※ Koperal Sirul Azhar Umar bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) juga bekas pengawal peribadi (body guard) Tun Mahathir yang terlibat di dalam "pembunuhan" model dari Mongolia mendiang Altantuya masih di Brisbane Australia menunggu untuk diekstradisi. Kenapa kerajaan PH masih lagi gagal membawa Sirul pulang ke Malaysia?. Sedangkan pada 10hb Julai 2018, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski sedia ekstradisi Sirul ke Malaysia melalui jaminan surat permohonan kerjasama rasmi antara kerajaan (konsep G2G). Kenapa kerajaan PH masih tidak mahu beri kerjasama untuk bawa Sirul pulang ke Malaysia?. Siapa arah Sirul Azhar Umar dan rakannya bunuh Altantuya?. Apa hubung kait Altantuya dengan pemimpin negara?. Siapa Altantuya?. Project introducer, pentermah (translater), Debt collector (pemiutang), commission earner, perempuan simpanan, kekasih gelap atau isteri gelap?. Apa bahayanya maklumat yang Altantuya ada sehingga beliau terpaksa dibunuh (execution)?.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-altantuya-australia-masih-belum-dapat-permintaan-ekstradisi-sirul-duta-180110
※ Sebagaimana mendiang Lorrain Esme Osman, mendiang Altantuya juga terpaksa bawa rahsia yang disimpannya sehingga ke dalam kubur, cuma cara kematian sahaja yang berbeza iaitu " R.I.P. kerana menurut perintah" dan "disingkirkan (execution) kerana engkar perintah".
※ Pada 12hb Januari 2019 peguam Perancis Apoline Cagnat yang meneliti dokumen skandal pembelian kapalselam Scorpene mendakwa nama Altantuya penterjemah warga Mongolia disebut beberapa kali di dalam kontrak pembelian kapalselam.
“Kami tahu Altantuya datang ke Perancis. Kami faham bahawa dia terlibat untuk menterjemah hal2 dalam rundingan Scorpene. Siapa yang lantik mendiang Altantuya sebagai penterjemah?. Adakah benar peranan Altantuya itu sebagai penterjemah?.
※ Pada tahun 1997 sewaktu Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA’97) setelah membuat tinjauan, Tun Mahathir dilihat menunjuk minat kepada model kapal selam "Scorpene" buatan Perancis walau pun terdapat persaingan 2 lagi kapal selam dari 2 negara iaitu Rusia dan Turki yang turut menyertai pameran LIMA’97 ketika itu. Pada tahun 1998, setahun selepas itu Tun Mahathir telah menulis surat pada Michel Rocard, Perdana Menteri Perancis berkaitan hal kapal selam.
※ Buku yang dilancarkan pada 18hb Mei 2015 di Putrajaya bertajuk “Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia”, mukasurat 218 jelas membuktikan bahawa pada tahun 1998, kedua2 Perdana Menteri Perancis dan Tun Mahathir bertukar2 sebanyak 4 pucuk surat. Kandungan surat itu menyatakan hasrat Malaysia agar Malaysian Airlines (MAS) mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapatkan 2 kapal selam buatan Perancis dari jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009. Persoalan: Apakah dan Siapa mendorong Tun Mahathir membuat keputusan untuk membeli kapalselam Scorpene buatan Perancis?.
※ Perancangan membeli kapal selam telah dimulakan oleh Tun Daim Zainuddin apabila beliau bersama TS Mokhzani Tun Mahathir menubuhkan syarikat Perimekar Sdn Bhd pada bulan Ogos 1999. Di peringkat awalnya, Tun Daim melantik Ibrahim Mohd Noor (CEO BERNAS ketika itu) sebagai proksi beliau sebagai penggerak Perimekar Sdn Bhd yang beroperasi di sebuah banglo Jalan Lembah Ledang berdekatan Jalan Semantan Kuala Lumpur.
※ Tidak ramai tahu bahawa Ibrahim sememangnya ada pejabat di sana, kerana sebelum itu beliau telah memulakan usaha niaga di dalam media dan periklanan menerusi Blue Inc Sdn Bhd.
※ Sebagai proksi Tun Daim, beliau diberi kelebihan dari sudut ‘pengetahuan istimewa’. Beliau tahu ketika Tun Mahathir akhirnya bersetuju dengan program pembelian kapal selam. Seterusnya, beliau dan TS Mokhzani Tun Mahathir telah menubuhkan "Pasukan Nukleus" sebagai medium memulakan kertas cadangan pembelian kapalselam. Mereka pergi ke beberapa syarikat pembuat kapal Jerman yang terkenal seperti HDW dan Blohm & Voss.
※ Namun begitu, awal tahun 2001 telah berlaku perselisihan faham antara Tun Daim dan Tun Mahathir. Lim Kit Siang, kawan terbaik Tun Mahathir ketika ini memerhati peristiwa ini dan mengulas bahawa selisih faham Mahathir-Daim bukanlah kerana perbezaan dasar untuk menamatkan polisi "bail-outs" dan "buy-outs".
※ Sebaliknya, LKS mendakwa “persengketaan itu adalah berkenaan siapa patut menjadi "benefisiari" daripada bail-outs dan buy-outs kerajaan pada ketika kerajaan perlu memilih benefisiari, kerana sumber2 awam yang terbatas dan tidak mampu menyelamatkan semua syarikat kroni dan individu.”
※ Akibat selisih faham tersebut, pada 31hb Mei 2001 Tun Daim telah meletak jawatan sebagai menteri kewangan dengan Tun Mahathir sendiri mengambil alih jawatan menteri kewangan. Maka, telah berlaku perubahan di dalam struktur 'directorship' Perimekar Sdn Bhd. di mana Ibrahim Mohd Noor juga telah meletak jawatan. Kekosongan yang ditinggalkan oleh Ibrahim Mohd Nor diganti oleh Mazlina Makhzan isteri Abdul Razak Baginda.
※ Pada September 2001, pemilikan Perimekar Sdn Bhd telah dipindahkan (merger) ke Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui ‘special purpose vehicle’ Boustead Bhd yang dikenali sebagai Ombak Laut Sdn Bhd. Lembaga Pengarah Perimekar Sdn Bhd yang baru adalah Laksamana Muda (Bersara) Hussin Tamby, Mazlina Makhzan (isteri Abdul Razak Baginda), Rozana Abdullah Meili dan Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah.
※ Akhirnya, Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd mengikut pegangan saham yang dipersetujui.
※ Perjanjian membeli 2 buah kapal selam model Scorpene dari DCNS dan Thales telah ditandatangani apabila Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan ketika itu (Tun Mahathir) meluluskan "budget" pemerolehan aset2 kerajaan Malaysia. Majlis tandatangan kontrak perolehan pembelian kapal selam Scorpene telah berlangsung di Ballroom Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 5hb Jun 2002.
※ Pihak PH cuba kaitkan cerita "pembunuhan" mendiang Altantuya dengan DS Najib kononnya bersangkutan dengan urusniaga pembelian kapal selam Scorpene, walhal DS Najib tidak pernah terlibat di dalam kontrak pembelian kapal selam Scorpene. Persoalan: Di manakah kaitan DS Najib dengan Altantuya?. Sedangkan DS Najib tidak pernah jejak kaki ke Perancis dalam tempoh urusan pembelian kapalselam Scorpene.
※ Fakta menarik yang lain sebagai renungan: Cadangan dan rundingan pembelian kapal selam bermula sejak tahun 1995 lagi, di mana Tun Mahathir sendiri adalah Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan pula adalah Syed Hamid Jaafar Albar manakala DS Najib Abdul Razak adalah Menteri Pelajaran. DS Najib menjadi Menteri Pertahanan buat kali pertama pada tahun 1990 sehingga 1995 sebelum diganti buat kali ke-2 oleh Syed Hamid bermula tahun 1995 sehingga 1999. Dan pada 2hb September 1998 DS Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Tun Mahathir mengambil alih jawatan Menteri Kewangan dari DS Anwar Ibrahim dari 7hb September 1998 hingga 7hb Januari 1999. Kemudian Tun Daim dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 19hb Januari 1999 sehingga beliau meletak jawatan pada 31hb Mei 2001. Kekosongan jawatan Menteri Kewangan yang ditinggalkan oleh Tun Daim disandang sendiri oleh Tun Mahathir bermula 5hb Jun 2001 hingga 31hb Oktober 2003.
9. https://www.malaysia-today.net/2017/08/10/kapal-selam-kerala-kena-tembak-lagi/
10. https://soscili.my/scorpene-apa-kaitan-pembelian-kapal-berbilion-ringgit-dengan-pembunuhan-altantuya/
11. https://m.malaysiakini.com/news/238051
12. http://le-iza-busana.blogspot.com/2013/07/arkitek-scorpene-dedah-fitnah.html?m=1
13. https://pakdin.my/daim-zainuddin-dan-mokhzani-mahathir-yang-mencadangkan-pembelian-kapal-selam/
14. http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=najibtpm&id=3607
15. http://taipingmali.blogspot.com/2017/08/apa-lah-tok-wan-semua-salah-orang-salah.html?m=1
16. http://wwwmegatpanjialam.blogspot.com/2017/08/daim-zainuddin-dan-mokhzani-mahathir.html?m=1
17. https://www.viramon.com/news/senaraimenterikewangan
18. http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=najibtpm&id=3607
19. https://theflyingkick.blogspot.com/2017/08/sengaja-atau-tidak-isu-scorpene.html?m=1
20. http://suarasensasi.blogspot.com/2018/03/skandal-kontrek-kapal-peronda.html?m=1
29hb Jun 2019
Oleh: Pena MZR