Isnin, 20 Julai 2020

Siapa Datuk Amhari Efendi Nazaruddin bekas pegawai Khas DS Najib di PMO. (Siri 1)


Fakta Ringkas di mahkamah oleh TS Shafee Abdullah: Siapa Datuk Amhari Efendi Nazaruddin bekas pegawai Khas DS Najib di PMO. (Siri 1)

※ Datuk Amhari Efendi Nazaruddin sempat memiliki 3 syarikat ketika mana beliau berurusan dengan Jho Low. Syarikat2 tersebut seperti di bawah, didaftarkan di kepulauan Cayment;
1. Tycoon Gain Limited
2. Aerosphere Limited
3. Aabar Investments PJS Ltd (BVI)
(TS Shafee Abdullah: M.K.19/9/2019)

※ Datuk Amhari merupakan Pegawai Khas (PMO) kepada DS Najib (PM ke-6) yang bersekutu dengan Jho Low. Mula menunjukkan minat untuk mengetahui tentang unit pelaburan TIA ketika beliau ke kondominium Jho Low di Jalan Kia Peng (SPRM: B.H.18/9/2019). Beliau diajar oleh Jho Low cara2 melakukan pengumpulan dana (fundraising) melalui model "Mubadala" iaitu dana kekayaan milik UAE di Abu Dhabi (Amhari:T.E.3/9/2019).

※ Selepas itu, beliau dan arwah Datuk Azlin Alias (bekas Ketua SU Sulit DS Najib) mula terlibat lebih jauh lagi apabila didorong oleh Jho Low untuk bersama hadir bermesyuarat dalam "perbincangan sulit" berkenaan projek2 1MDB yang diadakan 2 kali sebulan di Prince Hotel KL.

※ Modus operandi Jho Low: Jho Low cuba menyakinkan Datuk Amhari dan arwah Datuk Azlin Alias dengan mengatakan beliau akan ke rumah DS Najib terlebih dahulu untuk diskusi bagi dapatkan pengesahan tentang dokumen2 yang akan dibincangkan. Selepas itu, dokumen2 seperti salinan surat dan minit2 daripada DS Najib diagihkan seolah2 perbincangan di Hotel Prince mendapat mandat dari DS Najib. (Amhari:S.H.3/9/2019).

※ Amhari mengaku yang Jho Low adalah "master manipulator" dalam apa jua keadaan. Beliau dan arwah Datuk Azlin Alias pernah terasa maruah mereka bagaikan digadai apabila menyedari telah diguna oleh Jho Low selepas skandal 1MDB dapat liputan meluas oleh media tempatan dan media luar negara. Tetapi atas kebijaksanaan (Conversationalist) Jho Low mengawal keadaan, beliau dan arwah Datuk Azlin kembali tenang (Amhari:T.E.3/9/2019).

※ Sebagai contoh; dalam tahun 2009 apabila isu berkaitan 1MDB heboh di media, Jho Low sudah pun siap sedia dengan jawapan untuk memberi pencerahan (damage control) kepada arwah Datuk Azlin terutama berkenaan urusniaga 1MDB-PetroSaudi. Datuk Amhari akan aturkan pertemuan arwah dan Jho Low kerana beliau tidak banyak terlibat dalam urusan dengan Petro-Saudi.

※ Pada 5hb April 2011 Datuk Amhari mengaku Jho Low memberi wang AS$200,000 kepadanya melalui pindahan (transfered) ke akaun Maybank. Wang tersebut dianggap sebagai pinjaman jangka pendek (bridging loan) bagi membayar pinjaman bank untuk rumah yang baru beliau beli (M.K.18/9/2019).

※ Dalam satu perjumpaan pada tahun 2012 Jho Low telah mengarahkan Datuk Amhari dan arwah Datuk Azlin buka akaun bank di luar negara. Mereka kemudiannya ke Singapura berjumpa wakil Bank BSI Singapura, Yvonne Seah Yew Foong di hotel Meridien. Yvonne Seah ialah bekas pegawai bank BSI dan pengurus akaun Jho Low di Bank BSI Singapura. (Amhari:B.H. 4/9/ 2019).

※ Di Singapura, semuanya sudah diatur oleh Jho Low. Datuk Amhari, arwah Datuk Azlin Alias bersama Jho Low berjumpa Yvonne Seah untuk mereka tandatangan ke semua dokumen pengemukaan dan pindahan atas kepentingan mereka yang ada pada syarikat Aerosphere Limited dan Tycoon Gain Limited kemudiannya. Datuk Amhari dan arwah Datuk Azlin telah buka 2 akaun bank di bank Swiss BSI (TS Shafee Abdullah:T.E.19/9/2019).

※ Selepas itu, pada awal tahun 2016 pihak bank BSI Switzerland telah hubungi Datuk Amhari memaklumkan yang wang di dalam akaun bank beliau ada wang US$800,000 lebih. (Amhari: T.E.4/9/2019). -Bersambung di siri 2.

1. https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/608219/amp

2. https://m.malaysiakini.com/news/492545

3.
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/46218

4.
https://www.theedgemarkets.com/article/witness-describes-jho-low-master-manipulator

5.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/603330/amp

Oleh: Pena MZR
20hb Julai 2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan