Isnin, 19 Ogos 2019

Sudah sampai masa Tun Mahathir Umum Bubar Parlimen (Siri 2)

▪️Karektor PM ke-7 semakin menjadi tanda tanya apabila mula mencetuskan beberapa perselisihan pendapat dengan pemimpin2 PH terutama dari DAP. Beliau seakan2 terganggu dengan presentasi beberapa ADUN, MP, Menteri dan Timb Menteri. Faktor DAP di dalam kerajaan, pembinaan Malaysia liberal, protokol anti-simetism DAP terhadap bangsa Melayu dan desakan peralihan kuasa PM kepada DS Anwar Ibrahim merupakan faktor yang patut dilihat untuk menilai perubahan tersebut.

▪️Pertemuan tertutup Tun Mahathir dengan MP2 blok pembangkang pada 2hb Ogos 2019 tidak mencapai maksud konsensus penubuhan parti gabungan bumiputra. Namun begitu, PM ke-7 telah kembali untuk membuat satu tawaran lagi agar pihak pembangkang boleh pertimbangkan semula. Walau bagaimana pun, tawaran PM ke-7 yang unilateral sangat sukar diterima atas beberapa sebab terutama rekod lampau beliau yang sering berubah pendirian.

▪️Tindakan PM ke-7 bertemu dengan wakil2 pembangkang tidak disenangi pihak Majlis Presiden PH. Mereka anggap langkah PM ke-7 membelakangi konsensus parti.

▪️Kesannya, iklim dalaman parti2 PH jadi tidak menentu. Ianya menjadi bertambah buruk lagi apabila muncul pula isu2 tulisan Khat, Zakir Naik, isu Dong Zhong dan isu anti-Lynas. Maka satu per satu kes mula berbangkit apabila keputusan yang dibuat oleh Tun Mahathir tidak disenangi oleh pemimpin PH dari Menteri kabinet, ADUN, MP sehingga ke peringkat bawah terutama individu2 dari parti DAP dan PKR. Mereka ini telah nekad untuk "langgar" PM ke-7.

▪️Sejak daripada tarikh 19hb Ogos 2019, pergolakan politik yang berlaku adalah menjurus kepada PH vs PH bukan PH vs BN/UMNO/PAS. Tun Mahathir telah dilanggar terang2an oleh DAP. Kini, PH boleh dikatakan telah pecah kepada 2 kumpulan iaitu;
i. Kumpulan Tun Mahathir + PKR DS Azmin
ii. Kumpulan DAP + PKR DS Anwar + PAN + Warisan Sabah + PPBM TSMY.

▪️Rata2 rakyat telah nampak scenario perubahan dalaman politik PH. Cuma mereka tidak begitu pasti penyebab kepada pergolakan parti2 komponen PH. Persepsi nyata boleh dikatakan berpunca dari satu tarikh "tidak pasti" tentang peralihan kuasa dari PM ke-7 kepada PM ke-8.

▪️Siapa bakal PM ke-8?. Teori konsensus PH menyatakan PM ke-8 adalah DS Anwar Ibrahim. Tetapi teori ini telah dinafikan oleh DS Azmin Ali dan DS Mukhriz Mahathir. Alasannya tiada hitam putih dimenterai antara PM ke-7 dan bakal PM ke-8.

▪️Tun Mahathir dikatakan sedang berusaha menghalang dirinya dari menyerahkan jawatan PM ke-8 kepada DS Anwar. DS Azmin digunakan untuk mengurangkan sokongan DS Anwar dalam PKR. Mungkin ianya memerlukan sedikit masa untuk melihat hasilnya.

▪️PM ke-7 juga masih belum berputus asa untuk berunding dengan blok pembangkang. Dalam waktu terdekat mungkin akan ada tawaran baru untuk UMNO dan sekutu agar sudi meneruskan perbincangan lagi.

▪️Sebagai imbasan kedudukan sokongan MP ketika ini boleh diilustrasi seperti berikut;
i. DAP + PKR DS Anwar + PAN + PPBM TSMY =107 MP
ii.Tun Mahathir (PPBM) + PKR Azmin + Warisan + bebas = 31 MP
iii. UMNO PAS GPS = 84 MP

▪13hb - 14hb September 2019 di PWTC akan berlangsung satu peristiwa bersejarah apabila 2 parti dominan bangsa Melayu UMNO dan PAS mementerai Piagam kerjasama membentuk parti di bawah panji Penyatuan Ummah. Khabar yang bertiup juga menyatakan, Tun Mahathir dijangka akan hadir ke majlis tersebut.

1.
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/jumpa-dr-mahathir-bincang-masa-hadapan-negara-rakyat-hishammuddin-1.948483
2.
https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/jumpa-pemimpin-pembangkang-perkara-biasa-tun-mahathir-213893%3famp=1
3
https://www.utusan.com.my/berita/politik/gps-sedia-8216-perang-8217-dengan-ph-1.947434
4.
https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-politik/kerjasama-politik-siapa-orang-tun-m-jumpa-ahmad-zahid-khairuddin-213680%3famp=1
5.
https://www.utusan.com.my/berita/politik/mahu-dr-mahathir-letak-jawatan-selepas-9-mei-2021-tiga-ngo-1.951178
6.
https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/42975
7.
https://m.malaysiakini.com/news/483609
8.
https://www.sinarharian.com.my/article/41684/BERITA/Politik/PM-adakan-pertemuan-dengan-pemimpin-Bersatu
9.
http://bebasnews.my/2019/07/09/melayu-bersatu-ulasan-ke-atas-pelawaan-tun-dr-mahathir/
10.
https://umno-online.my/2019/07/20/umno-tolak-sebarang-perundingan-mahu-pun-kerjasama-dengan-parti-ada-hubungan-dengan-dap-zahid/
11.
https://umno-online.my/2019/07/20/piagam-kerjasama-umno-dan-pas-akan-ditandatangani-dalam-masa-terdekat-zahid/
12.
https://www.malaysia-chronicle.com/?p=170310


Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan