Selasa, 20 Ogos 2019

Laporan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bercanggah dengan laporan Gabenor BNM.


Adakah LGE sedang bermain Wayang..??
Lim Guan Eng kata: Peningkatan jumlah stok FDI secara berterusan menjadi daya tarikan Malaysia destinasi pelabur antarabangsa (portfolio bukan residen).

Gabenor BNM kata: Aliran keluar pelabur asing (portfolio bukan residen) sebanyak RM5.1 bilion telah menyebabkan ringgit menyusut 1.5%

▪️Dalam sidang media pada 19hb Ogos 2019, Menteri Kewangan menyatakan peningkatan jumlah stok pelaburan langsung asing (FDI) secara berterusan menjadi daya tarikan Malaysia destinasi pelabur antarabangsa.

▪️KDNK Malaysia berkembang 4.9% tahun-ke-tahun, lebih pesat berbanding pertumbuhan 4.5% untuk suku pertama 2019.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/08/598026/malaysia-terus-jadi-destinasi-pelaburan-antarabangsa/amp

▪️Gabenor BNM menyatakan Ringgit menyusut 1.5% berbanding dolar AS dalam suku kedua tahun 2019. Penyusutan nilai ringgit disebabkan terutama oleh aliran keluar portfolio bukan residen (pelabur asing) apabila sentimen pelabur kekal lemah.

▪️Dalam tempoh 2 bulan pertama suku ke-2, pasaran kewangan domestik terjejas oleh sentimen pelabur yang berhati2 berikutan prospek pertumbuhan sederhana global dan peningkatan ketegangan perdagangan global.

▪️Keadaan tidak menentu ini kekal berpanjangan dan terus melemahkan minat pelabur terhadap pasaran serantau, termasuk Malaysia.

▪️Kesannya, aliran keluar portfolio bukan residen (pelabur asing) sebanyak RM5.1 bilion telah menyebabkan ringgit menyusut 1.5%
http://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1757508


Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan