Salah seorang penduduk, Zainab Hashim, 65, berkata, dia berasa terharu dan gembira serta menyambut baik usaha tersebut demi kelangsungan hidup masyarakat yang lebih sempurna.
“Saban hari saya melihat pergerakan projek pembangunan itu dan akhirnya, ia terlaksana juga. Sudah pasti, bukan saya sahaja yang seronok dan tidak sabar untuk menetap di kawasan rumah moden itu, tetapi perkara ini dinanti semua penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.