Rabu, 22 Mac 2017
Berapakah jumlah ahli yang didaftarkan dalam "Parti Bebas Rasuah".??
Parti baru yang bakal ditubuhkan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas Senator Datuk Ezam Mohd Nor, dijangka akan memohon untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.
Khairuddin yang dipetik Sinar Harian berkata, ia merupakan langkah pertama yang akan dibuat selepas mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Insya-Allah, dengan izin Allah sekiranya parti baru kami diluluskan pendaftaran oleh ROS maka perkara pertama yang Ezam serta saya lakukan adalah untuk memohon menjadi rakan ‘coalition’ dalam Pakatan Harapan,” katanya.
Khairuddin berkata beliau gembira melihat apa yang berlaku dalam pembangkang hari ini yang selaras dengan kehendak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan penyatuan antara seluruh barisan pembangkang.
“Ini merupakan berita yang amat menggembirakan saya. Ini yang sepatutnya dilakukan dari awal lagi.
“Kita harus perkemas serta perkuatkan kedudukan rumahtangga sendiri di samping terus berusaha berunding dengan PAS,” katanya lagi.
Semalam, Majlis Presiden Pakatan Harapan menerima PPBM sebagai anggotanya dan bersetuju untuk mendaftarkan gabungan pembangkang itu dengan ROS.
Tetapi parti yang bakal dinamakan dengan Parti Bebas Rasuah ini atau lebih jelas lagi parti gila nak kuasa ini ada berapa orang ahli yang mereka bawa masuk untuk bersama Pakatan Haprak ?
100 ribu.? 10 ribu ? atau seribu ahli yang akan turut serta..? Atau cuma Ezam Kotak dan Kudin ini sahaja..?
Ezam dan Kudin ini tahu ke, cadangan yang di kemukakan oleh Tun M supaya PH menggunakan satu logo dibantah keras oleh LKSiang..??
Memandangkan Ezam menyimpan 6 kotak document rasuah, tak sabar rasanya Aspirasi Rakyat nak tahu masih ada ker kotak-kotak tersebut atau hanya gimik. Untuk benteras Rasuah rasanya sekarangpun kerajaan menjalankan operasi besar-besaran bersama SPRM membenteras aktiviti rasuah dimana sekarang ramai yang tertangkap tanpa mengira kedudukan. Jadi adakah "Parti Bebas Rasuah" ini mempunyai kepakaran untuk melakukan kerja mereka atau hanya bertempik di media social sambil mulut berbuih-buih menyalahkan kerajaan sahaja. Sama-samalah kita tunggu dan lihat beberapa parti kecewa ni merebut kerusi bila datangnya musim PRU nanti.
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan