Isnin, 5 Ogos 2019

Gerakan Suqiu mengubah Mentaliti kaum Cina untuk mengundi calon DAP dan tidak mengundi calon dari MCA dan BN? (Siri 1).

▪️Pada tahun 1999, kerajaan BN di bawah Tun Mahathir PM ke-4 dikejutkan oleh tuntutan melampau dari kaum Cina yang berselindung di bawah gerakan yang dipanggil " Suqui".

▪️Suqiu 诉求 dalam bahasa Malaysia bermaksud “rayuan”. Suqiu merupakan "pertubuhan" kepada Rayuan Pilihan Raya Persatuan2 Cina Malaysia telah ditubuhkan pada 16hb Ogos 1999 mengambil kesempatan di atas ketidak-stabilan politik Negara kesan daripada krisis pemecatan DS Anwar Ibrahim pada 2hb September 1998. Tujuan Suqui ditubuhkan ialah untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri ke-4 supaya memenuhi tuntutan mereka sekiranya kerajaan BN ingin mendapat sokongan kaum Cina pada PRU ke-11. Gerakan Suqiu berjaya menyatukan 2,095 buah persatuan Cina seluruh Malaysia.

▪️Gerakan Suqui dikepalai oleh persatuan Jiao Zong dan Dong Zhong bersama 11 persatuan Cina secara aktif mengedar dan memungut "petition" tuntutan untuk PRU ke-11. Senarai persatuan2 tersebut adalah;
1. Pertubuhan Nasional Cina Malaysia (Jiao Zong)
2. Persekutuan Persatuan2  Sekolah Cina Malaysia
3. Nanyang Universiti
4. Alumni Associations of Malaysia
5. Taiwan Graduate Alumni Associations of Malaysia
6. Dewan Perhimpunan Cina Selangor
7. Federation of Guangdong Associations of Malaysia
8. Federation of Guangzi Associations of Malaysia
9. Federation of Fuzhou Associations of Malaysia
10. Federation of Sanjiang Associations of Malaysia
11. Huazi Research Centre
12. Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan
13. Federation of Hokkien Associations of Malaysia

▪️Namun begitu, gerakan Suqui ketika itu telah digagalkan melalui bantahan keras oleh Bangsa Melayu menerusi demonstrasi yang digerakkan oleh NGO2 Melayu. Akibatnya, jawatan kuasa Suqiu terpaksa ketepikan 7 perkara berkenaan pertikaian hak2 keistimewaan orang Melayu.

▪️Maka bermula dari peristiwa tuntutan Suqiu inilah pendirian kaum Cina mula berubah cara dengan satu ketetapan iaitu Bangsa Melayu etnik majoriti di Malaysia mesti diajak bersama "sebagai kumpulan sokongan" kepada setiap perjuangan kaum Cina demi mencapai kejayaan.
1.
http://dppjohor.tripod.com/petikan/apa_dia_83_tuntutan_suqui.htm
2.
http://fantrealika.tripod.com/suqiu-tuntutan.htm
3.
http://komentar.tripod.com/pening.htm
4.
Kekangan dalam Artikulasi Kepentingan oleh NGO Etnik
di Malaysia: Kes Suqiu dan Implikasinya. Choong Sui Fei 1, Thock Ker Pong 2. Universiti Malaya. Pdf


Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan