Sabtu, 11 Mac 2017

CUKAI UNTUK KEBAIKAN RAKYAT, BUKAN AMBIL DUIT RAKYAT

CUKAI UNTUK KEBAIKAN RAKYAT, BUKAN AMBIL DUIT RAKYAT
Presepsi ini perlu diperbetulkan supaya rakyat tidak keliru
 
Laporan MediaComm Pen HQ
KANGAR - Kutipan cukai bertujuan mensejahterakan rakyat kerana duit yang dikutip kerajaan "dikembalikan" untuk manfaat rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, menjelaskan, kerajaan kutip cukai dan setiap tahun pada bulan 10 kerajaan bentang belanjawan untuk kembalikan dalam pelbagai bentuk kepada rakyat. Semua negara di dunia ada cukai pendapatan dan cukai kepenggunaan. Negara lain kenakan cukai pendapatan kepada semua rakyat tak kira miskin atau kaya, ada yang 20%, malah ada 40%.
 
"Di Malaysia ada 30 juta rakyat, 15 juta daripadanya tak bekerja termasuk bayi, kanak-kanak dan penganggur. Daripada 15 juta yang bekerja 8 juta pekerja tak wajib bayar cukai tetapi kerajaan pula bagi BRIM. Cukai kepenggunaan seperti SST dikutip bila ada jual beli dan sejak dulu dah ada di Malaysia, semua negara ada, tetapi banyak tauke yang kaya tak hantar kepada kerajaan. Bila tak sampai kepada kerajaan, duit cukai tak sampai kepada rakyat. Sebab itu SST digantikan dengan GST kerana setiap kali peniaga kutip cukai GST ia terus sampai kepada kerajaan," katanya pada Majlis Utaian Kasih Ahli Parlimen Kangar di DUN Sena, malam tadi.
 
Bagaimanapun, beliau berkata, bila GST sebanyak 6% diperkenalkan ada peniaga menaikkan harga sebanyak 6%, sepatutnya harga turun sebanyak sekurang-kurangnya 4% kerana dulu kadar SST 10-16%. Maka harga barangan naik.  Annuar berkata, ada pihak yang hasut rakyat kerajaan "zalim ambil duit rakyat".
"Cukai untuk kebaikan rakyat seperti sebuah keluarga kalau bapa kaya, anak dapatlah faedah, kalau bapa bankrap anak-anak jadi mangsa... serupalah kalau kerajaan bankrap rakyatlah yang merana."
 
Beliau menjelaskan, ketika Datuk Seri Mohd Najib hendak perkenalkan GST, Annuar bertanya sama ada Perdana Menteri sanggup jadi tidak popular.
"Datuk Najib kata let us bite the bullet now... maksudnya bersusah-susah dahulu, kita bersenang-senang kemudian hari," kata Annuar.

Beliau berkata, tindakan kerajaan itu betul dan tepat, hampir seluruh dunia sudah melaksanakan GST kerana lebih cekap daripada SST.
 
 
 
Tulisan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan