Selasa, 6 Ogos 2019

Lim Kit Siang dicabar berdebat dengan Dr Zakir Naik

▪️Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) pada 6hb Ogos 2019 telah hadir ke Pejabat DAP Negeri Kelantan untuk menyerahkan salinan "Surat Jemputan" kepada pimpinan Utama DAP terutamanya Lim Kit Siang untuk hadir ke Pidato Dr Zakir Naik yang akan diadakan pada 9hb Ogos 2019.

▪️Tujuan jemputan ini adalah untuk memastikan pemimpin DAP yang bersifat Anti Zakir Naik yang berpandangan serong dan negatif terhadap Dr Zakir Naik menerima jemputan tersebut dan tidak mempunyai alasan untuk mengatakan mereka tidak menerima jemputan.

▪️DAP juga dibenarkan bawa sebanyak mana penyokong dan sedia berhujah bagi buktikan dakwaan mereka betul. Sebaliknya jika pemimpin dan penyokong2 gagal hadir atau hadir tetapi gagal kemukakan hujah bernas ketika berhadapan dengan Dr. Zakir Naik, maka kita tidak mahu lagi mendengar suara sumbang dari pemimpin DAP terhadap Dr Zakir Naik.

▪️Kehadiran pemimpin2 DAP akan membuktikan mereka tidak Anti Islam dan ini bersesuaian dengan prinsip parti DAP yang diwar2 sangat demokratik. Jika mereka tidak prejudis dan bersifat terbuka, mereka mesti hadir untuk berhadapan dengan Dr Zakir Naik secara terbuka. Buktikan bahawa Dr Zakir Naik adalah pemecah kestabilan politik negara atau pemecah kestabilan politik dan keharmonian negara seperti yang DAP dakwa.

▪️Justeru, DPPNK mengambil tanggungjawab menghantar Surat ini bagi menunjukkan sokongan kepada program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Solidariti kami juga bersama Dr Zakir Naik dalam Tugasan beliau sebagai pendakwah dan pembimbing kepada Umat Islam di seluruh dunia.

Cikgu Sufri bin Muhammad
Ketua Dewan Pemuda PAS MALAYSIA


Edited: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan