Jumaat, 9 Ogos 2019

Akhirnya DAP menang bila tulisan Khat Jawi tidak diwajibkan..!!


Akhirnya DAP sudah menang dalam isu  tulisan khat jawi. Persepsi awal yang dijangkakan tulisan khat jawi ini akan menjadi mata pelajaran yang tidak wajib untuk dipelajari dimana pelajar boleh memilih samada ingin mempelajarinya ataupun tidak. Ini menjadikan pembelajaran khat dalam tulisan jawi adalah tidak diwajibkan.

Menurut dari Sinchew Daily tentang khat jawi ini 
“Seni khat bahasa Arab akan diajar pada tahun depan, tetapi para murid mungkin dibenarkan memilih untuk belajar atau sebaliknya.”
“Kami telah berusaha menyelesaikan dan mengurangkan beban pelajar,” tulis Sinchew Daily.
Sinchew Daily juga melaporkan bahawa penterjemahan seni khat oleh media berbahasa Cina sebagai ‘kaligrafi tulisan Jawi’ adalah tidak tepat dan harus diterjemahkan sebagai ‘kaligrafi tulisan Arab’.
Pengumuman akan dibuat oleh Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkenaan kata putus yang mereka capai berkenaan tulisan khat jawi tersebut.

Oleh ; 
Simah Mamat                                                                Aktivis NGO PerSoNa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan