Ahad, 25 Ogos 2019

PBB sifatkan peratusan kemiskinan Malaysia tidak realistik

▪️Kadar kemiskinan terendah iaitu 0.4% yang dicapai pada 2016 adalah kerana Malaysia meletakkan penanda aras kemiskinan sebanyak RM980 sebulan bagi setiap isi rumah.

▪️Dalam satu laporan yang didedahkan pada Jumaat (23hb Ogos 2019) Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia PBB, Philip Alston menyifatkan kadar kemiskinan negara 0.4% pada 2016 kini tidak realistik kerana penanda aras yang rendah berbanding kos sara hidup yang tinggi. Kadar kemiskinan yang sebenar di Malaysia adalah kira2 15%.

▪️Realitinya, Malaysia dilihat mempunyai kadar kemiskinan hampir dengan negara lain iaitu 15%. Masalah utamanya ialah kewujudan 0.4% melibatkan 25 ribu isi rumah di Malaysia dikategorikan miskin. Pada akhirnya, ia dilihat pada proses membuat polisi.

▪️Pegawai kerajaan ada yang mengatakan tiada kemiskinan jadi tidak perlu program basmi kemiskinan terlalu mendalam kerana kononnya kamu hanya perlukan polisi kerajaan. Namun realitinya, kemiskinan tidak mampu memadamkan dapatan daripada polisi sosial dan ekonomi.

▪️Polisi Bumiputera perlu selari dengan matlamat memastikan kesejahteraan orang Melayu sama seperti kesejahteraan orang Asli kerana prinsipnya sama. Harap kerajaan terus mempromosikan polisi yang positif, dan jabatan yang berkaitan. Harap menteri berkaitan terus pertahankan hak orang asal serta tidak bersikap pasif.

▪️Masalah besar adalah realiti politik Malaysia. Tiada kerajaan yang semalam berkata bahawa tiada kemiskinan, tapi hari ini ia diubah dan beritahu bahawa seorang daripada 6 orang Malaysia miskin.

▪️Alston mengiktiraf pelbagai inisiatif yang diambil kerajaan selama ini untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, serta menambah baik akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. Kerajaan tidak perlu sembunyi fakta sebenar dalam realiti tahap kemiskinan negara.

▪️Kerajaan tidak mahu melakukan perkara itu. Kerajaan biasanya mengatakan Malaysia sebuah negara kaya, bakal mencapai status negara berpendapatan tinggi dan rakyat layak dapat kehidupan yang lebih baik, kita tidak lagi akan menggunakan RM980 sebagai penanda aras lagi, kita akan tingkatkannya. Itu adalah indikasi kehidupan miskin yang tinggi

Laporan penuh Alston akan dibentang kepada Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva pada Jun 2020
1.
https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/pbb-sifatkan-peratusan-kemiskinan-malaysia-tidak-realistik-215729%3famp=1
2.
http://www.astroawani.com/video-malaysia/pbb-kemiskinan-tegar-lebih-buruk-dari-yang-digambarkan-1805899


Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan