Rabu, 7 Ogos 2019

Sudah sampai masa Tun Mahathir Umum Bubar Parlimen

▪️Apabila Tun Mahathir mengadakan mesyuarat tertutup dengan MP, MB dan Senator PPBM pada 4hb Ogos 2019, itu menandakan tekanan yang dihadapi beliau telah hampir ke tahap maksimum. Kini, semakin jelas sudah ada tanda2 beliau terpaksa tekan 'panic button' sambil itu beliau juga sedang menuju ke arah "exit door".

▪️Pada 5hb dan 6hb Ogos 2019 dalam masa kurang 24 jam, Lim Guan Eng secara personal telah mengadap PM Tun Mahathir untuk bincang beberapa isu termasuk isu tulisan "Khat" seperti mana yang dilaporkan oleh media massa. Tetapi ramai percaya, ada sesuatu perkara penting yang sedang berlaku apabila Lim Guan Eng secara tergesa2 menemui PM dalam jarak waktu yang amat singkat.

▪️Sebaliknya, hari yang sama pada petang 6hb Ogos 2019, Lim Kit Siang dalam blognya telah menyerang secara sinis Tun Mahathir berkenaan kisah silam projek MSC Silicon Valley berjudul "Why did Multimedia Super Corridor (MSC) fail but Bangalore succeed in becoming a second Silicon Valley?". Persoalan: Adakah Lim Kit Siang dan DAP sudah dapat merasa bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Tun Mahathir?.

▪️Sedikit sebanyak isu tulisan Khat benar2 telah membuat pemimpin2 atasan DAP tidak senang duduk. Tekanan yang persatuan Dong Zhong dan Jiao Zong pada asasnya ditujukan kepada Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malek (PPBM), tetapi ianya juga ada kena mengena dengan sensitiviti orang2 Melayu dan Islam. Dari satu sudut, Lim Kit Siang amat risau kalau2 akan berulang "peristiwa 13 Mei 69". Dari pandangan lain pula, persatuan pendidikan Cina Dong Zhong dan Jiao Zong telah mencetuskan provokasi yang tidak baik antara DAP dan PPBM.

▪️Pada masa sama di dalam situasi tertekan (constraints condition), Tun Mahathir juga sedang melakukan pelbagai usaha untuk menghalang DS Anwar Ibrahim dari menjadi PM Malaysia ke-8. Terdesaknya Tun Mahathir boleh dilihat apabila beliau terpaksa memendekkan lawatan kerja ke Fukuoka Jepun dari 3 hari kepada 2 hari.

▪️Pada 31hb Julai 2019, wakil dari UMNO DS Hishamuddin, wakil PAS Dato Takiyuddin Hassan dan wakil GPS telah adakan perjumpaan tertutup dengan Tun Mahathir. Dalam pertemuan tersebut, DS Hishamuddin menegaskan bahawa UMNO menetapkan 3 + 1 syarat utama sekiranya Tun Mahathir ingin meneruskan kerjasama dengan gabungan pembangkang. Antaranya;
1. UMNO tidak boleh dibubarkan
2. UMNO dan PAS akan bersama untuk sessi perundingan
3. MP2 UMNO dan PAS tidak boleh atau tidak dibenarkan lompat parti ke PPBM.

▪️Tun Mahathir agak keberatan untuk memenuhi syarat2 itu. Maklum balas yang diberi oleh beliau merupakan satu tawaran sukar diterima kerana "track record" beliau yang sering mungkir janji. Kesan dari itu, Presiden GPS Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg telah istihar "perang" terhadap kerajaan PH.

▪️Diberitakan, Tun Mahathir akan datang berjumpa dengan DS Zahid Hamidi, DS Najib dan TGHH pada 13hb-14hb Ogos 2019 semasa Majlis Piagam UMNO-PAS dimenterai di PWTC.

▪️Sementara itu, pada 5hb Ogos 2019, 3 persatuan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) mendesak Tun Mahathir menyerahkan jawatan PM ke-8 kepada Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim selewat2nya pada 9hb Mei 2021.
1.
https://www.sinarharian.com.my/article/41684/BERITA/Politik/PM-adakan-pertemuan-dengan-pemimpin-Bersatu
2.
https://m.malaysiakini.com/news/486905
3.
https://blog.limkitsiang.com/2019/08/06/why-did-msc-fail-but-bangalore-succeed-in-becoming-a-second-silicon-valley/?amp_markup=1
4.
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/jumpa-dr-mahathir-bincang-masa-hadapan-negara-rakyat-hishammuddin-1.948483
5
https://www.utusan.com.my/berita/politik/gps-sedia-8216-perang-8217-dengan-ph-1.947434
6
https://www.utusan.com.my/berita/politik/mahu-dr-mahathir-letak-jawatan-selepas-9-mei-2021-tiga-ngo-1.951178

Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan