Rabu, 14 Ogos 2019

TAHFIZ MANDARIN INI PATUT DILAKSANAKAN DI SEMUA NEGERI.

Pelajaran khat tulisan jawi yang ditentang habis-habisan oleh Dong Zong sehingga mengaitkan dengan peruntukkan perlembagaan yang ternyata jauh dari konteks yang sebenar telah menghangatkan sentimen perkauman di negara kita.

Isu perkauman semakin marak, golongan Dong Zong dan DAP mengasak berkenaan tulisan jawi, manakala NGO Ekstremis India dan DAP mengasak berkenaan Dr Zakir Naik. Itulah realiti yang terpaksa kita telan dan hadapi dewasa ini. 

Dan yang terkini mereka mahu dasar pembelajaran tulisan Jawi diteruskan SEKIRANYA dipersetujui oleh Persatuan Ibubapa dan Guru-guru tetapi bilangan halamannya DIKURANGKAN dari enam (6) mukasurat ke tiga (3) mukasurat sahaja.

Namun di Terengganu sesuatu yang luar biasa telah berlaku bila kerajaan Negeri mengumumkan akan menubuhkan tahfiz mandarin pada tahun 2020.
Mungkin ini satu tamparan buat Dong Zong dan sekutunya DAP. Pasti dikatakan kerajaan Terengganu mahu bawa anak tahfiz kearah agama Buddha. 

Dengan perlaksanaannya kelak mungkin di masa akan datang kita akan dapat saksikan anak Melayu yang membaca Al-Quran dalam bahasa Arab menterjemahkannya dalam bahasa Mandarin pula. Hebat sungguh perancangan ini jika semua negeri turut serta seperti mana Kerajaan Terengganu cuba laksanakan.. 


Oleh:
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa

Oleh
Simah Mamat
Akrivis NGO PerSoNa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan