Isnin, 5 Ogos 2019

BENARKAH POLITIK NEGARA STABIL KERANA PH TELAHPUN TUNAI JANJI .??


Apabila sebut pasal janji di sini admin nk tanya apakah bentuk janji yang telah  berjaya Pakatan Harapan tunaikan semenjak mereka menang PRU14.??
Menurut LGE, politik Malaysia stabil sebab Pakatan Harapan tunai janji.. Betulkah Kerajaan PH telah menunaikan segala janji manifesto mereka..?? Mari kita lihat

1. Menghapuskan hutang-hutang yang tidak wajar yang telah dikenakan ke atas peneroka FELDA
Status: Tiada perkembangan dilaporkan.

2. Memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah
Status: Hanya sebahagiannya shj yg tercapai.

3. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum
Status: Belum terlaksana.

4. Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan senarai hitam ke atas peminjam
Status: Masih berteka teki.

5.Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1MDB, FELDA, MARA, dan Tabung Haji dan merombak semula struktur kepimpinan mereka
Status: Tiada Bukti kukuh utk RCI

6. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963
Status: Masih tiada khabar berita

7. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40
Status: Tiada perkembangan dilaporkan.

8. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing
Status: Masih dalam rundingan.

9. Menyediakan 1 juta pekerjaan
Status: Masih ramai yg bakal di buang kerja

10. Menurunkan harga minyak. Menstabilkan harga petrol dan memperkenalkan subsidi petrol
Status: Sedang mengkaji mekanisme mengenai perkara itu.

11. Hapuskan Tol
Status : Tol diteruskan

12. Hapuskan GST utk turunkan harga barang
Status: SST diperkenalkn dan barang semakin naik..

Ini baru sebahagiannya.. Pembaca bole menambah atau beri pandangan...


Oleh:
Simah Mamat
Aktivis NGO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan