Ahad, 19 Mac 2017

Pas Umpama Lepaskan Peluang Keemasan - Mahfuz Omar


SHAH ALAM – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berharap PAS menimbang semula keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan. Ini kerana menurutnya, dengan menolak gabungan dalam Bersatu, Pas umpama sedang melepaskan peluang keemasan untuk memposisikan kedudukannya dalam arena politik negara.
Katanya “Kini Bersatu sudah berjaya menarik sokongan ahli-ahli Umno untuk menyokong mereka. Sekiranya Pas berada dalam Pakatan (Harapan), Bersatu mampu mempengaruhi ahli-ahli Umno yang sudah ditarik sokongannya untuk menyokong Pas pula. Beliau kesal kerana Pas telah melepaskan peluang untuk meraih undi sokongan daripada bekas ahli Umno,”

Menurutnya lagi, ahli Umno yang masih berada dalam parti itu sukar untuk memberikan sokongan kepada Pas kerana mereka terlalu ‘hard core’ (terlalu setia) dengan Umno.  “Kecuali kalau mereka memilih untuk kerjasama dengan Umno, barulah mereka boleh berfungsi.
“Bagi saya, ini adalah peluang yang terbaik untuk Pas. Elakkan tertinggal atau terpinggir daripada membawa perubahan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terkini, Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, menjelaskan Pas tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Hrapan kerana DAP dan Amanah berada dalam gabungan parti pembangkang itu.  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menegaskan rundingan kerjasama politik antara parti itu dan Bersatu berakhir sebaik sahaja parti yang dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan. “Secara rasmi tiada kerjasama, kalau itulah rasminya Bersatu (menyertai Pakatan Harapan),” katanya pada sidang medianya selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, di sini hari ini

Masih keliru bahawasanya, apakah Mahfuz ini jurucakap untuk Parti mana sebenarnya?? Jika beliau masih ahli PAS,  kenapa begitu sayang dan kasihnya Mahfuz terhadap PPBM ?? Pada pandangan Aspirasi Rakyat, Mahfuz lebih baik mengistiharkan diri yang beliau ingin keluar dari PAS dan menyertai Pakatan Harapan dan terserah beliau, nk masuk PKR, DAP, Amanah atau Parti Bungaraya.


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan