Khamis, 23 Mac 2017

Mahathir Serang 1MDB demi Poket KRONI..!!!



Demi Poket Kroni Mahathir sanggup menyerang 1MDB.  Walaupun kes 1MDB telah melalui beberapa fasa siasatan SPRM, PAC.  Hujah lah dgn fakta Jgn takat melalak Penyangak Penyamun nak tutup konon diri suci Bagi kroni #IPP subsidi berbillion tu duit bapak ayam ka?

Di sini Aspirasi Rakyat menyiarkan keputusan siasatan 1MDB yang telah di keluarkan keputusannya oleh Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim.  Tindakan Terhadap 1MDB Telah Diambil, dan Kes Ditutup yang Diterbitkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016 2:50 PM

KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selesai dan semua tindakan yang perlu telah diambil terhadap kumpulan wang pelaburan negara itu, kata Bank Negara Malaysia (BNM).  "Kami telah menyiapkan semua siasatan mengenai 1MDB berdasarkan kertas siasatan dan semua maklumat (yang ada).

"Kami telah mengenakan penalti kepada syarikat itu, kami telah mengambil segala tindakan yang perlu terhadap syarikat itu yang diamanahkan kepada kami di bawah undang-undang dan kami telah menutup siasatan," kata Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim.
Beliau menjawab soalan sama ada bank pusat akan memulakan siasatan baharu ke atas 1MDB selepas pendedahan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
 
 
DOJ bulan lalu memfailkan saman sivil terhadap beberapa individu untuk menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa diperolehi daripada hasil dana 1MDB yang disalahguna.
Muhammad berkata BNM akan dipandu oleh protokol antarabangsa jika DOJ mahu mendapatkan bantuan bank pusat itu dalam menyiasat isu berkaitan 1MDB.

"Apabila datang kepada penemuan antarabangsa, kami ditentukan oleh protokol tertentu," katanya.
 "Kami secara tegas tetap akan mematuhi protokol-protokol itu dalam kerjasama dengan mana-mana badan penyiasat luar," katanya.

BNM pada April mengeluarkan kompaun kepada 1MDB kerana gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang telah dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
1MDB pada Mei berkata ia telah membayar sepenuhnya jumlah denda yang tidak didedahkan itu.
BNM ketika itu berkata pembayaran kompaun itu menandakan tamatnya siasatannya berhubung perlanggaran peraturan-peraturan bank pusat.

 
KES 1MDB SELESAI DAN KES DITUTUP !!
 
 
 
Catatan
 
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 
 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan