Ahad, 4 Ogos 2019

SERAHKAN KUASA RAKYAT UNTUK MEMILIH PM KE-8



Setiausaha Dap Selangor Ronnie Liu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Selangor mahu Dr. Mahathir bersikap seperti seorang lelaki terhormat atau gentleman dengan mematuhi janji beliau supaya menjadi Perdana Menteri sementara untuk tempoh dua tahun seperti yang dipersetujui oleh PH.

Beliau berkata, pengundi yang memberi kemenangan kepada PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya mengundi Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara, dengan Anwar kemudian mengambil alih. 

Di sini dapat diterjemahkan kebiadapan seorang pemimpin DAP yang memaksa ketuanya iaitu Perdana Menteri agar melepaskan jawatannya walaupun telah berulangkali Tun menegaskan bahawa beliau akan menyerahkan jawatannya dan tidak akan membiarkan negara dalam keadaan berantakan apabila beliau melepaskn jawatannya bila tiba masanya. 
Sementara itu Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tempoh Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH. Sebaliknya keputusan dibuat Anwar akan diangkat sebagai Perdana Menteri selepas Mahathir. Mungkin 2 tahun, 3 tahun ataupun sepenggal.
Jawatan Perdana Menteri ini juga hasil ihsan DAP melantik Tun Mahathir. Ini adalah kerana PH cuba mengaburi mata rakyat untuk menang Pilihanraya ke 14.

Sandainya semasa PRU14 disebut yang DAP akan berkuasa mutlak di era kepimpinan PH, besar kemungkinan rakyat akan menolak kerajaan yang ada sekarang. Rakyat hanya menantikan berita pembubaran agar mereka boleh memilih siapakah yang benar-benar layak menjadi Perdana Menteri yang ke-8. Berikan kuasa rakyat untuk menentukannya.

1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/576744/saya-akan-serah-kepada-anwar-tun-m

2. https://m.malaysiakini.com/news/458464


Oleh ;
Simah Mamat
Aktivis NGO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan