Selasa, 14 Mac 2017

Tak Sampai 24 jam Terresa buat U-Turn sampai pipi cecah tanah

 
Mengaku kurang 24 jam yang dana YAWAS digunakan untuk kegunaan Politik
 
Ultrakiasu chauvanis rasis DAP bukan saja cukup mahir baling batu sembunyi tangan,isu terbaru yang tak kurang menariknya apabila ahli parlimen Seputeh menggunakan dana awam yang diperuntukan kepada rakyat Selangor untuk kepentingan diri beliau sendiri.

Dakwaan serius oleh Datuk Jamal harus disiasat oleh pihak SPRM,mana mungkin wang peruntukan YAWAS boleh dikeluarkan melalui kad atm peribadi ahli parlimen ini. Di harap Teresa Kok paling kurang harus menyamai prestasi tokoh banglo terlajak murah,memandangkan kaedah yang diguna pakai untuk mencapai KPI tokoh banglo mungkin mustahil tetapi sekurang kurangnya dapatlah merasa duit percuma untuk kepentingan politik atau peribadi.

“Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai dan seorang yang hipokrit,menggunakan dana YAWAS sebanyak RM2 juta yang dikeluarkan menggunakan kad ATM Ambank atas namanya sendiri,” – Jamal

Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunos meminta Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok mempercepatkan saman terhadapnya berhubung pendedahan beliau tentang penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Ini kerana menurut Jamal, terdapan enam lagi perkara yang bakal didedahkan berhubung isu tersebut dalam masa terdekat.

“Saya mengalu-alukan Teresa untuk mempercepatkan saman saya kerana saya sudah tidak sabar menunggu saman beliau supaya apa saya dedahkan ini diketahui rakyat, dan jika ia berjaya untuk dibicarakan di mahkamah, kita akan lihat bagaimana penyelewengan yang berlaku di dana YAWAS.
“Saya sedikit pun tak gentar dengan ugutan, malah saya suruh percepatkan supaya Teresa saman saya, sebab saya ada maklumat tentang apa yang saya katakan, saya bertangunggungjawab sepenuhnya, saya yakin dan percaya ada banyak masalah ketirisan dan sebagainya menguruskan dana yang sebegitu banyak, ada 7 program kesemuanya.

“Saya baru bongkar 1 daripadanya, ada 6 lagi yang saya akan dedahkan dalam masa terdekat ini,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Teresa dalam Roketkini.com yang melaporkan Naib Pengerusi DAP itu dikatakan sedang mempertimbangkan tindakan mahkamah ke atas Jamal berikutan dakwaannya terhadap Teresa.

Jamal sebelum ini mendakwa Teresa berbohong serta hipokrit kerana tidak mengaku telah menggunakan wang hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017.
Menurut Jamal, wang tersebut dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama Teresa sendiri.
“Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai dan seorang yang hipokrit. Tuntutan dana yang perlu diberi pada setiap waris adalah sebanyak RM2500, tapi kebanyakan daripada mereka hanya baru terima RM1000 sahaja.

“Dia telah menggunakan dana YAWAS sebanyak RM2 juta yang dikeluarkan menggunakan kad ATM Ambank atas namanya sendiri,” kata Jamal dalam pendedahannya sebelum ini.
Dalam pada itu, Jamal turut mengingatkan Teresa supaya tidak mengugut mana-mana media yang melaporkan berita mengenai YAWAS kerana ia adalah tugas media untuk melaporkan berita. –

BNBBC


Lapuran
Suara Rakyat
Aspirasi Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan