Selasa, 30 Julai 2019

Daulah Terpendam (Deep State) Dan Rombakan Kabinet

▪️Pergolakan parti2 komponen PH buat masa ini semakin memuncak. DS Anwar Ibrahim diberitakan telah kehilangan sokongan akar umbi ketika berdepan dengan cabaran dari DS Azmin Ali. DS Azmin mempunyai lebih sokongan dari pemimpin2 PKR dan MP2 PKR berbanding DS Anwar. Beliau dijangka akan mencabar DS Anwar untuk jawatan Presiden PKR di dalam Kongres National Khas yang mungkin akan diadakan atau beliau mungkin juga membuat pilihan lain dengan meninggalkan terus PKR untuk ke platform baru.

▪️Sementara itu, Tun Mahathir dilihat semakin tidak selesa dengan kerenah pemimpin parti komponen PH yang presentasi mereka sentiasa bermasalah. Menurut sumber yang boleh dipercayai, akan berlaku suatu peristiwa yang bakal melanda kerajaan PH di waktu terdekat. Namun begitu, perkara tersebut mempunyai pendekatan dan kepentingan yang berbeza, iaitu;

1. Daulah Terpendam (Deep State)
▪️Menurut sumber dalaman PH, ada pihak sedang merancang untuk "gulingkan" kerajaan PH melalui rampasan kuasa dengan cara tidak demokratik. Rancangan tersebut akan dimulakan oleh pihak dalaman PH yang tidak berpuas hati dengan cara2 pentadbiran Tun Mahathir.

▪️Daulah terpendam (Deep State) itu sedang berusaha untuk mensabotaj rancangan kerajaan PH yang berhasrat memeterai 4 lagi perjanjian antarabangsa mengenai hak asasi manusia.

2. Rombakan Kabinet
▪️Tun Mahathir dijangka akan melakukan satu rombakan kabinet mengejut selepas Majlis Pertabalan YDPA. Rombakan kabinet ini bakal membuka satu lembaran baru di dalam sejarah politik Malaysia. Menurut sumber, 95% perkara ini akan berlaku. Walau bagaimana pun, keputusan akhir adalah bergantung kepada percaturan berasingan Tun Mahathir, DS Azmin, UMNO dan PAS.

▪️Apa yang pasti, Tun Mahathir sudah hilang sabar dengan beberapa orang Menteri dan timbalan Menteri kabinet dari DAP, mereka bakal digugurkan satu persatu.

1.
https://m.malaysiakini.com/news/485921
2.
https://youtu.be/MGgWscbT6P0
3.
https://youtu.be/Oorjsf1OKhU



Oleh: Pena MZR
30hb Julai 2019



Isnin, 29 Julai 2019

2 KESIPUAN TUN M KETIKA LAWATANNYA KE TURKI


Lawatan Tun Mahathir ke Turki yang menelan belanja jutaaan ringgit wang rakyat sia-sia sahaja, apabila PM Malaysia itu dimalukan!!, Ini semua salah Menteri² PH, kerana tak pandai buat kerja dan salah bagi maklumat tepat. Lawatan yang amat merugikan.

Ketika beliau di sana, Beliau telah dibawa melawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di lapangan terbang Istanbul.  Untuk pengetahuan anda Lapangan terbang ini diurus dan ditadbir oleh Malaysia Airports Holding Berhad sejak era DSNajib. Di situ sahaja Tun telah dimalukan apabila beliau di bawa melawat kehebatan hasil kerja PM Malaysia ke-6.

Apabila beliau sedar langkah pertamanya agak sumbang maka Beliau cuba untuk menyatakan tujuan dan hasratnya untuk membantu sambil menawarkan kerajaan Turki kepakaran pembuatan kereta nasional. Tetapi alangkah malunya apabila kerajaan Turki pula yang menunjukkan kereta buatan mereka kepada Tun. Mungkin jika kereta terbang pertama Malaysia yang di jangka siap oktober ini mampu memulihkan kesipuan Tun di mata pemimpin Turki.

Sementara menanti kereta terbang pertama Malaysia siap mari saya mainkan gambus Turki, saya nyanyikan lagu klasik Turki ‘Üsküdar’a gider iken’ buat Tun & Rombongan. Agar supaya mereka lupa sejenak kesipuan yang telah menimpa mereka di Tanah Turki. Muga mereka lebih terhibur.


Oleh
Simah Mamat
Aktivis NGO
30hb Julai 2019

SIAPAKAH PENCURI DAN PEROMPAK YANG TAKUT PADA BAYANGNYA SENDIRI

Sejak sekian lama PH memainkn isu mencuri kononnya kerajaan terdahulu mencuri duit. Selepas PRU14 tuduhan tersebut tidak pernah susut malah dari pencuri di gelar perompak pula..Namun kenyataannya kerajaan terdahulu banyak meninggalkan aset berharga juga ketika itu ekonomi negara berada di landasan yang amat baik serta mendapat pengiktirafan peringkat dunia.

Kerajaan yang ada sekarang begitu rakus menjual segala aset terkumpul walaupun hanya dengan menggunakan alasan hutang negara ialah RM1 trilion, mereka tanpa segan silu mengumumkan bahawa kerajaan  bakal mengenakan lebih banyak cukai dan akan ada langkah menjual tanah dan aset negara.

Jika di lihat di sini siapakah yang selayaknya dituduh sebagai pencuri dan perompak.?? Untuk menguruskan ekonomi dengan baik mestilah bijak mencari pelabur tapi menurut lapuran Bloomberg bahawa harapan untuk kerajaan PH menarik pelabur asing bagi memulihkn ekonomi semakin pudar setiap hari. 

Hilangnya keyakinan pelabur asing dengan pengeluaran besar-besaran dana yang menyebabkan kerugian syarikat-syarikat milik Kerajaan dan kekurangan sumber pendapatan telah menyaksikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan siri penjualan aset-aset bernilai Kerajaan seperti saham IHH Healthcare Berhad kepada Mitsui & Co dengan harga RM8.42 bilion, saham M1 milik Axiata kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion dan banyak lagi!

Tuduhan terakhir Kerajaan PH kononnya BN sorok duit keluar negara memang agak pelik. Setelah duit umno/Bn dibekukan kenapa kenyataan yang kurang bijak ini di sebut oleh seorang Perdana Menteri..? Besar kemungkinan beliau ingin samakan dengan cara beliau menguruskan kewangan negara era 22 tahun beliau mentadbir negara.. Perkataan sorok ini patut di tanya pada Tun Daim kroni beliau yang paling kanan dan juga Anwar Ibrahim. Di mana Note rm500 dan Rm1000 di sorokkan.

Sekali lagi siapakah pencuri dan perompak yang takut pada bayangnya sendiri??.. Biar pembaca sahaja yang menentukan.


1. https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155812426450952/

2. https://m.malaysiakini.com/news/446687

3. https://umno-online.my/2019/04/16/ph-kata-ekonomi-semakin-baik-tapi-bursa-malaysia-paling-teruk-di-dunia/

4. https://m.utusan.com.my/berita/politik/10-kesan-penipuan-lim-guan-eng-pada-ekonomi-negara-1.938476


Oleh :
Simah Mamat
Activis NGO
29 Julai 2019





Ahad, 28 Julai 2019

AKIBAT DARI KECUAIAN PIHAK SYARIKAT YANG DILANTIK OLEH KERAJAAN


Akibat kecuaian sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan menyebabkan pencemaran air di selangor
Tumpuhan diesel di Kolam Hang Tuah, Sungai Selangor, minggu lalu yang menyebabkan bekalan air kepada kira-kira lima juta penduduk di Lembah Klang terjejas bukan kerana sabotaj atau kaki pancing yang sebelum ini di viralkan tetapi ia adalah kecuaian pihak syarikat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, kecuaian pekerja syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk mencuci sungai tersebut menyebabkan pencemaran itu berlaku.

Siasatan juga dijalankan mengenai laporan palsu yang dibuat bagi melindungi syarikat tertentu.  Setakat ini polis telah menahan dua individu yang juga pekerja pontun bagi membantu siasatan. Seorang daripada mereka telah dibebaskan manakala seorang lagi akan disambung reman bagi membantu siasatan pencemaran Sungai

Abdul Hamid memaklumkan, laporan mengenai kejadian ini akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat.
“Selangor,”.Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis juga akan menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak disyaki terbabit kes mensabotaj serta mencemarkan Sungai berkenaan.

DS Anwar Ibrahim kian terdesak? (Siri 2)



▪️PKR dijangka akan adakan satu Kongres National Khas (AGM khas) bertujuan untuk menilai semula tahap sokongan yang ada pada DS Anwar (Presiden PKR) dan DS Azmin (Timbalan Presiden PKR). Sekiranya AGM khas ini diadakan, bermakna akan berlaku rombakan susunan struktur pemimpin2 yang menerajui PKR ketika ini kepada satu struktur susunan baru. Sudah pasti ada yang bakal disingkirkan.

▪️DS Anwar Ibrahim vs DS Azmin Ali merupakan kemelut politik dalaman PKR yang kian meruncing apabila DS Azmin dikatakan pesaing kepada cita2 DS Anwar untuk menjadi PM ke-8. Dirumouskan juga, DS Azmin mendapat dokongan kuat dari Tun Mahathir dan PM ke-7 dikhabarkan tidak akan serahkan jawatan Perdana Menteri ke-8 kepada DS Anwar Ibrahim.

▪️Kegelisahan DS Anwar menarik perhatian Tian Chua (Naib Presiden PKR) dan YB Zuraida untuk meluahkan rasa gusar mereka tentang masalah dalaman PKR yang memuncak apabila melihat keperibadian DS Anwar yang terganggu dengan kebangkitan sokongan MP PKR kepada DS Azmin. DS Azmin mempunyai 39 MP yang menyatakan sokongan kepada beliau, sementara hanya 10 MP bersama2 DS Anwar.

▪️Semenjak itu, DS Anwar dilihat semakin aktif kumpul tandatangan sokongan dari negeri ke negeri. Persoalan: untuk apa DS Anwar sehingga bersusah payah mendapatkan tandatangan sokongan tersebut sedangkan beliau seorang Presiden parti yang sah?.

▪️Hasil dari usaha tersebut, pada 28hb Julai 2019 saluran berita rasmi PKR Jom channel melaporkan yang terbaru DS Anwar telah memperolehi 41 sokongan pemimpin PKR negeri iaitu dari Johor 29 orang dan 12 orang dari Pulau Pinang tidak termasuk sebelum ini 11 dari Kelantan, sekali gus mengatasi sokongan yang ada pada DS Azmin. Jumlah sokongan tersebut juga telah membuka ruang kepada DS Anwar untuk memohon Kongres National Khas (AGM) diadakan.

▪️Pada 25hb Julai 2019, Lembaga Disiplin Keadilan telah mengeluarkan surat "tunjuk sebab" kepada beberapa pemimpin PKR ekoran dari kenyataan tidak sehaluan dengan Presiden, termasuklah Menteri Besar Selangor YAB Amirudin Shari yang mengkritik keras Presiden PKR. Pihak Presiden PKR dikhabarkan telah bersetuju untuk "tukar" MB Selangor dari Amirudin Shari kepada ADUN Ijok Dr Idris Ahmad.

▪️Dijangkakan juga terdapat satu scenario perubahan besar politik di negeri Selangor samada "vote no confidence" terhadap MB Selangor atau samada mengikut pilihan MB Selangor melalui Perkara 53(6) undang2 tubuh kerajaan negeri Selangor iaitu "Jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri (ADUN), maka beliau hendaklah meletak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan melainkan jika, atas permintaannya Dewan Negeri dibubarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor".
1.
http://www.utusan.com.my/berita/politik/sokongan-lebih-kepada-azmin-berbanding-anwar-1.939947
2.
http://m.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-tidak-akan-serah-jawatan-pada-anwar-1.945334
3.
http://dlvr.it/R97ZnR
4.
https://www.malaysiakini.com/news/485541#.XTsTJE7H6OM.whatsapp
5.
https://www.malaysiakini.com/news/485568?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
6.
https://youtu.be/PIEykb464sA
7.
https://www.facebook.com/181209151921795/posts/kenyataan-medialembaga-disiplin-keadilan-telah-menerima-beberapa-aduan-berkenaan/2894992363876780/
8.
https://youtu.be/eGt0c59hFY4
9.
https://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2019/07/mb-selangor-terima-surat-disiplin.html
10.
Selangor bakal bertukar Menteri Besar.....?
https://www.facebook.com/2263676617295172/posts/2298668423795991?sfns=mo

Oleh: Pena MZR
29hb Julai 2019

BENARKAH BN SOROK WANG DI LUAR NEGARA PUNCA PH GAGAL LUNAS JANJI DAN MANIFESTO?


YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) membawa wang ke luar negara dan menyorokkannya sebagai alasan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memajukan ekonomi negara.

Menurut Mahathir, "Kami percaya mereka menyembunyikan wang di luar negara dan tekanan kewangan kepada kerajaan sekarang sangat besar.

"Situasi ini menghalang kami untuk kembali menguruskan ekonomi dengan baik."

Mahathir seharusnya berasa malu kerana punca kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji dan manifesto mereka bukanlah kerana kekangan kewangan negara, sebaliknya kerana ketidakyakinan para pelabur antarabangsa melabur di Malaysia.

Data dan statistik kewangan negara yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak berautoriti dalam dan luar negara menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah mewariskan kekayaan yang cukup besar sepanjang sembilan tahun pentadbirannya di bawah DS Najib Razak.

Ketidakyakinan para pelabur tersebut terhadap kerajaan Pakatan Harapan disebabkan oleh pelbagai faktor kabinet kerajaan dan menteri itu sendiri.

Antaranya, sikap yang berubah-ubah terhadap dasar-dasar ekonomi dan pembangunan yang mesra rakyat.

Di samping itu, amalan kronisme, korupsi dan nepotisme juga yang semakin berkembang biak di kalangan menteri dan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan.

Penjualan pelbagai aset negara sebagai mekanisme penyelesaian 'hutang negara' dikritik hebat bukan sahaja oleh para pemimpin pembangkang, malah para ekonomis, pakar kewangan serta masyarakat antarabangsa.

Mentadbir negara mengikut undang-undang rimba dengan pendakwaan terpilih menjejaskan imej negara di kalangan pemimpin-pemimpin besar dunia.

Imej tersebut semakin tercalar akibat konflik dalaman yang semakin parah dalam kalangan menteri dan pemimpin Pakatan Harapan dan kemuncaknya timbullah isu skandal video seks.

Kesemua faktor di atas merupakan sebahagian dari faktor-faktor ketidakyakinan pelbagai pihak dalam dan luar negara untuk memperjudikan modal, kepakaran, ilmu dan pengalaman mereka membangunkan Malaysia bersama-sama Pakatan Harapan.

Rumusan dan perbandingan yang dibuat oleh pelbagai pihak dalam tempoh masa setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan lebih jauh merosakkan berbanding 60 tahun pentadbiran Barisan Nasional.


Oleh ;
Zamzuri Muhammed Tahir
26 DzulQaedah 1440H

Khamis, 25 Julai 2019

DS Anwar Ibrahim kian terdesak? (Siri 1)



▪️Perancangan DS Anwar Ibrahim untuk melakukan "vote no confidence" didedahkan kepada pengetahuan umum pada 20hb Febuari 2019 lagi. Sejak dari detik itu, Tun Mahathir tidak senang duduk apabila mengetahui wujud ancaman dari dalaman PH sendiri.

▪️Bagi mengatasinya, kem Tun Mahathir telah melakukan beberapa percaturan untuk menghalang DS Anwar dari meneruskan tindakan tersebut. Antaranya;
1. Mengajak secara terbuka parti UMNO-PAS membentuk kerajaan bumiputra bersama dengan PPBM. Menubuhkan parti Gabungan Perpaduan Nasional Malaysia (GPNM).
2. Melakukan Fasa "devide and rules" terhadap parti UMNO dan PAS.
3. Meningkatkan tekanan undang2 terhadap Presiden UMNO DS Zahid Hamidi dan percubaan membatalkan parti UMNO melalui tindakan Jab Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

▪️Namun begitu, ke semua rancangan memecah belah parti UMNO-PAS telah gagal. Maka sebagai alternatif, Tun Mahathir mengerahkan jentera2 beliau untuk melihat ke arah parti yang ditubuhkan oleh DS Anwar Ibrahim iaitu PKR. Ternyata naratif fasa "devide and rules" yang dituju kepada PKR mengena. Memang wujud saingan antara 2 pemimpin tertinggi PKR iaitu DS Anwar Ibrahim (Presiden parti) dan DS Azmin Ali (Timb Presiden parti) yang bercita2 ingin menjadi PM ke-8.

▪️Isu semburit yang dicetuskan oleh pihak konspirator berjaya memerangkap DS Anwar dan DS Azmin ke arah konflik dalaman PKR. Kini, PKR telah pecah kepada 2 kem iaitu kem Anwar dan kem Azmin.

▪️Kesan dari perpecahan itu, sokongan kepada kem Anwar telah merosot kepada 10 MP dan selebihnya 39 MP PKR menyebelahi Azmin. MP2 yang menyebelahi Anwar terdiri daripada ahli keluarga dan mereka yang rapat dengan Anwar.

▪️Merujuk kepada analisa isu semasa, angka 39 MP ini memang ada betulnya, kerana sokongan MP dalam PKR kepada Anwar semakin merosot. Ramai yang minta Anwar bersara dari politik.

▪️21 tahun yang lalu, golongan reformist PKR tidak pernah mengganggap salah laku moral sebagai satu isu. Apabila Anwar salahkan Azmin disebabkan isu moral, maka ramai MP PKR berpendirian Anwar patut bersara dari politik kerana pemikiran beliau sudah tidak selari lagi dengan landasan perjuangan asal PKR. Jika Anwar tidak bersara, mungkin Anwar bakal disingkirkan dari PKR.

▪️Nota: hakikat yang perlu Anwar terima ialah tekanan yang dulunya beliau halakan kepada Tun Mahathir, kini telah berpatah balik kembali kepada beliau.

▪️Sudah menjadi kebiasaan, Tun Mahathir akan tundukkan seteru politik beliau dengan meningkatkan tekanan secara berterusan menerusi penguatkuasaan undang2. Sudah pasti Abdul Hamid Bador IGP PDRM dan SPRM di bawah Latheefa Koya siap siaga menunggu arahan selanjutnya.

▪️Mengulas lanjut, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada 18hb Julai 2019 berkata "isu kontroversi semburit itu dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit. Memang wujud 'pakatan jahat' didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik bertujuan mengaib dan menjatuhkan individu tertentu".

1.
http://wartadaily.com.my/tular-senarai-mp-sokong-pm-tun-mahathir-letak-jawatan/
2.
https://www.thethirdforce.net/gabungan-perpaduan-nasional-malaysia-gpnm-tun-ms-new-coalition/
3.
http://suarasensasi1.blogspot.com/2019/07/hanya-14-orang-ahli-parlimen-pkr-sokong.html
4.
https://www.sinarharian.com.my/article/38459/BERITA/Politik/27-pemimpin-PKR-tegur-Anwar
5.
http://www.utusan.com.my/berita/politik/sokongan-lebih-kepada-azmin-berbanding-anwar-1.939947
6.
http://bankami.blogspot.com/2019/07/apakah-polis-akan-menahan-anwar-ibrahim.html?m=1


Oleh: Pena MZR
25hb Julai 2019

Selasa, 23 Julai 2019

NAJIS BURUNG MERPATI DI PASIR GUDANG TAK SAMA DENGAN DI BATU CAVES.??


Benarkah Tahi Burung Merpati menjadi penyebab berlakunya punca pencemaran udara di Pasir Gudang johor ??

Menurut Exco Kesihatan Johor... Pencemaran bau terhasil dari najis dan hama burung merpati di bahagian atas siling Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort mungkin menjadi antara faktor utama masalah gangguan kesihatan murid kata Exco Kesihatan, Mohd Khuzzan Abu Bakar...

https://ttkm.com.my/2019/07/23/tahi-burung-merpati-mungkin-punca-pencemaran-udara-exco-kesihatan-johor/amp/

Memandangkan punca pencemaran itu terhasil dari tahi burung merpati maka mari kita tinjau pula situasi yang mungkin akan terjadi jika perkara ini tidak dipandang serius.

Di Batu Caves juga sejak bertahun lamanya terdapat banyak burung merpati berterbangan. Dari bawah temple mahupun ke dalam gua, anda akan diceriakan dengan berbagai jenis burung merpati yang comel dan cantik.

Di Batu Caves juga sering diadakan upacara keagamaan kaum hindu setiap tahun dan belum pernah kita dengar ada pengunjung yang di serang sesak nafas disebabkn pencemaran udara.. Begitu juga orang Batu Caves, orang Gombak, pelancung yang datang dalam dan luar negara, tiada satu berita pun dipaparkan, ada mangsa yang sesak nafas atau gangguan kesihatan berpunca dari najis burung merpati..

Memang belum pernah atau admin terlepas pandang bab pencemaran udara berhubung kait dengan najis burung merpati..

Apa kata pakar..??


Dari
Simah Mamat
Aktivis NGO
24 Julai 2019

Isnin, 22 Julai 2019

Al-kisah di Majlis kesyukuran Azmin Ali di kediaman MB Selangor dan Majlis doa Selamat Anwar Ibrahim di Port Dickson.

1. Ucapan YB Azmin Ali ternyata semangatnya berapi2, namun 90% isi ucapan hanya ditujukan khas kepada seorang sahabat baik yang juga mentor beliau bernama Anwar Ibrahim (walau dia tidak menyebut nama tersebut).

2. Azmin juga menyebut dia akan meneruskan perjuangan dia demi islam dan melayu. Dia tidak akan berganjak dari menjadi pejuang islam dan melayu (realiti: dari segi sejarah dan perbuatan belum nampak tanda2 Islamnya perjuangan Azmin).

3. Ucapan itu menyelar orang yang menjadi dalang, yang beliau rasa tidak pernah mengenang budi, dan tak ada kesetiaan juga rendah akhlak.

Setelah selesai ucapan, dalam sesi minum2, ada beberapa perkara menarik yang menjadi topik perbualan sesama mereka, yang juga melibatkan menteri pusat, timbalan menteri dan menteri besar juga YB YB...

Dari pembualan tersebut jelas mereka menghentam Anwar Ibrahim and the geng termasuk lah keluarga Anwar. Hampir ke semua mereka berani berbual2 (chit chat) secara terbuka menyebut perihal Anwar adalah moral lebih teruk, memang kaki bontot, kes saiful tu betul...kes video dengan perempuan cina dol tu memang betul... akhirnya bolehlah kita buat kesimpulan bahawa selama ini mereka kata dulu Anwar adalah mangsa fitnah tetapi tidak sekarang... sekarang mereka memang akui Anwar itu peliwat dan jahat....

Ada seperkara lagi yang menarik selama 21 tahun, setelah sekian lama mereka  MEMBABIKAN Tun Dr Mahathir dalam ceramah dan perbualan mereka, semalam semuanya memuji2 Tun Dr Mahathir sebagai insan Hebat dan Anugerah Allah swt kepada Malaysia.

Tetapi yang lebih hairan lagi, ke semua yang hadir di majlis doa selamat tersebut bagaikan  telah dibutakan hati mereka untuk tidak percaya bahawa Azmin itu sama saja perangai dengan Anwar. Tertutup hati mereka untuk melihat betul2 isu ini adalah benar dan bukan lakonan. Mereka percaya bahawa Azmin adalah mangsa fitnah dan yang menariknya fitnah itu di buat kerana Azmin adalah bakal mengantikan Tun Dr Mahathir sebagai PM ke-8. Mereka mendakwa, jika tidak kerana jawatan itu tak mungkin Azmin difitnah.

Di rumah Anwar lain pula ceritanya. Selepas isyak, rata rata perbualan para tetamu berkisar tentang Azmin Ali, IGP dan Tun Dr Mahathir yang masih lagi tegar membuat kerja lama dan tak pernah berubah. Semua yang hadir terutama orang2 politik menceritakan percaya mereka bahawa orang yang di dalam video itu adalah 100% Azmin Ali....

Jadi akhirnya ahli PKR sekarang ini separuh telah percaya Anwar itu peliwat.... separuh lagi percaya Azmin Ali juga peliwat dan di liwat.... itulah ketentuan Allah swt....

Sumber rujukan rakan2 PKR, yang hadir di kedua2 program berasingan Majlis kesyukuran dan bacaan Yasin anjuran Anwar Ibrahim di Port Dickson dan Azmin Ali di kediaman rasmi MB Selangor.


Edited by: Pena MZR
23hb Julai 2019


YaPEIM TERIMA SIJIL BERSIH AUDIT NEGARA 2018

Kejayaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) meraih Sijil Bersih 2018 Jabatan Audit Negara membuktikan beberapa perkara.

1. Pengurusan lama YaPEIM di bawah kerajaan Barisan Nasional terbukti cemerlang dalam pengurusan YaPEIM.

2. Segala tohmahan, tuduhan serta propaganda jijik dan kotor pihak-pihak tertentu yang mencalarkan imej YAPEIM terbukti meleset, berbaur hanyir serta datang dari jiwa yang keji.

3. Usaha pihak-pihak tertentu yang menghabiskan ratusan ribu ringgit wang rakyat dengan menggunakan khidmat firma perakaunan antarabangsa Pricewaterhouse Coopers juga boleh dianggap sebagai usaha terdesak dan politik jijik balas dendam.

Bukan setakat itu sahaja, golongan tersebut juga terdesak menubuhkan Special Taskforce Internal Auditor (STIA) dalam kalangan pegawai yang mempunyai pelbagai masalah disiplin.

4. Perlantikan syarikat kroni mereka yang dikenali sebagai Viper Force Sdn. Bhd juga satu lagi pembaziran ratusan ribu wang rakyat yang dimiliki YaPEIM.

Kesemuanya dilihat bertujuan membongkar pelbagai salahlaku dan penyelewengan yang selama ini mereka gembar-gemburkan.

Ternyata, pihak Lembaga Pemegang Amanah (LPA) kini tersangat rakus, boros dan  ghairah menghabiskan wang rakyat yang terkumpul di YaPEIM oleh kerajaan terdahulu.

Ramai di kalangan  kakitangan YaPEIM sendiri bimbang pihak LPA dan pengurusan tidak mematuhi pelbagai Standard Operational Procedure (SOP) dalam melunaskan dendam mereka pada kepimpinan terdahulu.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) perlu peka, cakna serta tegas mendepani isu-isu sebegini.

5. Bagi Tahun Kewangan 2019, umat Islam berhak berasa ragu dan bimbang sekiranya YaPEIM bakal menerima nasib sebagaimana Tabung Haji.

Moga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr. Mujahid Yusuf serta Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM, Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar mampu mengekalkan rekod kecemerlangan YAPEIM dan kerajaan terdahulu.

Bukankah selama ini mereka cemerlang dalam propaganda fitnah dan hasutan?

TIADA KEPERLUAN MENGUJUDKAN SMJK TAMIL JIKA TERPAKSA MENGADAIKAN SEMANGAT PERPADUAN



Jurang perkauman semakin terjejas jika cadangan untuk mengujudkan SMJK Tamil maupun  SMJK Cina dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Walaupun ia masih dalam kajian namun tiada keperluan untuk ia dilaksanakan.

Cadangan ini dilihat amat tidak menepati keperluan mengikut perlembagaan Negara. Tiada keperluan untuk mengasingkan pembelajaran mengikut kaum atau menggunakan bahasa ibunda mereka. Sepatutnya kerajaan berusaha agar semangat perpaduan kaum dapat disemai melalui sekolah kebangsaan yang sedia ada dimana semua kaum dapat disatukan.

Sekolah kebangsaan diujudkan supaya dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling mengenal dan mengeratkan hubungan silaturahim. Ia juga dapat mengujudkan, budaya menghormati hak kaum lain yang mampu memupuk kesepaduan kaum dan etnik di negara ini.

Dengan sekolah kebangsaan menjadikan sekolah sebagai asas permulaan dalam memupuk hubungan yang baik antara kaum yang lain.. Murid-murid yang terdiri daripada pelbagai etnik mudah untuk berhubung atau berkomunikasi dengan masyarakat luar dan mudah untuk memperoleh ilmu pengetahuan.

Jika pengasingan berlaku mengikut bangsa ia akan mengujudkan jurang perkauman yang begitu luas antara murid-murid yang berlainan kaum.

Wujudnya jurang komunikasi antara kaum disebabkan penggunaan bahasa ibunda yang berbeza.  Hanya bahasa ibunda kaum majoriti sahaja yang kerap dipertuturkan di sekolah manakala bahasa kebangsaan pula disisihkan. Ini amat tidak sesuai.

Sebarang tindakan perlukan perbincangan yg mendalam bagi mengelakkan salah faham yang  boleh membawa kepada isu perpaduan yang lebih besar.

Oleh :
Simah Mamat
Aktivis NGO
22 Julai 2019

KALAU UMNO BODOH KENAPA MAHATHIR MINTA UMNO MASUK BERSATU..??


Mahathir bertanya bilakah parti UMNO akan dilenyapkan⁉️dan sekarang UMNO bakal lenyap❗

Mahathir berkata mereka (UMNO) mungkin bersalah dan dipenjarakan 5 hingga 10 tahun. Kerana penting diri sendiri mengabaikan rakyat

Mahathir juga berkata UMNO suka ambil orang bodoh

Bunga jangan jadi bodoh macam UMNO.

Itu hebatnya Mahathir dia dah tahu bila UMNO akan lenyap dan dah tahu apa hukuman kepada orang UMNO.

Tetapi hairan bagaimana UMNO akan lenyap kalau akar umbi UMNO semakin bersatu bersetia dan bersedia di bawah lambang keramat ini⁉️

Tetapi hairan kenapa parti bunga dikata bijak gagal menarik orang-orang melayu untuk menyertainya! Sehingga tiada ranting dan cawangan?

UMNO ada 3 juta ahli dan sekarang semakin bertambah-tambah. Kenapa Mahathir semakin kegusaran hidup tidak tenteram sedangkan UMNO PAS walaupun tewas berada dalam suasana jiwa tenteram.

Mahathir sudahpun tercapai cita-cita jadi PM Ke7, kenapa hati masih gundah gulana⁉️


Ahad, 21 Julai 2019

PETUNJUK TERKINI DAN RINGKAS ISLAM TERANCAM DI BAWAH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN


Di saat para pemimpin Melayu Pakatan Harapan sibuk dengan isu semburit, para pemimpin CINA DAP sibuk mengatur strategi menambahkan bilangan komuniti Cina dan pengundi mereka.

Sikap, mentaliti dan amalan politik para menteri dan pemimpin Melayu  Pakatan Harapan sebegini juga merupakan suatu petunjuk bahawa ISLAM DAN UMATNYA TERANCAM DI BAWAH PAKATAN HARAPAN.

Bagaimana tidak terancam jika para pemimpin CINA DAP juga  sibuk dengan pelbagai kontrak kerajaan, pegangan saham dan ekuiti GLC serta aset-aset negara yang boleh dipindahmilik serta dijual.

Ia belum termasuk lagi kadar komisyen hasil rundingan pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi operator lebuhraya dan projek berskala mega tinggalan Barisan Nasional.

Ternyata para pemimpin CINA DAP lebih fokus perjuangan mereka untuk kelompok sendiri berbanding para pemimpin Melayu Pakatan Harapan yang saling jatuh menjatuhkan.

Tidak hairanlah umat Melayu Islam dan kaum Bumiputera memberikan sokongan mereka kepada PENYATUAN UMMAH PAS UMNO dan GAGASAN SEJAHTERA.

Oleh;
Zamzuri Mohamed Tahir
19 DzulQaedah 1440H
Ahad 11.45pm

PENDUDUK PULAU KETAM MOHON KERAKYATAN..??


Dipercayai penduduk di Pulau Ketam  adalah pendatang haram dari tanah besar China. Besar kemungkinan mereka semua ini seperti dilindungi dan disorokkan selama ini. Apabila DAP berjaya perintah negara, mereka mula keluar untuk tuntut kerakyatan. Tunggulah mungkin ramai lagi yang akan “keluar” dari tempat persembunyian ini. 

Sekali fikir, logikkah perkara ini berlaku sekarang? Di mana mereka berada sejak Malaysia merdeka.? Adakah mereka selama ini tidak pernah keluar dari Pulau Ketam seumur hidup? Adakah mereka tidak mendaftar kelahiran mereka..??

Di mana letaknya Pulau Ketam sehingga mereka sukar untuk keluar memohon kerakyatan.?? Kenapa sampai tua bangka baru nk buat permohonan kad pengenalan.??  Ini semua nampak mengarut dan seperti ianya dirancang.

Harap pihak KDN dan JPN berhati-hati dalam memberi kewarganegaraan  Satu siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti keujudan pendatang tanpa izin yang mungkin didalangi seseorang dengan tujuan tertentu.

Oleh;
Simah Mamat
Aktivis NGO
21 Julai 2019

AMBIGA MAHU KERAJAAN BIAYAI BERSIH TANPA HAD DAN SYARAT


Bekas Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga mahu supaya kerajaan Pakatan Harapan membiayai pertubuhan itu *TANPA SEBARANG HAD PEMBIAYAAN & SYARAT.*

Dalam erti kata lain, Ambiga mahu agar NGO pro Pakatan Harapan tersebut mendapat dana tanpa batas dan tanpa sebarang syarat yang dikenakan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

NGO pro Pakatan Harapan yang lain seperti Sisters in Islam, Lawyers for Liberty, G25 dan sebagainya tentu setuju dengan Ambiga.

Kerajaan BN menepati pematuhan undang2 simpan duit GST.



▪️Pada 15hb Julai 2019, Peguam negara Tommy Thomas menyatakan perbuatan memindahkan hasil GST ke dalam Akaun Hasil Disatukan adalah pelanggaran undang2 dan prinsip.

▪️Namun begitu, pada 16hb Julai 2019 DS Najib memberi maklum balas segera berkenaan kenyataan AG Tommy Thomas dengan merujuk kepada keputusan laporan PAC. "Laporan Jawatankuasa PAC telah memutuskan bahawa tiada wang kutipan hasil cukai barang dan perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion hilang atau dirompak".

▪️Soalan untuk Lim Guan Eng, Tommy Thomas dan Macai2 PH.
"Bolehkah pihak kerajaan PH menyebut akta mana yang boleh disabitkan kepada DS Najib sebagai bekas PM ke-6 yang juga bekas Menteri Kewangan di atas tuduhan perrbuatan memindahkan hasil GST ke dalam Akaun Hasil Disatukan adalah pelanggaran undang2 dan prinsip?".

▪️Tentunya AG, LGE dan macai2 tak boleh jawab. Kalau jawab pun sudah tentu jawapan tersebut boleh dikategori "meroyan, merapu dan fitnah".

▪️Kerajaan BN telah memenuhi tuntutan Seksyen 54 (5) Akta GST dan Perkara 97 (1) Perlembagaan Negara.

▪️Seksyen 54 (5) Akta GST menyatakan dengan jelas peruntukan memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk hasil GST dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan Kerajaan.

▪️Perkara 97 (1) Perlembagaan Negara menetapkan bahawa semua hasil kerajaan mesti dimasukkan dalam Akaun Hasil Disatukan Kerajaan.

1.
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/168427
2.
https://m.utusan.com.my/berita/nasional/gst-mustahil-ada-penyelewengan-rompakan-1.938020
3.
https://www.facebook.com/157851205951/posts/kerajaan-bn-dahulu-salah-masuk-akaunkita-langgar-undang-undang-untuk-wang-gst-it/10156222527295952/

21hb Julai 2019
Oleh: Pena MZR

Sejumlah RM 48 juta wang bapa Jho Low disita.



▪️Wang yang disita oleh pihak PDRM atas arahan mahkamah itu adalah wang Jho Low and family. Ianya tiada kaitan dengan wang 1MDB.

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/38705

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/586824/mahkamah-perintah-wang-lebih-rm48-juta-milik-bapa-jhow-low-dilucut-hak/amp

▪️Ini kerana, dalam urusniaga yang 1MDB jalankan, ke semua urusan pemindahan wang pelaburan menggunakan kaedah piawaian pelaburan yang diiktiraf oleh lembaga pelaburan antarabangsa. Ini termasuklah urusniaga yang dimenterai oleh syarikat usahasama 1MDB dan Petro-Saudi.

▪️Pihak 1MDB menggunakan beberapa kaedah sistem piawaian pelaburan untuk dijadikan sebagai garis panduan bagi menentu-ukur urusniaga 1MDB supaya berada dilandasan benar. Antaranya;

i). Asset Swap Arrangement
※ Menurut ISDA master agreement (Multicurrency-Cross Border) 1992, definasi Asset Swap Agreement ialah apabila berlaku aktiviti antara penjual (grantor) dan peserta (counterparty) bagi aktiviti Asset Swap (bertukar harta), maka ianya perlu dicatat sebagai penambahan di jadual dan perlu disahkan aktiviti tersebut dengan tarikh terkini. Dan jika terdapat aktiviti pembetulan, penambahan dan pengubahsuaian yang perlu diurus dari masa ke semasa pada jadual, ianya hendaklah mengikut tatacara "Securities Issuance Agreement".

ii). Nota Murabahah
Nota Murabahah ialah kontrak pematuhan rasmi akad jual beli melibatkan harga kos aset dan keuntungan yang dinyatakan dengan jelas kepada pembeli. Nota Murabahah merupakan instrumen yang digunakan oleh 1MDB untuk melindungi keputusan yang dibuat oleh pihak 1MDB apabila berlakunya ketidak -tentuan aliran wang dari akaun usahasama. Ini kerana transaksi yang dilakukan telah melalui proses "AKAD jual beli".

▪️Di dalam Murabahah, segala bentuk wang keluar untuk pelaburan, pinjaman atau suntikan modal di panggil  "Langganan Nota Murabahah".

▪️Sekiranya berlaku kehilangan wang selepas transaksi ke akaun usahasama, wang tersebut bukan lagi dalam tanggungan 1MDB.

21hb Julai 2019
Oleh: Pena MZR

Sabtu, 20 Julai 2019

Rakyat Desak Hamid Letak Jawatan


Analisis DIGITAL FORENSIK Indonesia hanya mengambil masa beberapa hari untuk mengesahkan bahawa pelakon bideo semburit tersebut SEPADAN dengan Azmin Ali.

AR hairan mengapa analisa FACE RECOGNITION CyberSecurity, Malaysia mengambil masa lebih sebulan.

AR pergi balik luar negara pihak imigresen ambil masa tak sampai 10 saat pun untuk analisa FACE RECOGNITION pada pasapot AR.

SPRM SAHKAN PENGURUSAN YaPEIM DI BAWAH BN BERSIH


Propaganda media Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM, Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar menggambarkan kononnya pengurusan YaPEIM di bawah kerajaan Barisan Nasional penuh dengan unsur-unsur penyelewengan dan salah laku.

Tetapi siasatan dan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) membuktikan sebaliknya.

Ia menunjukkan bahawa YaPEIM di bawah kerajaan Barisan Nasional adalah bersih, telus dan berkembang pesat memajukan ekonomi umat Islam.

Moga Mohd Daud diberi hidayah agar tidak terus bersekutu dengan menteri yang menjadi BARUA KAFIR HARBI DAP.


Jumaat, 19 Julai 2019

DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir saling Sabotaj. (Siri 1)



▪️Fasa pecah dan perintah (devide and rules phase) yang dihalakan kepada parti UMNO, BN dan PAS tidak menjadi. Ini merupakan isyarat jelas yang telah disampaikan oleh kedua2 Presiden UMNO (DS Zahid) dan PAS (TGHH), bahawa Islam dan bangsa Melayu menolak usaha dari parti yang bersekongkol dengan parti cauvinis DAP.

▪️Namun begitu, tempias "devide and rules phase" telah terkena parti PKR. Perbezaan pendirian berkenaan keputusan siasatan mengenai watak di dalam video semburit telah mencetus suasana tegang di dalaman parti PKR. DS Anwar (Presiden) dan DS Azmin Ali (Timbalan Presiden) berbeza pendirian berkenaan isu moral dan sahsiah kepimpinan. PKR kini secara tidak langsung telah sah berpecah kepada 2 "team" iaitu team Anwar dan team Azmin.

▪️Episod penyingkiran watak dan pembongkaran (character removal & demolition) yang sengaja diwujudkan dalam saingan antara Anwar Ibrahim (PKR) vs Azmin Ali (PKR) kini diubah-suai (manipulated) kepada episod penyingkiran dan pembuktian watak (personality removal & argumentation character). Sidang media DS Anwar pada 17hb Julai 2019 berkenaan gesaan Anwar agar Azmin Ali meletak jawatan merupakan satu perangkap yang telah dijangka oleh konspirator. Mereka ingin melihat watak sebenar (the true color of) Anwar Ibrahim ketika berhadapan dengan pesaing (yang juga reformis sejak tahun 1998) untuk jawatan PM ke-8. Persoalan: Siapa cadangkan Anwar Ibrahim membuat sidang media?.

▪️Tangkapan oleh pihak PDRM terhadap individu yang terkait dengan Haziq (watak utama kes semburit di Sandakan) merupakan individu2 yang ingin melihat Anwar Ibrahim ditabal sebagai PM ke-8. PKR Perak sahkan bahawa Pengerusi negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak merupakan antara 3 individu ditahan polis bagi membantu siasatan kes video semburit. Farhash adalah setiausaha politik kepada Presiden PKR DS Anwar Ibrahim. Munculnya nama Farhash (argumentation character) yang direman menyebabkan tanggapan ramai orang termasuk pemimpin2 politik secara prejudice melihat Anwar Ibrahim sebagai individu "tamak kuasa" dan tidak boleh dipercayai apabila "kawan makan kawan".

▪️Terdahulu diberitakan seramai 14 MP sahaja yang menyokong Azmin Ali. Namun begitu, pada 19hb Julai 2019 dilaporkan bahawa kedudukan Azmin Ali dalam PKR semakin selesa apabila sokongan dari ahli2 Parlimen (MP), ADUN2, pengerusi PKR negeri2 dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR terus meningkat.

▪️Machiavelli dalam Buku VI Seni Perang (The Art of War) menulis bahawa konspirator sedaya upaya membahagi pasukan musuh (teori devide and rules), dengan timbulkan syak orang2 yang dipercayai, dan dengan memberi punca bagi mereka memecahkan pasukannya. Berdasarkan kepada teori devide and rules Machiavelli, kemungkinan besar terdapat plot untuk singkirkan Anwar Ibrahim dan keluarga dari PKR (personality removal).

▪️Anwar Ibrahim diberitakan pernah merancang untuk membuat "vote no confidence" terhadap Tun Mahathir tetapi tidak kesampaian. Dan Anwar juga pernah mencanangkan akan melakukan serangan terbuka (all out onslaught) terhadap Tun Mahathir sekiranya tidak meletak jawatan selepas bulan September 2019. Namun begitu, dipercayai Azmin Ali dan pasukannya akan menyingkirkan Anwar Ibrahim dan keluarga dari PKR selepas rombakan kabinet.

▪️DS Anwar dan pasukannya masih lagi mempunyai masa untuk bertindak balas. Mereka dipercayai tidak akan berdiam diri untuk berdepan dengan pasukan Azmin Ali dan Tun Mahathir.
1.
http://theunspinners.blogspot.com/2019/01/azmin-isytiharkan-perang-terhadap-anwar.html?m=1
2.
http://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-patut-letak-jawatan-jika-video-sahih-1.938698
3.
https://m.malaysiakini.com/news/484275
4.
https://www.facebook.com/177896126093/posts/the-mahathir-anwar-fight-is-now-out-in-the-open-anwar-is-utilising-the-alternati/10156572854586094
5.
https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/its-just-politics/2019/07/07/a-crack-in-anwar-and-azmins-relationship/
6.
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/07/17/pegawai-anwar-video-seks

19hb Julai 2019
Oleh: Pena MZR

ANWAR TIDAK MAMPU MENGAWAL AHLINYA MACAMANA NAK JADI PM-8.??


Di dalam PKR itu sendiri apabila 27 orang MPP dab MP termasuk Timbalan Presiden dan 4 naib President begitu tegas dan begitu lantang MENGKRITIK DSAI di mana DSAI adalah Presiden mereka, ini cukup  jelas dilihat yang Anwar telah hilang kawalan terhadap partinya sendiri..Justeru sukar baginya untuk menjawat jawatan PM-8. Ini kerana sokongan ahli yang berhormat secara tanpa selindung menyebelahi pesaing Anwar..

Menidakkan mana-mana pemimpin PKR dilantik sebagai PM8 mungkinkah telah diatur secara halus oleh tangan-tangan ghaib sejak PM7 angkat sumpah..? Ini dapat dilihat apabila Tun seringkali berubah memberi kenyataan bilakah tarikh sebenar penyerahan kuasa dapat dilakukan. Dulunya hanya 2 tahun serahan jawatan akan berlaku, kemudian Tun mengumumkan beliau memerlukan masa 3 tahun kononnya untuk memulihkan ekonomi sebelum serahan kuasa dilakukn. 

Namun baru-baru ini Mukhriz pula mengeluarkan kenyataan seolah-olah jawatan Perdana Menteri itu bakal menjadi warisan turun temurun dan mengelarkan Anwar jangan tamak kuasa.

Tahniah diucapkan pada DSAI kerana tamakkan kuasa & menolak mentah-mentah tawaran kerjasama yg dihulur BN masa tu. DSAI memilih untuk percaya pada sosok yg mengencing dia berulang kali.  Anwar tetap Anwar.. Beliau tetap tidak sedar dan merasa serik..

Oleh ;
Tinta Biru SM

Khamis, 18 Julai 2019

DI PENANG -RAKUSNYA DAP MENJUAL TANAH


Lim Guan Eng jual apa di Penang:
1. Tapak masjid di Queens Bay
2. Tanah laut di Gurney Drive
3. Tanah sawit di Batu Kawan.
4. Tanah PPR Tmn Manggis.
5. Tanah Peel Street
6. Tanah laut di Teluk Kumbar.

Ribuan ekar dijual kpd swasta & kroni dgn nilai berbilion dlm masa 10 tahun.
Sbb itu kewangan negeri sentiasa surplus, bkn sbb LGE pandai urus ekonomi tapi pandai jual aset negeri. Tetapi dia memang pandai main wayang, kononnya Penang ada lebihan wang sebab kerajaan DAP bersih dan tiada rasuah. Memang wayang sungguhlah SUA DAP ni.

Jika pendapatan tambahan itu adalah dari penjualan tanah serta aset kerajaan negeri, mengapa Kerajaan P.Pinang tidak boleh menjual sebidang tanah lagi yang bernilai RM1 bilion bagi mengelak meminjam dari Bank EXIM di China yang akan turut melibatkan kos faedah..?

Adakah dengan menjual aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan bagi menampung kenaikan perbelanjaan operasi tahunan yang besar boleh dianggap sebagai satu tadbir urus yang baik untuk jangka masa akan datang?

Dengan pembohongan ini, mereka masih mampu memerintah sehingga sekarang. Yang peliknya.. Butakah mata orang penang? Pekak kah telinga depa? Tak bijak kah mereka untuk berfikir? Mujur penang hanya sebuah negeri yang di pinjamkan oleh kedah... Jika tak, dah lama dah jadi kowloon or 2nd Hong Kong... Fikir lah wahai org melayu penang...

Oleh ;
Tinta Biru SM

Rabu, 17 Julai 2019

HANYA 14 ORANG AHLI PARLIMEN PKR SOKONG AZMIN (DAN MAHATHIR)

Dalam kepimpinan PKR itu sendiri terbahagi kepada kem-kem yang memihak kepada seseorang pemimpin.. Walaupun satu parti namun masing2 tidak sehaluan.

Kita lihat disini terdapat senarai sebenar 27 pemimpin2 PKR yang terdiri daripada 14 Ahli Parlimen, 8 ADUN dan 5 Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR yang berada di kem Azmin. Terdahulu diberitakan seramai lebih 20 MP yang menyokong Azmin. Namun kini hanya tinggal 14 MP sahaja. Terdapat 6 MP teah U-turn, termasuk Shamsul Iskandar. Sebab ada ura2 Shamsul Iskandar ingin lawan Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang.

AHLI PARLIMEN
1. YB Zuraida Kamaruddin - Naib Presiden PKR (Menteri Perumahan)
2. YB Dr. Xavier Jayakumar - Naib Presiden PKR (Menteri Air)
3. YB Baru Bian - Pengerusi MPN Sarawak / Ahli MPP (Menteri Kerja Raya)
4. YB Dato’ Saifuddin Abdullah - Ahli MPP (Menteri Luar Negeri)
5. YB Sivarasa Rasiah - Ahli MPP (Timbalan Menteri)
6. YB Ali Biju - Naib Presiden PKR (MP)
7. YB Dato’ Sri Dr Santhara - Timbalan Setiausaha Agung / Ahli MPP (MP)
8. YB Dato’ Rashid Hasnon - Ahli MPP (MP)
9. YB Dato’ Dr Mansor Othman - Ahli MPP (MP)
10. YB Dato’ Kamarudin Jaafar - Ahli MPP (MP)
11. YB Steven Choong - MP Tebrau
12. YB Jonathan Yasin - MP Ranau
13. YB Willy Mongin - MP Puncak Borneo
14. YB Maria Chin Abdullah - MP Petaling Jaya

ADUN
1. YAB Amirudin Shari - Ahli MPP
2. YB Haniza Talha - Ketua Wanita / Ahli MPP
3. YB Elizabeth Wong - Ahli MPP
4. YB Azmizam Zaman Huri - Ahli MPP
5. YB Hee Loy Sian - Ahli MPP
6. YB Lee Kai Loon - Ahli MPP
7. YB Dr Daroyah - Timbalan Ketua Wanita / Ahli MPP
8. YB Muhammad Hilman Idham - Timbalan Ketua AMK /Ahli MPP

AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT PKR
1. Tian Chua - Naib Presiden
2. Rahimah Majid - Ahli MPP
3. Zakaria Abdul Hamid - Ahli MPP
4. Mohd Radzlan Jalaludin - Ahli MPP
5. Gan Pei Nei - Ahli MPP

Dalam usaha cantas mencantas ini seramai 4 orang pemimpin PKR bersuara menegur Presiden mereka Anwar Ibrahim agar tidak mengeluarkan kenyataan2 yang boleh merosakknn parti. Mereka adalah penyokong kem Azmin Ali.




Selasa, 16 Julai 2019

Tun Mahathir sudah terdesak atau tidak?. (Siri 4)



▪️Chapter "The lastman standing" telah memasuki bab penyingkiran watak dan pembongkaran (character removal & demolition). Kini saingan antara Anwar Ibrahim vs Azmin Ali vs Mukhriz telah berubah kepada saingan antara Anwar Ibrahim vs Mukhriz Mahathir setelah Azmin sudah pasti tersingkir.

▪️Jentera khas parti PPBM buat masa ini masih lagi gagal merungkai jalan penyelesaian untuk membantu Tun Mahathir melawan tuntutan kem DS Anwar Ibrahim. Ternyata kem penyatuan Ummah antara UMNO, BN, PAS dan NGO2 yang diusaha atas asas Islam dan Bangsa Melayu telah menutup rapat pintu kerjasama dengan mana2 parti komponen PH menjadi penyebab kedudukan Tun Mahathir semakin terhimpit.

▪️Kem DS Anwar pula dilihat semakin meningkatkan tekanan kepada DS Azmin Ali. Sepucuk surat arahan dari PKR pusat dikirim meminta Azmin "cuti" sehingga siasatan kes semburit dapat diselesaikan. Namun begitu, DS Azmin enggan menurut perintah parti sambil memberi maklum balas "keras" sewaktu diajukan soalan oleh pihak media.

▪️Kesanggupan DS Anwar membela Wan Ji ustaz DAP atas dakwaan dipukul dalam lokap polis menunjukkan kesungguhan beliau untuk bersama dengan DAP di masa depan. Ungkapan 6 patah perkataan dari Superman Hiew penceramah DAP ketika kempen di PRU ke-14 untuk Tun Mahathir... "ambil nyawa dia, ketika dia sakit"... memberi gambaran bahawa DAP tetap akan memusnahkan kerjaya politik Tun Mahathir apabila tiba masa yang sesuai. Mungkin inilah saat yang DAP tunggu2 selama ini.

▪️Anwar Ibrahim vs Mukhriz.
Realitinya, Mukhriz belum lagi dibenarkan oleh konspirator untuk menonjolkan diri sebagai penghalang kepada cita2 Anwar untuk jadi PM ke-8. Beliau memerlukan proksi yang sanggup berdepan dengan Anwar Ibrahim. Samada kebetulan atau dirancang, pada malam 16hb Julai 2019 kem Azmin telah bermesyuarat dengan Tun Mahathir dan bersetuju untuk meletak Zuraida (PKR) sebagai bakal PM ke-8 bersaing dengan Anwar Ibrahim. Kali ini siapa pula yang terperangkap?.

1.
https://www.sinarharian.com.my/article/31432/BERITA/Nasional/Peralihan-jawatan-PM-Penyokong-Tun-M-Anwar-berbalas-teguran
2
https://www.facebook.com/gerakperak/posts/995569074177349/
3.
https://m.malaysiakini.com/news/483987
4.
https://m.malaysiakini.com/news/484109
5.
https://m.utusan.com.my/berita/politik/pas-tolak-kerjasama-ph-terus-ta-8217-awun-dengan-umno-1.937780
6.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156581015201094&id=177896126093&__tn__=%2As%2As-R


17hb Julai 2019
Oleh: Pena MZR


Isnin, 15 Julai 2019

Tun Mahathir sudah terdesak atau tidak?. (Siri 3)


▪️Terkini, Tun Mahathir telah mengerahkan seluruh kekuatan jentera2nya bagi melengahkan peralihan kuasa (power transition) kepada bakal PM ke-8 DS Anwar Ibrahim. DS Khairuddin Abu Hassan, Zahid Mat Arip dan Tamrin Tun Ghafar merupakan "special machinery horses" yang setia menjalankan tugas2 khas Tun Mahathir. "Devide and rules phase" yang digunakan untuk melemahkan gabungan UMNO PAS ternyata tidak memberi kesan kepada kedua2 parti tersebut.

▪️"The lastman standing" yang semakin sengit antara Anwar Ibrahim (PKR) vs Azmin Ali (PKR) kini telah beralih kepada Anwar Ibrahim vs Mukhriz (PPBM) apabila saingan dari Azmin Ali sudah di "checkmate" oleh konspirator melalui rakaman video adegan semburit dan rakaman cctv di hotel Four Points by Sheraton Sandakan. Azmin Ali disyaki sebagai suspek utama dalam skandal semburit tersebut.

▪️Ketika diwawancara oleh Nikkei Asian Review, DS Mukhriz menyatakan yang beliau berada di "mood" bersedia untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sekiranya peluang dibuka untuknya. Beliau berpendapat bahawa tiada perjanjian khusus yang menetapkan peralihan kuasa antara Tun Mahathir dan DS Anwar. Kedudukan siapa yang bakal dipilih sebagai PM ke-8 masih terbuka dan pandangan Mukhriz ini turut disokong oleh Azmin Ali.

▪Laporan RPK pada 13hb Julai menerusi facebooknya menyatakan bahawa DS Anwar memberi tempoh selewat2nya sehingga bulan September 2019 untuk Tun Mahathir meletak jawatan. Jika Tun Mahathir engkar, maka beliau akan membuat serangan secara terbuka (all out onslaught).
1.
https://www.malaysia-today.net/2019/07/11/mahathirs-son-says-hes-ready-to-inherit-malaysias-political-legacy/
2.
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/mukhriz-gambarkan-anwar-tamak-kuasa-1.935331#VersionedContentId(1.935330.1562917033)
3.
https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/13/tinggal-angan-angan-sahaja-anwar-jadi-pm-ke-8-mathis/
4.
https://youtu.be/ruNaL6A9-4s
5.
https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/12/azmin-pm-ke-8-tun-m-tolak-anwar/
6.
https://www.facebook.com/177896126093/posts/the-mahathir-anwar-fight-is-now-out-in-the-open-anwar-is-utilising-the-alternati/10156572854586094


15hb Julai 2019
Oleh : Pena MZR

Ahad, 14 Julai 2019

MENTERI PH DALANG DAN BIKIN VIDEO SEKS - Ketua Polis Negara


Kenyataan Ketua Polis Negara, Dato' Abdul Hamid Bador bahawa terdapatnya menteri yang cuba menjatuhkan seorang menteri yang terkait dengan video seks amat menarik untuk diteliti.

Kenyataan beliau mengiringi  temuramah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dengan Asia Nikkie News (sebelumnya) yang menyatakan bahawa beliau sudah bersedia untuk menggalas tugas yang lebih besar di Putrajaya.

Dan Mukhriz tidak menolak keinginannya untuk menjadi perdana menteri, sama sebagaimana menteri dan pemimpin lain.

Jika ianya suatu babak novel atau drama, kenyataan Mukhriz adalah Bab Kedua dan kenyataan Hamid adalah Bab Ketiga.

Cantik susunan plot ceritera ini.

Di mana Bab Pertama dan Pendahuluannya?

Ianya bermula dari percutian Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saat ketika isu video tersebut meletus.

Siapakah yang memangku jawatannya dan mempunyai akses penuh terhadap unit tertentu dalam pasukan keselamatan negara?

Ramai di kalangan sahabat-sahabat saya yang mungkin berpendapat bahawa Muhyiddin akan dikaitkan dengan video tersebut memandangkan beliau juga mempunyai cita-cita yang tergendala sebagai perdana menteri di zaman Barisan Nasional.

Selaku menteri, Muhyiddin juga mempunyai akses penuh kepada polis Cawangan Khas atau perisikan negara.

Atas dasar tersebut, persepsi awam bahawa beliau mungkin memerangkap DS Mohamed Azmin Ali tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Justeru itu, kenyataan Hamid  pada hari ini seolah-olah membina persepsi negatif terhadap Muhyiddin berdasarkan persepsi awam sebelumnya.

Benarkah Muhyiddin terlibat dan sanggupkah Hamid menentang  bossnya sendiri?

Kita biarkan sementara persoalan tersebut dan lihat siapakah yang meraih keuntungan politik darinya.

Saya lebih cenderung kepada pendapat awal saya bahawa isu video seks tersebut akan memberi keuntungan politik kepada Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Dan saya konsisten menyatakannya sejak dari mula lagi isu video tersebut tercetus.

Alasannya mudah, Anwar, Azmin dan Muhyiddin sudah tercemar dengan skandal seks dan menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan sekiranya terpilih sebagai perdana menteri menggantikan Mahathir.

Justeru itu, adalah tidak mustahil seseorang yang mempunyai hubungan yang akrab dengan Mukhriz membikin (bak kata Hamid) dan menjadi dalang isu video tersebut.

Dan seseorang itu mestilah mempunyai keinginan yang melampau agar Mukhriz bakal dinobatkan sebagai perdana menteri, suatu hari nanti.

Seseorang itulah, yang termasuk dalam Bab Pendahuluan dan Bab Pertama plot (jalan cerita) isu video seks ini sehinggakan Anwar dan Azmin sendiri enggan membuat laporan polis tentangnya.

Siapakah seseorang itu?

Pelakon utama ceritera ini, Haziq Abdullah Ali sudah tentu dapat menjawabnya kerana dia sangat kental dan kebal mengaku perlakuan seksnya.

By;
Zamzuri Mohammed Tahir


PPBM SABAH DIJANGKA LUMPUH


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah dijangka lumpuh dalam masa terdekat selepas Pengerusinya Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru agar orang-orang Melayu menyertai parti tersebut.
Ia berikutan tindakan Datuk Rahim Ismail yang mengambil langkah keluar dari parti dan menyertai UMNO semula.

Beliau keluar dari PPBM beserta dengan pengikut-pengikutnya AJK Bahagian serta 5 Cawangan yang lain. Di samping itu, Datuk Sairin Sarno Keningau juga mengikut jejak langkah yang sama meninggalkan PPBM Sabah untuk bersama perjuangan UMNO.

Terdahulu Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dasuki menyatakan kesediaan beberapa orang Ahli Parlimen dan pemimpin UMNO yang menyertai PPBM untuk kembali ke pangkuan UMNO semula.

Tinggallah Mahathir dan Mukhriz di dalam PPBM berebut jawatan siapakah bakal calon jenazah dalam masa terdekat.

#Bubarkan_Parlimen



11 DzulQaedah 1440H
Ahad 10.45pm

Sabtu, 13 Julai 2019

RUJUK MANIFESTO PH SEBELUM DAKWA SUSPEK JENAYAH - Lim Kit Siang




Menurut Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Pendakwaraya (DPP) perlu melihat kepada Manifesto Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu sebelum meneruskan pendakwaan kepada penceramah DAP, Wan Ji Wan Hussin.

DPP juga perlu merujuk kepada Peguam Negara (AG) Tommy Thomas sebelum melakukan sebarang pendakwaan terhadap pemimpin, menteri dan anak emas Pakatan Harapan.

Ia sekaligus menggambarkan bahawa DAP menguasai pentadbiran kehakiman dan pelaksanaan undang-undang negara dan Manifesto Pakatan Harapan lebih tinggi darjat serta martabatnya berbanding Akta Hasutan 1948 dan Perlembagaan Negara.

Tetapi sekiranya DPP atau Peguam Negara ingin mendakwa mana-mana pemimpin pembangkang, mereka tidak perlu merujuk kepada Manifesto Pakatan Harapan.

Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai saman tertunggak, kes mahkamah dan sebagainya, berlumba-lumbalah anda untuk mengisi borang keahlian parti DAP atau komponen Pakatan Harapan yang lain.

Nescaya nasib anda akan lebih baik kerana Lim Kit Siang dan DAP akan memastikan anda tidak akan didakwa.

Contoh yang paling mudah adalah Menteri Kewangan DAP Joseph Lim Guan Eng, yang dibebaskan mahkamah sewaktu perbicaraan sedang berlangsung.


10 DzulQaedah 1440H
Sabtu 9.00pm



Jumaat, 12 Julai 2019

PAS SELESA BERSAMA GAGASAN SEJAHTERA DAN UMNO


KOTA BHARU 12 Julai - Beberapa hari selepas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) membuat pelawaan agar orang-orang Melayu dan umat Islam menyertai parti tersebut sekiranya enggan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dato' Husam Musa pula membuat pelawaan yang sama.

Husam yang juga Pengerusi PAN Kelantan bagaimana pun memfokuskan sasarannya kepada PAS agar menyertai Pakatan Harapan dengan harapan PAS akan meninggalkan UMNO.

Pelawaan Husam itu bagaimana pun dibalas oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Hj. Ahmad Yaacob yang menganggap parti tersebut lebih selesa bersama Gagasan Sejahtera dan PENYATUAN UMNO-PAS.

Menurut Ahmad Yaacob, Gagasan Sejahtera dan PENYATUAN UMMAH UMNO-PAS telah merangka banyak program berstrategi untuk menarik minat rakyat sebagai persiapan PRU 15.

"Kemaluan Husam dipercayai kecut terus apabila mendengar jawapan dari Ahmad Yaacob tersebut", kedengaran desas desus di kalangan rakyat.

9 DzulQaedah 1440H
Juma'at 4.00pm


Tun Mahadhir sudah terdesak atau tidak..?? (Siri 2)


The lastman standing (sedang berlaku ketika ini).

▪️Anwar (PKR) vs Azmin (PKR)
Konspirator telah jatuhkan DS Azmin Ali. Inilah peluang untuk DS Mukhriz Mahathir muncul sebagai satu tawaran kepada "political gamer". Secara automatik, Tun Mahathir akan minta Azmin Ali salurkan 22 MP PKR di bawah seliaan Azmin untuk sokong Mukhriz.

▪️Tetapi sokongan 22 MP PKR ini masih tidak mencukupi untuk Mahathir lawan kemaraan Anwar Ibrahim dan DAP. Maka, jalan terakhir, Mahathir secara terbuka "minta nyawa" dengan orang2 Melayu (maksudnya dengan UMNO PAS PUTRA dan NGO2 Melayu).

▪️Kesimpulan: UMNO/BN/PAS serta parti PUTRA termasuk NGO2 jangan dilayan "political game" Tun Mahathir ini. Hormati keputusan rakyat yang mahu kepada Penyatuan Ummah.


Oleh ;  Pena MZR


1.
https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-politik/dr-mahathir-ajak-semua-parti-melayu-bergabung-bawah-satu-parti-211928%3famp=1
2.
https://umno-online.my/2019/07/06/tak-perlu-masuk-ppbm-umno-pas-parti-terbesar-orang-melayu-zahid/
3.
https://www.malaysia-today.net/2019/07/11/mahathirs-son-says-hes-ready-to-inherit-malaysias-political-legacy/

Tun Mahathir sudah terdesak atau tidak?. (Siri 1)


※ Ada beberapa perkara yang ramai penganalisa politik di media sosial terlepas pandang apabila Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim mengatur langkah perkuatkan kedudukan masing2. Antaranya;
1. Vote no confidence
Tidak akan berlaku, kerana risikonya amat besar kepada yang kalah. Silap langkah, masuk perjara... So, jalan ini bukan yang terbaik.
2. The last man standing
Sedang berlaku... Anwar Ibrahim vs Azmin Ali. Tetapi ada lagi satu "pemain" iaitu Mukhriz. So, kedudukan paksi perlawanan akan menjadi lebih menarik lagi apabila Anwar (PKR) vs Azmin (PKR) vs Mukhriz (PPBM). Siapa akan terperangkap?.
3. Rombakan kabinet pada bulan September 2019
※ Final test buat Tun Mahathir. Formula Tun Mahathir adalah "legasi". Perdana Menteri dari PPBM akan diganti oleh MP PPBM. Objectif Tun Mahathir adalah menyediakan satu platform yang selesa buat legasinya. Dijangka beberapa orang Menteri kabinet akan digugurkan. Dan Dijangka juga2 beberapa MP dari PPBM, MP pro-PPBM (mungkin MP dari x-UMNO) dan Mukhriz akan diangkat sebagai Menteri kabinet yang baru. Buat masa ini, TSMY berpihak kepada kem Anwar Ibrahim. Siapa "legasi" Tun Mahathir dari PPBM, sedangkan Mukhriz masih mentah lagi?.
※ Azmin Ali (PKR) pernah berunding dengan Tun, 22 orang MP PKR yang menyokong beliau akan join PPBM sekiranya Tun lantik beliau sebagai Timb PM.
※ Wan Azizah telah keluarkan kenyataan tidak akan letak jawatan sebagai Timb PM jika berlaku rombakan kabinet.
※ Anwar Ibrahim pula keluarkan kenyataan tidak mahu jawatan Timb PM pada rombakan kabinet ini.
4. Bubarkan Parlimen
Jalan terakhir sekiranya apa yang diusahakan beliau tidak meyakinkan.


Oleh: Pena MZR

1.
https://www.malaysia-today.net/tag/anwar-ibrahim/

2.
https://www.headbomb.net/2019/07/anwar-dan-mahathir-sedang-berperang.html


Khamis, 11 Julai 2019

KETAHUILAH HAK ANDA, APA YANG ANDA BOLEH BUAT


Wahai orang-orang Melayu dan umat Islam Pasir Gudang‼️

Apakah anda tidak berasa pelik dengan kes gas beracun di sana?

Kalau salah kilang, mengapa pekerja-pekerja kilang tiada yang semput pengsan, muntah-muntah dan loya⁉️

Mengapa hanya murid-murid dan guru-guru dari Sekolah Rendah Agama (SRA),  Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) dan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) sahaja yang jadi mangsa?

Mengapa tidak murid-murid dan guru-guru SJK(C) dan SMJK(C)  yang jadi mangsa sedangkan mereka berkongsi udara yg sama?

Tidakkah anda terfikir ia satu konspirasi dan agenda laknat puak-puak Pakatan Kafir Harbi DAP yang mahu membunuh umat Islam dan orang-orang Melayu secara halus? Atau dengan kata lain adakah cubaan untuk menghalau penduduk melayu di kawasan terbabit..??

Apakah mustahil bagi mereka melepaskan gas beracun pada waktu tengah malam atau sekitar jam 2 hingga 5 pagi sewaktu tiada orang di sekolah-sekolah tersebut⁉️

 Bukalah mata hati anda, bangun dan bangkitlah dengan istighfar dan solat hajat besar-besaran agar ALLAH tunjukkan kebenarannya.

Di samping itu, jangan anda lupa bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap kerajaan negeri, kerajaan pusat serta menteri berkenaan.

Bentuklah jawatankuasa bertindak dan hubungilah peguam-peguam dan pakar perundangan yang prihatin terhadap nasib dan masa depan umat Islam serta orang-orang Melayu.


KECEMERLANGAN TOMMY THOMAS SI PEGUAM NEGARA DAP



Dengan 1001 BUKTI-BUKTI KUKUH yang didakwa oleh Mahathir sejak 2015, maka Peguam Negara, Tomny Thomas pun menangguhkan perbicaraan DS Najib Razak kerana mencuri, merompak dan menyamun wang 1MDB.

Empat kali penangguhan adalah rekod cemerlang tambahan Tommy Thomas selain dari rekod-rekod cemerlang lainnya seperti melepas dan melindungi pembunuh-pembunuh Muhammad Adib Mohd Kasiim.

Antara lain rekod cemerlang Tommy adalah membebaskan Joseph Lim Guan Eng dari perbicaraan rasuah dan skandal banglo.

Paling cemerlang adalah berdansa dengan Siti Zabedah Kassim, para peguam serta aktivis pro Pakatan Harapan.

Itulah ciri-ciri Peguam Negara pilihan DAP dan Mahathir gembira dengan kecemerlangannya.


Zamzuri Mohamed Tahir
8 DzulQaedah 1440H
Khamis 6.15pm


Rabu, 10 Julai 2019

MANA SUARA NGO PAKATAN HARAPAN?


Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan pro Pakatan Harapan (NGO) seolah tidak berminat membela mangsa rogol.

Mereka juga tidak pernah dilihat menyatakan sokongan dan mengadakan himpunan solidariti terhadap kematian ahli bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Apatah lagi untuk mengembeling kuasa rakyat menyatakan simpati dan solidariti terhadap mangsa-mangsa pencemaran sisa toksid di Pasir Gudang.

Kebarangkalian tinggi mangsa rogol dan mati tersebut bukan bernama Teoh Beng Hock.
Tersangatlah baculnya jika ada orang-orang Melayu Islam bersekutu dan mendokong perjuangan Pakatan Harapan atau NGO mereka.

Ironisnya, para pemimpin mereka tak malu mengaku sebagai pejuang Agama, Bangsa dan Negara.

Masihkah anda percaya bahawa orang-orang Melayu, umat Islam dan kaum peribumi tidak dibuli, dianiaya serta didiskriminasi di Malaysia oleh Pakatan Harapan?

8 DzulQaedah 1440H
Khamis 2.00pm

REBAT GST: PAC DAKWA TUDUHAN MENTERI KEWANGAN DAP TIDAK BENAR

Menteri Kewangan DAP, Joseph Lim Guan Eng sebelum ini menuduh bahawa kerajaan Barisan Nasional MEROMPAK rebat GST berjumlah RM19. 24 billion.

Meski pun dinafikan oleh Barisan Nasional dan Kastam Di Raja Malaysia (KDRM), kerajaan Pakatan Harapan bertegas menubuhkan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengenainya.

Persidangan Parlimen pada kali ini didedahkan pula bahawa siasatan PAC juga mendapati bahawa kerajaan Barisan Nasional TIDAK MEROMPAK rebat GST tersebut.

Apa tindakan Joseph Lim Guan Eng seterusnya?

1. Apakah beliau telah atau akan meminta maaf?

2. Apakah beliau telah atau akan meletakkan jawatan atas tuduhan beratnya itu?

Politik toksid, tuduh dahulu siasat kemudian dan politik jijik fitnah DAP dan Pakatan Harapan bukan sahaja diamalkan sebelum mereka memenangi pilihanraya umum, malah diteruskan juga setelah mereka membentuk kerajaan.

Politik sebegini tidak hanya diamalkan ke atas Barisan Nasional, UMNO, PAS dan pembangkang bahkan ia juga diamalkan oleh Pakatan Harapan terhadap komponen parti masing-masing dan sesama pemimpin mereka.

Menteri Kewangan DAP dan kerajaan Pakatan Harapan juga wajar mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) terhadap dakwaan-dakwaan mereka bahawa berlakunya penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa terhadap agensi dan entiti ekonomi negara yang lain.

Bukankah menubuhkan RCI bagi menyiasat Tabung Haji, FELDA, FELCRA, YaPEIM, KHAZANAH, MARA dan lain-lain merupakan sebahagian dari Janji dan Manifesto Pakatan Harapan pada siri-siri kempen PRU 14 lalu.

By ;
Zamzuri Mohamed Tahir
8 DzulQaedah 1440H
Khamis 12.15pm


Sabtu, 6 Julai 2019

Keegowan memakan diri menyebabkan ekonomi negara merundum



Dalam keghairahan kerajaan PH mentadbir negara juga cubaan untuk mencari pendapatan Negara... Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan terutamanya keegowan kerajaan PH yang telah memansuhkan GST dan mereka gantikan pula dengan SST hanya dapat perolehi punggutan cukai Rm20b setahun berbanding cukai GST yg terbukti memungut lebih Rm40b setahun.  Kekurangan Rm20b setahun itu yang menampakkan kerajaan PH dalam keadaan kelang kabut dan terpaksa mereka mencari jalan mudah, melancarkan cukai-cukai tambahan lain yang secara tak langsung ianya telah membebankan rakyat...

Keegowan Politik PH kini rakyat yang terbeban dan dengan Regim TDM dan DAP mereka masih tidak mengakui yang mereka telah kehilangan pendapatan negara melebihi Rm20b setahun.  Mereka telah hilang pendapatan yg diusahakan dibawah kepimpinan oleh DSN.. Seandainya kerajaan PH,  meneruskan GST atau mereka mengurangkan kadar GST sudah  pasti kerajaan PH boleh mengaup keuntungannya dan mereka juga boleh melaksanakn hampir 80% janji-janji manifasto mereka di mana bantuan rakyat hanya rm7b setahun dan rm13b lagi boleh bayar hutang Negara yang diwarisi dari Kerajaan Umno Bn.

Inilah kesilapan dan keegowan kerajaan PH telah lakukan dimana ianya telah memakan diri sendiri. Strategik politik kebodohan dan kesombongn mereka kini Rakyat semakin menyampah asik-asik mereka cuba untuk menyalahkan kerajaan Bn dan DSN.... Sampai kehari ini mereka masih gagal mencari formula untuk menstabilkn ekonomi negara.

Nampak gayanya segala model dan plan ekonomi TDM sudah tak sesuai lagi diguna pakai dizaman ini dengan menggantikan sistem cukai GST kepada SST di mana sistem GST telahpun diamalkan lebih 160 negara- negara dunia dengan jayanya...

Di sini kita terpaksa akui bahawa DSN adalah PM dan Menteri kewangan terbaik masa kini dengan Plan dan Model ekonominya... 👍👌

- TintaBiru