Ahad, 25 Ogos 2019

Konsep 3R kerajaan diminta agar bersikap lebih telus dan adil

Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan hendaklah memberi penjelasan secara lengkap berhubung konsep 3R supaya ianya lebih telus, jelas dan tidak disalah guna pihak tertentu dari kerajaan maupun pihak pembangkang dan juga pengiat media sosial khususnya.

Adakah seseorang pemimpin politik itu akan  dianggap bersalah sekiranya mereka cuba untuk mempertahankan prinsip atau agama apabila terdapat pihak tertentu yang secara lantang menghina agama Islam, raja-raja dan menghina orang melayu.?

Apakah ianya satu kesalahan bagi seseorang yang menyuruh agar pihak berwajib lebih peke agar segera mengambil tindakan terhadap orang yang menghina raja-raja seperti dalam bentuk perkataan iaitu rompak dan syaitan.?
Apabila kita cuba membela dalam konteks yang dinyatakan, adakah ia akan dianggap sebagai seorang yang menggunakan isu beraja? Sebaliknya kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang menghina raja-raja. Bukankah itu yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan..?
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang memainkan isu 3R, menerusi segala undang-undang sedia ada termasuk Akta Hasutan 1948.
“Saya hendak mengingatkan jangan ‘main-main’. Polis ada. Mereka tahu dan diberi arahan untuk gunakan apa juga undang-undang yang ada.
“Akta Hasutan selagi ia belum dimansuhkan, ia masih dikuatkuasakan. Soal sama ada ada yang setuju atau tidak, itu soal lain. Saya fikir semua orang setuju kerana yang penting soal keamanan dan keselamatan negara tidak boleh dikompromi,” kata Muhyiddin
Sepatutnya kerajaan perlu bersikap lebih adil dan profesional tanpa mengira siapa yang terbabit yang mengeluarkan perkataan-perkataan yang mengores hati rakyat. Jangan pula bila pembangkang nak pertahankan soal prinsip ini akan diambil tindakan, tetapi kalau pihak kerajaan timbulkan persoalan tentang perkara sama dibiarkan, ini tidak kena. Maknanya ‘rule of law’ itu mesti berlaku, 
Kerajaan mestilah berubah dan menunjukkan sikap bertanggungjawab tanpa memilih siapa yang menimbulkannya dan siapa pula yang membalasnya. Sikap kerajaan yang sering memihak kepada individu di dalam kepimpinan Pakatan Harapan ini memang amat ketara sekali, sehingga ianya menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pemimpin pembangkang, NGO, dan rakyat. 

Oleh :
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa



Tiada ulasan:

Catat Ulasan