Isnin, 13 Mac 2017

DAP RETAK MENANTI BELAH BILA 182 AHLI DAP MELAKA KELUAR PARTI

 



182 ahli DAP Melaka keluar parti
12 MAC: Gelombang kedua untuk DAP Melaka selepas 182 anggota akar umbi diketuai tujuh bekas anggota jawatankuasa negeri bertindak keluar kerana mendakwa perjuangan parti itu sudah jauh terpesong. Menurut jurucakapnya iaitu bekas Setiausaha Negeri Liou Chen Kuang menjelaskan bahawa parti itu sudah menyimpang jauh daripada perjuangan prinsip Malaysian Malaysia.

Selain Liou, enam bekas anggota jawatankuasa negeri lain yang meletakkan jawatan ialah N Ghandi, Low Chew Lim, Henry Kang, Kenny Tam, Kng Tuan Hock dan Tee Ai Yen.
Pada Februari lalu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him bersama tiga ADUN lain keluar dari parti serta merta..

"Kami memutuskan untuk mengambil keputusan ini selepas sebulan pertimbangan dan berunding dengan penyokong tempatan dan ahli-ahli ". Kata Liou pada Ahad

Dakwa Liou, kepimpinan Pusat dilihat menjual maruah Cina demi meraih undi untuk mendapat kuasa serta amalan rasuah dalaman dan campur tangan pentadbiran parti negeri.
Sementara itu, Setiausaha parti, Khoo Poay Tiong menafikan parti itu sudah menyimpang daripada prinsip perjuangan dan menggesa mereka mempertimbangkan semula keputusan.

Pru semakin dekat Dap semakin berpecah. Kemanakah perginya ahli-ahli yang keluar parti ini bernaung... Adakah mereka menubuhkan parti baru .... ????
Atau mereka menyertai MCA ...Sama-sama kita tunggu penjelasan dari mereka  nanti


Catatan
Aspirasi Rakyat
Suara Sensasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan