Selasa, 14 Julai 2020

Fakta Ringkas di mahkamah oleh TS Shafee Abdullah: Siapa Nik Faisal Ariff Kamil bekas CEO SRC International?. (Siri 1)


Siapa Nik Faisal Ariff Kamil bekas CEO SRC International?.

※ Nik Faisal Ariff Kamil adalah bekas Ketua Eksekutif Pelaburan (CIO) bank UBG sebelum berpindah ke syarikat pelaburan 1MDB pada tahun 2011. Di 1MDB, Nik Faisal dilantik sebagai CEO SRC International Sdn Bhd syarikat yang berkaitan dengan 1MDB. Di SRC International, Nik Faisal (CEO SRC) diberi kuasa tambahan iaitu sebagai "account trustee" oleh DS Najib untuk mengurus 3 akaun Ambank milik DS Najib (Uma Devi:H.M.30/4/2019)

※ Bank UBG adalah milik penuh Jho Low. Jho Low menguasai UBG bank pada 31hb Januari 2008 melalui tawaran terhad 183 juta saham kepada Majestic Masterpiece Sdn Bhd (owned by Jho Low) dengan harga pembelian tunai RM456 juta atau RM2.50 seunit saham.

※ Ketika pengambilalihan bank UBG, Jho Low telah dibantu oleh pihak pengurusan utama di bank UBG iaitu Nik Faisal Ariff Kamil, Jasmine Loo dan Tiffany Heah. Serta dengan bantuan kewangan dari Tarek Obaid rakan niaga Jho Low di PetroSaudi International (PSI), akhirnya Jho Low telah berjaya mengambil alih sepenuhnya bank UBG.

※ Selepas itu Nik Faisal, Jasmine Loo, Tiffany Heah dan  Seet Li Lin diambil bekerja di TIA (TIA ditubuhkan pada tahun 2008 yang dinaik taraf kepada koperasi pada 27hb Februari 2009) sebelum TIA ditukar ke nama baru syarikat 1MDB (1MDB tubuhkan pada 30hb September 2009) atas pengaruh Jho Low. Ketika itu juga Nik Faisal belum lagi meletak jawatan di bank UBG dan beliau masih CIO untuk bank UBG.

※ Pada Julai 2008, bank UBG telah membeli saham syarikat Putrajaya Perdana bhd (PPB) dengan nilai milik (buy out) RM343 juta. Anak syarikat Putrajaya Perdana bhd iaitu Putrajaya Perdana Construction Sdn Bhd (PPSB) adalah syarikat yang ada hubung kait dengan kemasukan dana RM32 juta ke akaun Ambank DS Najib.
https://www.theedgemarkets.com/article/ubg-deal-why-jho-low-teamed-taib-and-later-had-buy-him-out-1mdb-money

※ Jho Low telah mengarahkan Nik Faisal menyalurkan wang berjumlah RM170 juta dari SRC International Sdn Bhd ke Putra Perdana Construction Sdn Bhd (Joanna Yu Ging Ping:S.H.1/8/2019). Saksi perbicaraan Pengarah Urusan Putrajaya Perdana Construction Sdn Bhd (PPSB), Datuk Rosman Abdullah memberitahu RM170 juta dimasukkan ke dalam akaun PPSB melalui 3 peringkat iaitu RM35 juta pada 8hb Julai 2014; RM105 juta pada 14hb Julai 2014 dan RM30 juta pada 8hb Ogos 2014.

※ PPSB kemudian memasukkan RM27 juta ke dalam akaun Ambank DS Najib (no akaun berakhir 880) pada 8hb Julai 2014 dan RM5 juta ke akaun (no akaun berakhir 906) pada 10hb September 2014 atas arahan Jho Low. Kemudian RM34.9 juta dipindah daripada akaun PPSB ke akaun Permai Binaraya Sdn Bhd.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/659683/rm32-juta-daripada-putra-perdana-masuk-akaun-najib

※ Bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping di mahkamah mengesahkan wang RM35 juta itu datang daripada syarikat SRC International Sdn Bhd telah dipindah ke akaun Putra Perdana Construction Sdn Bhd (PPSB) dan wang RM34.99 juta kemudian dipindah (transfered) pula ke akaun anak syarikatnya, Permai Binaraya Sdn Bhd.

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/41015

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/450489/amp


Oleh: Pena MZR
14hb Julai 2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan