GEORGETOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini, mengakui pakatan pembangkang berjaya menumbangkan salah satu daripada 4M yang mengancam kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Katanya, M itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, selain bekas Perdana Menteri itu kini muncul sebagai Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menjadi sekutu kuat parti pakatan pembangkang (PH)
"Dulu, kita (pakatan pembangkang) ada 4M yang menyukarkan kemenangan pada PRU, iaitu Mahathir, Money (duit), Machinery (jentera) dan Media, tetapi kini hanya tinggal 3M.
"Sekarang kita sudah boleh menang kerana sudah tiada lagi M (Mahathir) yang sulitkan kemenangan kita. Dulu kita memang susah nak menang kerana M ini, tetapi kini tidak lagi, " katanya ketika merasmikan Pelancaran Jentera PRU-14 DAP Pulau Pinang di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan