Rabu, 14 Ogos 2019

M Kula Segaran Menteri Sumber Manusia membantah arahan Tun Mahathir

Pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menghantar pulang penceramah Dr Zakir Naik ke negara asalnya adalah tepat akan tetapi kenapa pula Kula Segaran tidak patuh kepada pendirian dan arahan Tun Dr Mahathir Mohamad.??

Beliau masih berdegil mahu mengikuti kemahuan Modi (Perdana Menteri India) mengekstradisi Dr Zakir Naik balik? 
Adakah Kula Segaran ini  menteri kabinet Malaysia atau menteri Kabinet India atau sebenarnya menteri cacamamba..??

Kula Segaran menggunakan surat berserta logo kementeriannya mendesak tindakan dikenakan terhadap Dr Zakir Naik selepas mendakwa penceramah itu mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu di negara ini dan menyentuh perkara sensitif membabitkan masyarakat berbilang etnik di sini.
Beliau menyifatkan penceramah terkenal itu sebagai seorang pelarian dan mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai sejarah Malaysia, sekali gus tidak sewajarnya diberikan keistimewaan.
Kenyataan Kula yang dianggap pelik dan agak keterlaluan dibidas oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu En Ahmad Amzad Hashim dan Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung 
"Menteri Sumber Manusia, Kula Segaran ini bukan sahaja memalukan diri sendiri malah melemahkan imej kerajaan." Kata En Ahmad Amzad Hashim.

“Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran bertukar portfolio ke? Persoalan saya kepada anda para ‘politikus’ hipokrit. Kenapa tidak mendesak Waytha Moorthy meminta maaf dan dikenakan tindakan undang-undang kerana memburuk-burukkan Malaysia? Kata Firdaus Wong Wai Hung

Kenyataan kula boleh membangkitkan isu perkauman dengan menambah kemarahan orang Melayu dan boleh melemahkan perpaduan kaum di negara kita. Negara kini berdepan dengan berbagai kejadian yang melibatkan perkauman jadi jangan nyalakan api dalam sekam.. 

Oleh
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa



Tiada ulasan:

Catat Ulasan