Jumaat, 23 Ogos 2019

Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan


Exco Perak Paul Yong tidak puas hati terhadap polis yang menyiasat kes berkenaan, dan beliau tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol, kononnya ada dalang disebalik tuduhan tersebut. Beliau berkata dia boleh mengagak individu yang menurutnya bertanggungjawab di sebalik tuduhan merogol pembantu rumah Indonesia yang dihadapinya sekarang.
"Saya sebenarnya boleh (agak) suspek dan saya lebih kurang tahu siapa di belakang (tuduhan) ini.
"Saya tak ada bukti yang kukuh dan tak boleh bongkarkan di sini," katanya ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini.
"Saya percaya kepada profesionalisme polis untuk jalankan tugas, tapi satu yang saya tak puas hati, untuk polis yang terlibat dalam siasatan kes ini mereka tidak menjalankan tugas dengan profesional.
"Kalau polis jalankan siasatan dengan profesional, maka hari ini saya tidak dituduh ke mahkamah seperti peguam saya katakan tadi," katanya.
Dengan kenyataan tersebut, ini menunjukkan adakah beliau tahu siapa yang merogol  suspek.? Sedangkan suspek telahpun membuat pengakuan bahawa orang yang merogolnya adalah majikannya sendiri iaitu Paul Yong. 
Terdahulu ahli dewan undangan negeri Tronoh itu mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Oleh
Simah Mamat
Aktivi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan