Malah, Pas juga tidak akan memberi­kan peluang kepada PPBM untuk ‘menumpang’ pentas ceramah mereka seperti mana yang dilakukan sebelum ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, tindakan PPBM menyertai pakatan tersebut bermakna menutup terus pintu kerjasama dengan Pas.
 
“Kalau itu pendirian rasmi dia, maka putuslah, tidak perlulah ada perbincangan lagi. Kita jalan sendiri-sendiri sahaja.
“Kita juga tidak akan kongsi pentas dengan PPBM lagi sebab itu memang syarat yang kita letak selama ini (tidak boleh bersama PAN dan DAP),” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan, di sini hari ini.
 
 
Cacatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat