parti itu keliru membuat keputusan.   Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Mahathir sebenarnya yang tidak mempunyai pendirian tetap apabila sering keluar masuk dalam Umno sebelum ini.

“Apa yang dilakukan ini jelas menunjukkan beliau seorang yang kecewa apabila beliau gagal memenuhi apa yang diimpikan,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang menyifatkan Datuk Seri Hadi Awang kurang karisma hingga membuatkan parti itu keliru membuat keputusan.

 Mohd Amar berkata, pendirian Pas tetap kukuh sebagaimana terkandung dalam perlembagaan
“Kita tidak berganjak dengan apa yang telah diperjuangkan selama ini.  “Siapa jadi Presiden Pas ahli akan tetap memberikan sokongan,” katanya.

 Mohd Amar berkata, Pas juga tetap dengan pendirian untuk bersendirian pada PRU-14 nanti. 


Akhbar tempatan melaporkan, Mahathir membandingkan karisma Abdul Hadi dengan pimpinan Pas terdahulu iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat./sh

Terdahulu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas Kali Ke-64 di Madrasah Nasrullah Pohon Buluh di sini hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz serta barisan kepimpinan.


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan