Ahad, 19 Julai 2020

Syarikat Sapura Energy Bhd telah di'Bailout' sejumlah RM2.681 bilion menggunakan dana awam dari PNB (siri 2)


Projek Kroni Tun Mahathir: Syarikat Sapura Energy Bhd telah di'Bailout' sejumlah RM2.681 bilion menggunakan dana awam dari PNB (siri 2)

※ Laporan kewangan Sapura Energy mencatat kerugian berturut2 sejak suku ke-3 tahun 2017. Harga saham didapati mengalami penurunan ketara dari nilai RM5.00 pada akhir tahun 2013 dan terakhir ianya berada ditahap 50 sen seunit. Manakala pada jam 5 pm 24hb Ogos 2018 setelah "RIGHT ISSUE" diumumkan, saham Sapura Energy jatuh 18 sen lagi kepada 41.5 sen iaitu kejatuhan -30.25% dalam tempoh satu hari.

Apa itu "Right Issue" dan apa tujuan ianya diterbitkan?.

※ Right Issue merupakan terma untuk terbitan hak di pasaran saham yang ditawarkan secara istimewa kepada pemegang saham utama. Ianya ditawarkan pada harga terbitan yang lebih rendah daripada harga pasaran. Syarikat terbabit kebiasaannya menerbit "Right Issue" pada harga diskaun di sertai dengan tawaran lain seperti "warrant", "bonus issue" dll. Tujuan utama Right Issue diterbitkan adalah untuk menaikkan jumlah kecairan tunai syarikat sebagai alternatif penyelesaian bebanan hutang piutang tanpa melalui proses pinjaman.

Kenapa saham syarikat Sapura Energy Bhd (SAPNRG) jatuh selepas pengumuman "right issue"?.

※ Terdapat beberapa perkara pokok yang menyebabkan saham Sapura Energy Bhd (SAPNRG) jatuh, iaitu;

1. Terbitan Rights Issue adalah sebahagian dari strategi yang merangkumi penyenaraian bahagian ‘exploration’ dan ‘production’ di Bursa Malaysia. Saham Sapura Energy sememangnya sudah jatuh beberapa tahun sebelum ini atas sebab kerugian dari sudut laporan imbangan kewangan.

2. Pengumuman "Rights Issue" telah memberi kesan ‘dilutive’  kepada pemegang saham utama. Ianya telah melemahkan motivasi pelabur utama (major shareholder) kerana terbitan "Rights Issue" memberi satu gambaran buruk berkenaan operasi syarikat sebelum ini.

3. Perolehan hasil dari terbitan "Rights Issue" akan digunakan untuk membayar hutang yang ditanggung oleh Sapura Energy di mana "Market Capitalisation" semasa Sapura Energy adalah RM2.5 Billion dengan nilai hutang semasa RM16 Billion. Manakala maksimum hasil perolehan terbitan "Rights Issue" berada di sekitar RM4 Billion.

※ Mengikut Nikkei Asian Review pada 8hb Oktober 2018, di antara pemegang saham utama Sapura Energy Bhd adalah seperti berikut:-

1. Sapura Holdings Sdn. Bhd. (16.6%)
2. Permodalan Nasional Bhd. (11.1%)
3. Kumpulan Wang Persaraan (7.6%)
4. Employees Provident Fund (4.8%)
5. Khasera Baru Ltd. (3.6%)
6. The Vanguard Group, Inc. (2.4%)
7. Lembaga Tabung Haji (1.9%)
8. Affin Hwang Asset Management Bhd. (1.8%)
9. Dimensional Fund Advisors LP (1.6%)
10. The People's Bank of China (1.4%)
https://asia.nikkei.com/Companies/Sapura-Energy-Bhd

※ Dalam email kepada The Edge pada 7hb September 2018, jurucakap KWAP (Kumpulan Wang Persaraan) begitu teruja apabila mendapat tawaran pembelian terbitan saham "Right Issue" dari Sapura Energy Bhd. Namun begitu, pada 24hb Ogos 2018 ketika cadangan tersebut diumumkan, KWAP sempat menjual 1.21 juta sahamnya pada harga 41.5 sen sesaham. KWAP masih lagi memiliki 365.4 juta saham Sapura Energy dari 459.1 juta saham dengan nilai pegangan 7.7% pada suku ke-3 tahun 2017.
http://m.thesundaily.my/node/580503

※ Manakala di dalam satu sidang akhbar pada 25hb September 2018, Sapura Energy mengumumkan hanya Permodalan Nasional Bhd (PNB) sahaja syarikat dana awam yang membeli saham terbitan "Right Issue" berserta warrant. Serentak dengan itu pegangan saham PNB di dalam Sapura Energy telah menokok sebanyak 40%. PNB komited membeli kelayakan penuhnya bagi cadangan terbitan hak saham itu dan RCPS-i bernilai RM483.7 juta selain membeli hak saham dan RCPS-i lebihan yang tidak dibeli oleh pemegang saham lain bernilai RM2.198 bilion.

Oleh: Pena MZR
16hb Oktober 2018
19hb Julai 2020 (kemaskini)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan