Jumaat, 17 Mac 2017

PPBM BALING TERKUBUR SELEPAS 13 PENGASAS KELUAR PARTI?


Baru sahaja enam bulan dilancarkan, Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Baling seakan-akan sudah goyah apabila ada dalam kalangan ahli kawasan itu hari ini mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.
Difahamkan tindakan tersebut berpunca dari rasa tidak puas hati 13 ahli akarumbi PPBM berkenaan berhubung pelantikan jawatankuasa baharu PPBM kawasan itu pada Februari lepas.
Salah seorang ahlinya, Ali Ahmad, 57, yang juga merupakan bekas Pengerusi PPBM Baling berkata, mereka terkilan apabila jawatankuasa penggerak PPBM yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu dinafikan hak mereka. Ibarat tidah dipandang dan dihargai oleh pucuk pimpinan atasan. Dakwanya, kira-kira 500 daripada 800 ahli PPBM kawasan tersebut akan mengikut jejak mereka tidak lama lagi.
“Jawatankuasa kami dinafikan hak untuk menerima  watikah perlantikan penajaan dari pucuk pimpinan sedangkan segala gerak gempur, sesi dialong dan ceramah serta merekrut keahlian kami yang jayakan berpandukan Misi dan Visi Parti. Terdapat desas-desus yang mengatakan mereka diterpilih kebanyakkannya yang berstatus VIP berbanding mereka yang cuma orang biasa.
“Kami merasa amat berkecil hati apabila watikah yang sepatutnya menjadi milik kami diserahkan kepada seorang yang tidak pernah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam gerak kerja parti sejak awal penubuhannya di sini,” kata Ali ketika sidang akhbar pengumuman keluar parti PPBM di Dewan Baling Inn, hari ini. 
Moral dari kes ini boleh dirumuskan ibarat lembu punya susu sapi yang dapat nama...
 
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan