Isnin, 31 Julai 2017

SELANGOR CATAT JUMLAH TERTINGGI KES PEMBUANGAN BAYI



Statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan Selangor mencatat jumlah kes pembuangan bayi tertinggi iaitu 157 kes antara 2010 hingga 2016.  Ia diikuti Sabah dan Johor dengan masing-masing mencatat 84 kes, Kuala Lumpur (65) dan Sarawak (49).

Menurut Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata Selangor turut merekodkan jumlah tertinggi dengan 29 kes membabitkan bayi yang ditinggalkan di Baby Hatch dalam tempuk tujuh tahun lalu.

JIka dilihat berapa banyak Hotel Baget dan pusat-pusat maksiat di Selangor sehingga terjadinya punca gejala sosial yang agak kritikal di negeri ini.  Cuba kita ajukan persoalan ini pada MB Selangor dan lihat apa reaksinya berkenaan persoalan ini.



Catatan
Aspirasi Rakyat

Ahad, 30 Julai 2017

KERAJAAN DAP P.PINANG PERLU PULANGKAN WANG RAKYAT




Georgetown: Sedang hangat diperkatakan yang Kerajaan DAP P.Pinang menggunakan sejumlah wang rakyat bagi "MEMBELI" beberapa anugerah dan sijil palsu daripada Europe Bussiness Assembly (EBA) pada tahun 2013 dan 2014.  Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak merangka pelan khusus bagi menjana semula sejumlah wang yang digunakan untuk "membeli"  anugerah palsu tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad, berkata tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan wang rakyat berjumlah lebih RM50,000 yang dibelanjakan ketika "membeli" semua anugerah dan sijil palsu terbabit
Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mengambil langkah bermaruah dengan memulangkan semula semua anugerah yang "dibeli" daripada EBA itu, khusus bagi mengembalikan kegemilangan dan nama baik Pulau Pinang.
 
"Alasan bahawa kerajaan negeri tidak maklum bahawa EBA adalah organisasi bermatlamat mencari keuntungan dengan 'menjual anugerah' langsung tidak boleh diterima. Kenapa mereka tidak menyelidik latar belakang organisasi terbabit terlebih dahulu?
"Adakah mereka bertindak semberono hanya untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa? Ia antara lain membuktikan DAP gagal merealisasikan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT)," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.
 
Terdahulu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Maimunah Mohd Sharif, mengakui membayar yuran penyertaan bernilai RM39,088.10 bagi menerima anugerah dan pengiktirafan daripada EBA pada 2013 dan 2014.

Pada 2013, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (kini MBPP) dicalonkan bagi anugerah 'The Best Cities' dan 'The Best Municipal Managers', manakala Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), pada 2014 dicalonkan bagi anugerah 'Best City' dan 'Best City Manager' dengan yuran penyertaan masing-masing bernilai RM20,680 dan RM18,408.10.
 
Anugerah palsu pun sanggup di belinya semata-mata untuk bermegah-megahan sementara tapi apabila isu ini timbul apakah perasaan DAP sekarang..?? Adakah mereka sanggup mengaku atau hanya mendiamkan diri seperti selalu.  Dengan ini jelas menunjukkan yang kerajaan DAP P.Pinang sememangnya tidak telus dalam semua urusan yang membabitkan wang rakyat
 
 


Kenapa pembayaran surcaj air dikreditkan ke pejabat Ketua Menteri dan bukannya untuk kegunaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).





Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng didesak agar menjawab desas-desus dakwaan yang mengatakan pembayaran surcaj air dikreditkan ke pejabat Ketua Menteri dan bukannya untuk kegunaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
 
Jika perkara ini benar maka Guan Eng harus menjelaskan ke manakah wang tersebut dibelanjakan dan mengapa ia perlu dibayar kepada pejabat ketua menteri.
 
Isu ini perlukan penjelasan kerana ia melibatkan wang rakyat. Rakyat perlu tahu ke manakah wang tersebut disalurkan.. sudahlah mereka dibebankan dengan kenaikan surcaj air, kini ke mana wang tersebut digunakan pula menjadi isu.
Untuk rakyat Penang, jangan terlalu berharap untuk Guan Eng menerangkan berkaitan perkara ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa isu yang menjerat diri dan parti Dap, maka isu tersebut akan dibiarkan sunyi tanpa sebarang jawapan. Sebelum ini terlalu banyak persoalan yang dilontarkan oleh rakyat tetapi tidak dijawab oleh kerajaan pimpinan Dap.
 
Antaranya adalah isu pembinaan rumah kos rendah, isu tambak laut, isu kos terowong dasar laut dan isu dana daripada Israel dan lain-lain lagi. Jadi kalau isu ini pun Guan Eng buat pekak badak, maka kesimpulannya pasti ada ‘something wrong somewhere’ yang cuba disorokkan dari pengetahuan rakyat.

Untuk rekod, Dap mula mengambil kesempatan terhadap statistik penggunaan air domestik per kapita harian bagi Pulau Pinang yang tinggi dengan memperkenalkan surcaj mulai 1 November 2010.
Apabila kadar penggunaan air per kapita tidak juga turun malah ia terus meningkat (ia menunjukkan surcaj gagal mengekang peningkatan penggunaan air atau menurunkan jumlah tersebut), sekali lagi kerajaan negeri mengambil kesempatan untuk sekali lagi menaikkan kadar surcaj 100 peratus pada 1 September 2013 dari 24 sen ke 48 sen bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan setiap rumah sebulan.
 
Terbaru, Kerajaan Negeri bercadang menaikkan lagi kadar surcaj kepada Rm1.00 bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan sebulan.