Selasa, 6 Ogos 2019

Kenapa TS Zeti takut untuk menyatakan kebenaran..??


Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebenarnya mengetahui tentang derma dari Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Razak. Ianya didedahkan oleh saksi ke-50 kes SRC International Sdn Bhd, Cheah Tek Kuang yang merupakan bekas Pengarah Urusan AmBank. 

Ia dikukuhkan lagi dgn dua salinan surat rasmi dari Riyadh yang membuktikan Najib menerima derma sebanyak AS$100 juta dan AS$375 juta pada 2011. Di dalam surat bertarikh 1 Februari 2011, Arab Saudi mengesahkan derma sebanyak AS$100 juta atau RM306.15 juta mengikut kadar tukaran asing pada waktu itu.  Satu surat lagi bertarikh 1 Nov 2011 menunjukkan Najib menerima derma Arab sebanyak AS$375 juta atau RM1.17 bilion mengikut kadar tukaran asing pada waktu itu.

Tek Kuang berkata beliau menerima kedua-dua salinan surat itu daripada pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu Gu Ping. Zeti sedia maklum tentang kedua-dua surat tersebut apabila ditunjukkan oleh Tek Kuang.
“Selepas menerima surat itu, saya menyerahkannya kepada Tan Sri Zeti,” kata Tek Kuang kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Sepanjang isu ini dimainkan oleh PH,  Zeti tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan atau mengesahkan wang tersebut sebagai derma daripada Arab Saudi. Walaupun beliau sedia maklum mengetahuinya. Sebagai Gabenor BNM pada ketika itu sewajarnya beliau harus tampil untuk memberi penjelasan tentang isu derma tersebut? Yang menjadi persoalannya kenapa TS Zeti membiarkan perkara ini di jadikan satu fitnah yang berlarutan..?? Apa yang membuatkan beliau mendiamkan diri..??
Mungkin ada yang mampu menjawab teka teki ini dengan berfakta.. Atau biar mahkamah sahaja yang menjemput TS Zeti untuk memberi keterangan.

Oleh
Simah Mamat 
-Aktivis NGO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan