Selasa, 24 September 2019
Sokong perkhidmatan Pos Malaysia dari di monopoli Non Muslim
Sekarang kita tengok ada byk syarikat² yang menjalankan perkhidmatan kurier servis. Mereka tumbuh dengan berbagai jenis jenama. Di sini ada disertakan carta saham Pos Malaysia. Carta ini menunjukkan trend penurunan service perkhidmatan pernah cecah hampir rm6/unit hingga skrg rm1.73/unit bermaksud hasil dari syarikat juga jatuh merudum. Ini disebabkan saingan dari syarikat² lain dlm bidang dan perkhidmatan yang sama..
Jika trend berterusan menurun, adakah kita bakal kehilangan syarikat kurier yang rata²nya golongan profesional muslim berada dalam syarikat ni bakal bertukar tangan?? Sanggupkah anda tengok ia dibeli oleh orang Non Muslim satu hari nanti?
Di sebabkan itu, kita kena support dari sekecil² ringgit yang kita belanjakan untuk syarikat² muslim.. Pos Malaysia hampir 95% pekerja dari atas hingga ke bahagian operasi semuanya muslim
Ini belum cerita bab saham tnb dan telekom lagi sebab ia melibatkan campurtangan ghaib politik. Kita tak perlu huraikan kerana ia luar dari program BMF. Sekarang kita cuma cerita bab Pos Malaysia dahulu.
Buy Muslim 1st
Simah Mamat
Aktivis NGO
Rabu, 18 September 2019
Nasib Bangsa Melayu di Bumi sendiri.
▪️Keadaan terkini pada malam (18hb September 2019) di tapak khemah mangsa Rumah Paya Jaras yang diroboh oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan PAKATAN HARAPAN. Lebih 90 keluarga rata2nya dari Bangsa Melayu mengalami nasib malang apabila dengan sengaja dizalimi oleh Kerajaan negeri Selangor.
▪️8 buah khemah didirikan oleh anggota Jabatan Amal Malaysia. Makan malam juga disediakan oleh Unit Dapur Rakyat JAMN Selangor. Terdapat juga beberapa NGO2 pro Islam dan Melayu yang prihatin singgah menghulur bantuan.
▪️Sehingga kini individu yang bergelar YB seorang pun tidak turun padang untuk bertanya khabar apatah lagi untuk beri bantuan...
▪️Sudah macam pelarian YB2 dan kerajaan negeri Selangor layan penduduk tempatan ini. Negeri Selangor kerajaan PH atau kerajaan UMNO PAS yang perintah?... Kalau rasa diri betul tak bersalah kenapa takut nak turun padang?.
▪️Mana DS Anwar Ibrahim, mana janji2 nak selesaikan masalah rakyat kurang 24 jam? Mana Dr Wan Azizah Wan Ismail? DS Azmin Ali semburit?... Mana Mujahid Menteri Rahmatan lil alamin? Mana Khalid Samad Oktoberfest?
▪️Komen dari jauh MP Sungai Buloh YB Sivarasa Rasiah (PKR) "Kerajaan negeri Selangor terpaksa robohkan rumah2 itu kerana mereka telah diberi tempoh sehingga 16hb September lalu untuk memberi laluan kepada projek pembesaran sungai".
▪️Sebelum PRU14 lain pula cerita, Kerajaan Negeri Selangor telah berjanji untuk memberi pampasan dan menyediakan rumah Selangorku kepada penduduk yang terlibat. Rakyat tanya: Mana Rumah Selangorku, mana pampasan?
Oleh:
Pena MZR
Ahad, 15 September 2019
Benarkah Beras Plastik Kini Berada Di Pasaran Malaysia
Pengilang beras menafikan wujudnya beras palsu yang diperbuat daripada plastik di negara ini seperti yang ditularkan menerusi laman sosial sejak kebelakangan ini.
Maksud plastik itu ialah struktur beras itu develop dari zat atau vitamin sintetik, sama mcm mee maggi. Enzaim pengurai menghadamkan makanan dalam perut kita tidak mengenali struktur molekul makanan itu, menyebabkan ia mengambil masa agak untuk menguraikan. Ia akan ada lebih lama dalam perut untuk menjadi lembut dan terurai berbanding nasi dari beras semula jadi. Biasanya hanya 4 jam dalam perut, 8 jam dalam usus.
Sekiranya selepas beberapa lama berada di dalam usus, jika terserap ke dalam darah, ia maksudnya zat sintetik tadi akan pula membebankan organ buah pinggang pula, samada menerima sebagai zat yang perlu dibakar oleh tisu tisu badan atau dibuang sebagai lebihan garam.
Negeri China adalah negara terbesar dunia yang menghasilkan beras dan dijual di serata dunia. Berita mengenai beras plastik ini adalah benar dan ia bukanlah berita palsu. "The Korean Times Report" pada tahun 2015 pernah keluarkan statement "Beras China sangat merbahaya dan diperbuat daripada plastik"
https://iluminasi.com/bm/cara-bezakan-beras-asli-dan-plastik.html
Kemungkinan beras palsu yang dimaksudkan atau beras yang dipak semula adalah beras tiruan sebagai pesaing dengan beras tempatan yang sedia ada. Walaupun dikatakan bahawa di Malaysia kemungkian beras plastik ini tiada dalam pasaran, namun sebagai pengguna kita mestilah berhati-hati memilih. Jika kita ada pilihan lebih baik, mengapa kita mesti menanggung risiko dan membebankan organ organ dalam tubuh kita? Mencegah adalah lebih baik dari merawat.
Oleh:
Simah Mamat
Aktivis NGO
Golongan Liberal lawan Jabatan Agama
Mencegah kemungkaran memang sangat sukar. Bukan sahaja pendakwah dimusuhi, mereka berdepan risiko ancaman dan disaman. Anehnya pemikiran acuan Liberal hari ini, menegakkan kebenaran boleh dikenakan tindakan. Agak pelik bukan?? Tapi inilah yang berlaku sekarang di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.
Golongan Liberal ini begitu memandang rendah kepada pendakwah. Mereka melihat seolah-olah pendakwah ini sebagai golongan yang berkedudukan rendah bahkan Liberal merasakan merekalah yang diberikan pangkat dan kedudukan di sisi manusia. Kononnya merekalah yang memperjuangkan hak-hak orang melayu islam.
Jika ada pihak cuba untuk mempertahankan kemungkaran transgender bukanlah sesuatu yang menepati syarak seperti yang termaktub di dalam hadith. Tindakan Liberal mempertahankan kemungkaran ini jelas bercanggah dengan panduan yang diberikan oleh Rasulullah. Sabda Rasulullah:
لَعَنَ اللهُ المُتَشَبهِينَ مِنَ الرّجالِ بالنّسَاءِ، وَالمُتشبِهاتِ مِن النّسَاءِ بالرّجَالْ
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR al-Bukhari).
Menurut al-Imam al-Nawawi, lelaki yang berkelakuan seperti wanita dari aspek perbuatan dan pemakaian adalah termasuk dalam golongan yang dilaknat Allah
Maka berhati-hatilah dengan kerosakan pemikiran Liberal hari ini. Mereka mempertahankan kemungkaran atas nama kebebasan hak individu sehingga tidak boleh kita bezakan di antara hak manusiawi dengan nafsu haiwani.
Ketahuilah bahawa tindakan manusia adalah berdasarkan cahaya yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Mereka yang tidak mengikut petunjuk Allah berada dijalan yang salah. Firman Allah:
وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِن نُّورٍ
“Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).”
Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang diredhai.
Oleh:
Tinta Biru
Jumaat, 13 September 2019
Nasib 50 peneroka Padang Terap bila tanahnya bakal berpindah milik
Seramai 50 peneroka di Padang Sanai, terkejut apabila tanah yang diusahakan mereka sejak 15 tahun, kini hendak diambil alih oleh sebuah syarikat perladangan swasta.
En. Zakaria Ibrahim, 83 telah mula mengusahakan tanah berkenaan sejak 1958 dan beliau telahpun memiliki geran tanah terbabit sejak 15 tahun lalu, rasa terkejut apabila didatangi pekerja daripada syarikat terbabit yang mahu meratakan tanah miliknya itu baru-baru ini.
"Saya tak benarkan mereka masuk ke kawasan tanah saya, sehingga status tanah ini diselesaikan dengan cara yang baik," katanya
Kossim Abdullah 68, dari Kampung Ulu di sini juga kecewa apabila dimaklumkan tiga hektar tanahnya akan diratakan oleh syarikat perladangan swasta terbabit.
"Sebelum ini saya pernah memohon geran daripada pejabat tanah pada 2003, dan selepas selesai segala proses tiga tahun selepas itu (2006), saya mula menanam pokok getah.
"Selepas itu tidak timbul apa-apa masalah sehingga baru-baru ini, syarikat terlibat mendakwa tiga hektar tanah saya memasuki dalam tanah milik mereka.
"Tiga hektar itu melibatkan sebanyak 2,000 batang pokok getah yang setiap bulan menghasilkan pendapatan RM1,000 kepada saya dan keluarga.
"Saya kecewa memandangkan kami sebagai penduduk kampung ini hanya mengharapkan tanaman getah untuk menyara kehidupan seharian," katanya.
Anak seorang peneroka, Muhammad Hanif Hamid, 27 berkata, kesemua peneroka di kawasan terbabit sebulat suara ingin mempertahankan tanah yang telah diusahakan mereka sejak sekian lama itu.
"Ketika pemerintahan kerajaan terdahulu, mereka berjanji akan menyerahkan satu kawasan tanah simpanan di Bukit Keramat, di sini kepada syarikat perladangan itu sebagai ganti.
"Ini bermaksud peneroka dapat meneruskan aktiviti di ladang seperti biasa, namun selepas bertukar kerajaan, janji itu tidak ditunaikan," katanya.
Menurut Muhammad Hanif, dia berharap kerajaan negeri dapat mencari jalan penyelesaian terbaik supaya peneroka di sini, tidak ditindas sewenang-wenangnya.
"Apatah lagi rata-rata peneroka di sini adalah warga emas, mereka tidak mempunyai pekerjaan lain yang boleh dilakukan untuk menyara keluarga," katanya.
Oleh
Tinta Biru
Rabu, 11 September 2019
Sindiket jual Mykad palsu tumpas. Pegawai berpangkat tinggi ditahan
▪️Jual MyKad dengan harga RM100,000 - RM600,000 kepada warga asing terutamanya warga China.
▪️Satu kegiatan sindiket terdiri 20 individu termasuk kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) P. Pinang telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan kes penjualan MyKad kepada warga asing.
▪️Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, tangkapan itu dilakukan pada 19hb Ogos 2019 lagi oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) P. Pinang dan Bahagian (D14) Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman.
▪️Kesemua mereka berusia 32 - 70 tahun ditahan dalam operasi khas susulan penahanan beberapa suspek terdahulu.
▪️“Mereka ditahan terdiri 17 warga tempatan termasuk 2 wanita, masing2 satu lelaki dan wanita warga China serta seorang lelaki warga India ditahan bagi membantu siasatan.
▪️“Kesemua mereka yang ditahan melibatkan ejen, orang tengah, penganjur, pemilik kad pengenalan, sijil lahir dan pasport Malaysia palsu,”
▪️Media dimaklumkan, kes pemberian 5 MyKad itu tiada kaitan dengan JPN kerana ia berpunca daripada sindiket penipuan, manakala seorang lagi wanita China diberikan MyKad kerana beliau berkahwin dengan warganegara Malaysia hampir 20 tahun.
▪️Ketua Pengarah JPN, Ruslin Jusoh dilaporkan berkata, wanita itu yang memiliki status Penduduk Tetap dan kad pengenalan merah, diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 2017.
▪️Hasil tangkapan itu, PDRM turut merampas 38 telefon bimbit, pasport (34), kad pengenalan (11) , komputer riba (6).
▪️Turut dirampas ialah 58 salinan pasport, salinan kad pengenalan (6) dan buku daftar pesuruhjaya sumpah (4), beberapa dokumen JPN, kereta (6) dan wang tunai bernilai RM38,340.21
▪️Kesemua 20 individu berkenaan ditahan mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2010.
▪️“Siasatan dibuat mengikut Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012 dan direman selama 28 hari di bawah Seksyen 4(5) Akta SOSMA 2012.
1.
https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sindiket-jual-mykad-palsu-tumpas-1.969302
2.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/11/sindiket-jual-mykad-tumpas-pegawai-berpangkat-tinggi-dtahan/
3.
https://www.msn.com/en-my/news/berita/sindiket-jual-mykad-tumpas-pegawai-berpangkat-tinggi-dtahan/ar-AAH8dsT?li=BBr8Hnu

Dua ADUN DAP Perak letak jawatan dalam parti
Dua ADUN DAP di Perak meletakkan jawatan dalam jawatankuasa DAP negeri itu.
ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng meletakkan jawatan sebagai Timbalan Bendahari manakala ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih meletakkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Organisasi DAP.
Peletakan jawatan mereka kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung kedudukan anggota Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Keong yang sedang menghadapi tuduhan merogol pembantu rumahnya.
Cheok Keng juga peguambela Paul Yong berkata, peletakan jawatan itu adalah muktamad dan berkuatkuasa serta-merta.
“Kami tidak berpuas hati dengan berita yang kita dengar pagi ini (11hb September 2019) bahawa jawatan Exco YB Paul Yong akan dibincang pada peringkat PH Perak dengan tidak memberitahu kami terlebih dahulu bahawa isu ini akan dibincang pada peringkat itu.
“Pada pandangan kita, sekiranya jawatan YB Paul Yong akan dibincang pada peringkat PH ia perlu dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat Jawatankuasa DAP Perak,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, pada Rabu (10hb September 2019).
Keputusan muktamad itu diakui dibuat tanpa berunding terlebih dahulu dengan Kor Ming selaku Pengerusi DAP negeri, namun kedua2 menegaskan mereka masih ahli parti dan taat kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.
Kenyataan Kor Ming yang disiarkan di dalam beberapa portal berita pada 11hb September 2019 menyatakan kedudukan Paul Yong akan dibincangkan oleh PH Perak.
Menurut Cheok Keng, mereka khuatir jika isu itu dibincangkan, kedudukan Paul Yong mungkin akan terjejas sedangkan di dalam mesyuarat parti sebelum ini mereka sepakat bahawa Exco berkenaan tidak bersalah dan sepakat pertahankannya.
Thye Yih turut membidas Kor Ming apabila mendakwa semua jawatan pada pemilihan jawatankuasa negeri ditentukan oleh Ahli Parlimen Teluk Intan itu sendiri dan bukannya secara bergilir2 menurut perlembagaan parti.
Thye Yih menegaskan bahawa jawatankuasa tersebut tidak sah termasuk juga jawatan Pengerusi DAP Perak. Ini bukan lagi Democratic Action Party (DAP) tetapi di bawah naungan Kor Ming, ia sudah menjadi 'Dictator Action Party'
1.
https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-adun-dap-perak-letak-jawatan-dalam-parti-217245%3famp=1
2.
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/dua-adun-letak-jawatan-dalam-jawatankuasa-dap-perak-1.969006

Selasa, 10 September 2019
Pegawai kerajaan jual MyKad..??
▪️BEBERAPA individu termasuk pegawai kerajaan berpangkat tinggi direman polis susulan pembongkaran aktiviti "jual" MyKad kepada warga China di Pulau Pinang.
▪️Dalam operasi khas, beberapa kakitangan dan pegawai di sebuah jabatan kerajaan P. Pinang termasuk di Putrajaya ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
▪️Sumber berkata, antara yang ditahan termasuk Timbalan Pengarah jabatan itu bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang mengenai wanita warga China memiliki MyKad "sah" mahu membuat pasport Malaysia.
▪️Difahamkan, wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun itu datang ke JIM negeri bagi membuat pasport Malaysia sebelum mengemukakan MyKad miliknya yang "sah".
▪️“Namun status warganegara wanita itu diragui selepas timbul masalah komunikasi antara dirinya dan pegawai bertugas".
▪️“Dia gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam Bahasa Melayu sebaliknya hanya tersenyum sebaik soalan dikemukakan,".
▪️MyKad yang dibawa wanita itu sah sebelum JIM membuat laporan polis berhubung perkara itu. Maka timbul pula persoalan: Bagaimana individu itu berjaya memperolehi Mykad sedangkan bertutur bahasa Malaysia pun tak mampu?. Individu tersebut juga gagal memahami soalan yang diaju kepadanya.
▪️Susulan laporan itu, satu operasi sulit dilakukan PDRM sebelum membawa kepada penahanan beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan kes penjualan MyKad bernilai RM350,000 setiap satu.
▪️Difahamkan, operasi sulit itu bakal menahan beberapa lagi individu termasuk membongkar sindiket berkenaan.
▪️Hasil siasatan sehingga 11hb September 2019, kumpulan itu sudah menjual lebih 6 keping MyKad selain penemuan sejumlah wang tunai bersama mereka yang terdiri daripada beberapa individu.
1.
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/495341/amp
2.
https://www.google.com/amp/s/headtopics.com/my/pegawai-kerajaan-jual-mykad-8174686

Beli Produk Muslim Menteri diingatkan agar jangan termakan suapan
Bagaimanapun, kempen berkenaan tidak disokong oleh anggota Kabinet, termasuk Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mahukan usaha itu dihentikan kerana didakwa menjejaskan perpaduan nasional dan merugikan pengguna.
Bukan hanya dikritik dan ditentang parti tamak haloba itu malah usaha berkenaan turut ditolak kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) – yang turut dianggotai pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR – yang menganggap tindakan itu sebagai boikot dan tidak wajar.
Mengulas perkara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong, yang juga Presiden Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) berkata. "Semua pihak sepatutnya faham bahawa kempen berkenaan adalah mengutamakan produk keluaran muslim terlebih dahulu bukannya kempen memboikot".
Beliau menasihati agar "Jemaah menteri tidak patut termakan ‘suapan’ daripada media liberal berkenaan ‘Kempen Beli Produk Muslim’. Apabila mereka memutar belit sebagai kempen memboikot produk bukan muslim. " Kata Firdaus Wong Wai Hung lagi.
Paling penting katanya, "tidak timbul isu kononnya Islam mengajar ataupun tidak memboikot seperti yang dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa baru-baru ini."
“Mereka kena tahu, kempen ini sama seperti kempen yang kerajaan lancarkan ketika pembentangan Bajet 2019 apabila memperuntukkan RM20juta untuk kempen Beli Produk Malaysia.
“Itu adalah kempen utamakan produk Malaysia bukannya boikot produk buatan luar negeri,” katanya menjelaskan salah faham yang berlaku terutama membabitkan menteri.
Ia termasuk Mujahid, apabila mendakwa Islam menekankan pembelian barangan halal dan bersih, tetapi tidak mengajar umatnya memilih produk berdasarkan kaum serta agama.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, ajaran Islam tiada kaitan dengan kempen mengutamakan produk Islam yang dicanangkan sesetengah pihak.
Selain itu, Firdaus menggesa pemimpin politik memberi komen terhadap kempen memboikot sistem pendidikan negara oleh mereka yang bersekolah di sekolah vernakular dan mereka yang memboikot pengajaran khat jawi.
“Jangan apabila muslim mahu mengutamakan produk muslim, dikeluarkan macam-macam kenyataan tetapi apabila pihak yang suka merendah-rendah serta mengkritik Islam buat sesuatu, didiamkan dan lebih lunak terhadap mereka.
“Harap menteri jangan boikot kempen utamakan produk muslim, mereka patut sokong kempen ini untuk memperkasakan ekonomi muslim yang membayar zakat, dan dimanfaatkan oleh muslim yang lain,” katanya.
Oleh
Tinta Biru
Sabtu, 7 September 2019
TS Zeti Disyaki Melakukan Salah Guna Kuasa Semasa Beliau Sebagai Gabenor BNM.
▪️Pada 21hb Ogos 2019 blogger "another brick in the wall" telah meluahkan rasa terkejut apabila sumber awam memberitahu bahawa ada akaun pasangan (spouse) bekas Gabenor BNM dibekukan pihak berkuasa di Singapura, tetapi maklumat tersebut tidak menyatakan nama, sebab dan alasan2 kenapa akaun tersebut dibekukan.
▪️Blogger ini menyenaraikan 8 bekas Gabenor BNM. Apabila diselidiki menerusi pencarian di laman sesawang, didapati nama TS Zeti dan keluarganya pernah disyaki terlibat dengan skandal yang berlaku tahun 2005 berkenaan penggabungan Southern Bank Bhd (SBB) dan Kumpulan CIMB. FYI:, TS Zeti menjadi Gabenor BNM dari 1hb Mei 2000-28hb April 2016.
▪️Urusan pembelian Southern bank mula dicurigai wartawan WSJ Leslie Lopez yang telah mendedahkan perkara tersebut pada 14hb Disember 2005. WSJ mengaitkan faktor utama iaitu "kuasa" bank pusat (BNM) tidak meluluskan tawaran pembelian dari Asia General Holdings Ltd (AGHL) Singapura tanpa alasan.
▪️Apakah asasnya dakwaan Leslie Lopez wartawan WSJ ini?. Bagi merungkai persoalan ini, fakta akan dianalisa dari permulaan SBB "setuju" terima tawaran dari AGHL sehingga faktor SBB-BCHB bergabung.
▪️Pada 18hb Ogos 2005 SBB mengumumkan bahawa pihak mereka berpuas hati di atas tawaran berjumlah SGD918.75 juta (RM2,071.78 juta) dari AGHL secara tunai. Manakala pada 23hb Ogos 2005, Bursa Malaysia pula secara rasmi mengumumkan telah menerima proposal pengambilalihan SBB oleh syarikat AGHL. Proses kelulusan (approval) bidaan ini hanya bergantung kepada BNM. Deposit RM50 juta telah dibayar secara tunai oleh AGHL.
▪️Dalam pada itu, laporan The star 22hb Oktober 2005 telah memaklumkan yang Kumpulan Commerce Asset-Holding Bhd (CAHB) menerima kebenaran dari pihak BNM bertarikh 21hb Oktober 2005 untuk memulakan rundingan dengan pihak SBB. CAHB pula memberitahu Bursa Malaysia yang rundingan akan dimulakan dengan mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, berjumpa Datuk Syed Mohd Yusof Syed Nasir dan lain2 pemegang saham utama SBB. Hampir 28% saham utama SBB dipegang Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datuk Syed Yusof.
▪️Setelah mendapat kebenaran dari BNM, The star pada 13hb November 2005 memberitahu pihak CIMB Bhd mengalu2kan pihak SBB berbincang sebarang syarat2 bidaan penggabungan yang bakal dikemukakan. Walau bagaimana pun, CIMB berdepan dengan sambutan dingin (initial cool reception) dari CEO SBB Tan Teong Hean.
▪️Pihak SBB menyedari BNM telah membenarkan BCHB mencelah. Maka laporan the star pada 16hb November 2005, memaklumkan bahawa pemilik SBB telah memohon sokongan penuh ahli lembaga pengarah mereka agar tiada bantahan pada EGM nanti. Pembelian saham oleh AGHL berdasarkan 51.58% pegangan saham SBB sebagai "option agreement". Manakala "option agreement" pula bersandar kepada bidaan harga SGD12.25 seunit saham AGHL untuk nilai SGD473.92 juta keseluruhan.
▪️Ekoran dari itu, the star pada 3hb Disember 2005 melaporkan Datuk Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir telah menghantar satu surat rasmi kepada TS Tan Teong Hean CEO SBB untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi SBB. Beliau juga merupakan non-independent director dan non-executive director yang memiliki saham langsung (direct share) 62.5 juta unit bernilai RM1 sesaham, juga mempunyai 275.621 juta unit saham secara terus (direct) di dalam Ramuda Sdn Bhd, saham tidak langsung (indirect share) Killinghall (M) Bhd dan Ramuda Mining Sdn Bhd. Beliau meletak jawatan atas faktor mahu mengelak dari wujudnya "conflict of interest" kerana diri beliau juga ada kepentingan di dalam BCHB.
▪️Laporan the star pada 13hb Disember 2005 menyatakan SBB menerima surat jawapan BNM bertarikh 6hb Disember 2005 memaklumkan proposal mereka tidak diluluskan. BNM hanya mencadangkan kepada SBB supaya mencari alternatif lain selain dari syarikat insuran hayat. Ekoran dari itu, SBB telah menghantar segera surat pada 7hb Disember 2005 memohon satu penjelasan pihak BNM sebab2 proposal AGHL tidak diluluskan (declined).
▪️Dalam satu sidang media SBB yang diadakan pada tarikh 12hb Disember 2005, pengarah Non-Eksekutif Ian Buchanan meminta BNM lebih transparen kerana pihaknya meluangkan masa setahun menilai pembida. Pihak SBB ingin tahu apa faktor terkurang dan apa yang pihak SBB tidak tahu tetapi BNM tahu.
▪️Manakala The star pada 17hb Disember 2005 menekan ulasan kepada perkembangan yang dianggap 3 penjuru antara Southern Bank Bhd (SBB), Asia General Holdings Ltd (AGHL) dan CIMB Bhd yang masing2 berusaha yakinkan CEO SBB TS Tan Teong Hean. Meski pun rundingan tersebut dihangatkan oleh liputan media, tetapi ianya tidak dapat dibanding dengan percubaan kontroversi "twist and turn over" AGHL dan CIMB Bhd yang boleh ditafsir sebagai gangguan kepada CEO SBB.
▪️Beliau berada ditengah antara 2 personaliti terhebat iaitu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datuk Syed Mohd Yusof Syed Tahir. TS Tan Teong Hean mengenali Sultan Selangor sejak tahun 1970-an lagi. Sultan Selangor dan Datuk Syed Yusof memiliki 58% saham Killinghall dan Ramuda yang mengawal SBB.
▪️Pada 13hb Januari 2006, the star melaporkan munculnya Datuk Chua Ma Yu bekas stockbroker juga "founder" RHB "partner" TS Rashid Hussein yang berminat untuk membeli saham Killinghall Bhd. Beliau pasti memiliki 14.1% saham Killinghall (M) Bhd bersamaan 28.2 juta unit melalui belian tunai bernilai RM112.8 juta.
▪️Mengikuti rapat Datuk Chua ialah "pembeli misteri" yang membeli 3.8 juta unit saham Killinghall (M) Bhd dan 45.7 juta unit saham ICULS Killinghall juga dibeli "pembeli misteri". Kesemuanya memberi nilai pegangan 21.27% dalam ekuiti Killinghall.
▪️Siapa pembeli misteri (mysterious buyer) ini?. Adakah Datuk Tawfiq Ayman suami TS Zeti Gabenor BNM?. Kenapa perlu dirahsia nama pemegang saham Killinghall (M) Bhd di saat wujud unsur2 kontroversi dalam pengambilalihan SBB?. Adakah wujud juga unsur2 "insider trading"?.
▪️FYI:Killinghall (M) Bhd adalah pemegang saham terbesar di dalam SBB. SBB pula sasaran pembida utama BCHB.
▪️The star 20hb Januari 2006 melaporkan SBB yang disebut bakal bergabung dengan CIMB telah menjelaskan prinsipnya, mereka akan melihat potensi pasaran (market driven) yang ditawarkan oleh pembida. Jika pembida tidak dapat menepati jangkaan, pihak SBB terpaksa melihat potensi masa depan dengan syarikat lain.
▪️Berita the star 9hb Febuari 2006 melaporkan kenyataan Bursa Malaysia berkenaan keputusan SBB yang membuka pintu rundingan kepada pihak Kumpulan CIMB. Maklumbalas pihak BCHB kepada Bursa agak suram, walau bagaimana pun BCHB sudi menawarkan belian aset SBB serendah RM4.30 seunit saham SBB.
▪️Sultan Selangor, Syed Yusof dan founder SBB CEO TS Tan Teong Hean memiliki 30.15% saham Killinghall melalui pegangan saham peribadi dalam Ramuda Sdn Bhd. Yang menariknya, Datuk Chua Ma Yu juga baru saja memiliki saham dalam Killinghall (M) Bhd sebanyak 14.03%.
▪️Pada 13hb Febuari 2006, BCHB mengeluarkan tawaran kepada SBB untuk bersetuju membayar RM6.35 billion yang akan dibuat melalui 2 pecahan bayaran iaitu tawaran secara terus RM4.15 kepada ke semua pemegang saham SBB. Kedua, lembaga pengarah SBB ditawar RM4.08 sesaham dalam tunai dengan nilainya RM6.17 bilion. Malangnya, lembaga pengarah SBB sepakat menolak tawaran dari CIMB kerana "asasnya di bawah nilai sebenar bank" dan tawaran itu tidak mematuhi peraturan penggabungan.
▪️Pada 26hb Febuari 2006, the star melaporkan pemegang saham utama di dalam SBB iaitu Killinghall (M) Bhd kecewa dengan beberapa ahli Lembaga Pengarah SBB kerana menolak tawaran dari BCHB. Ekoran dari itu, telah berlaku satu rombakan drastik ahli lembaga pengarah di dalam Killinghall (M) Bhd.
▪️Pada 26hb Febuari, Majalah Financial Times menegaskan mungkin telah wujud unsur2 konspirasi di dalam proses pengambilalihan SBB apabila tawaran selain pihak BCHB ditolak.
▪️SBB pula menyalahkan pihak "stock exchange" kerana tidak betul2 mengenalpasti rakan pembida. Menurut SBB, central bank (BNM) juga membenarkan pihak lain mencelah dalam masa perundingan, keutamaan akan diberi kepada pembida tempatan.
▪️Malaysiakini telah terbitkan satu message individu tanpa nama pada 3hb Mac 2006. Individu ini arif mengenai dunia perbankan dan massagenya menunjukkan beliau terlalu dekat dengan situasi yang berlaku. Menurutnya, beliau tidak boleh tolong, tetapi simpati dan terkilan dengan nasib TS Tan Teong Hean apabila berdepan pemangsa (predator) yang berhubungan kuat dengan kuasa politik, polisi kerajaan pula menguntungkan mereka dan mereka ini tahu peraturan dunia perbankan. Tiada apa yang boleh dilakukan, SBB pernah digesa bergabung (marry) tetapi mereka pula yang memilih pasangan itu.
▪️Sekarang semua boleh lihat peranan kuasa politik di dalam aktiviti komersial. Peraturan BNM menetapkan sesuatu perundingan perlu mendapat kebenaran dari bank pusat terlebih dahulu. Peraturan tersebut juga bermakna central bank boleh mengawal sebarang tawaran dari bank lain. Ianya merupakan satu keburukan kepada pengaruh minoriti.
▪️Pada 17hb Mac 2006 setelah 5 bulan berunding, Southern bank Bhd dan Bumiputra-Commerce Holding Bhd (BCHB) bersetuju untuk bergabung (merger).
▪️Pada 1hb Jun 2006, the star melaporkan yang BCHB telah melengkapkan pemerolehan SBB termasuk segala aset2 dan liabiliti bernilai RM6.7 bilion apabila telah menandatangani perjanjian urusniaga pada 31hb Mei 2006. Secara prinsip, kata sepakat penggabungan SBB-BCHB dicapai sejak 15hb Mac 2006 lagi walau pun rundingan dimulakan dalam Oktober 2005.
▪️10 tahun kemudian, salah guna kuasa disyaki dilakukan oleh TS Zeti telah diviralkan melalui portal THERECOUNTER dan portal Sarawak Report (SR). Paling menakjubkan ialah watak2 yang terlibat di dalam skandal penggabungan SBB-CIMB ini terdiri dari beberapa individu yang terlibat di dalam kes konspirasi menjatuhkan DS Najib dan memfitnah syarikat 1MDB.
▪️Syak wasangka mula timbul apabila urusniaga ini disyaki melibatkan pihak ke-3 suami TS Zeti iaitu Datuk Tawfiq Ayman yang berfungsi sebagai "broker" di dalam urusan penggabungan SBB-BCHB. Jika benar, TS Zeti didapati ada unsur2 "conflict of interest" di dalam urusniaga ini.
▪️Pada 5hb Ogos 2015, artikel berjudul "The Southern Bank CIMB hostile takeover: Abuse of power and connections" telah diterbitkan. Ianya menceritakan kisah salah guna kuasa oleh TS Zeti apabila beliau mengguna kuasa yang ada padanya serta menggunakan pengaruhnya (Datuk Tong Kooi Ong CIMB panel advisor) agar DS Nazir Razak Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB bersetuju menguruskan "merger" SBB-CIMB.
▪️FYI: Datuk Tong Kooi Ong pemilik kumpulan media "The Edge" adalah Panel Penasihat CIMB merupakan kroni TS Zeti yang memberi sokongan kuat terhadap penggabungan ini.
▪️Clare Rewcastle Brown dalam artikel "The PM, 1MDB And Off-Shore Accounts" keluaran SR pada 7hb Ogos 2015 telah menyatakan bahawa "the International Consortium Of Investigative Journalists (ICIJ)" sedang menyiasat beberapa akaun TS Zeti dan keluarga di British Virgin Isles (BVI). Clare Rewcastle Brown namakan 2 syarikat Rhapsody Limited dan Glittering Snow international Ltd dimiliki oleh TS Zeti dan keluarga, termasuk pelbagai syarikat lagi di BVI.
▪️Selepas dari tarikh 5hb Ogos 2015, laporan Claire dan SR lebih kepada isu2 1MDB. Dan laporan blogger TheReCounter pula secara berterusan fokus kepada isu salah guna kuasa TS Zeti dan keluarganya. Bersambung.....
1.
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2019/08/spore-frozen-account-of-ex-bnm.html?m=1
2.
https://www.wsj.com/articles/SB113451166386921601
3.
http://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/viewHtml?e=57216
4.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/10/22/cahb-and-sbb-to-start-merger-talks
5.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/11/13/cimb-hails-southern-banks-bid-to-talk-on-merger
6.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/11/16/sbb-urges-shareholders-to-support-asia-general-buy
7.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/12/03/syed-yusuf-resigns-as-southern-bank-chairman
8.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/12/13/sbb-still-keen-on-asia-general
9.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/12/17/on-opposite-sides-of-southern-bank
10.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/200
6/01/13/chua-ma-yu-enters-the-fray-in-sbb-bid
11.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2006/01/20/sbb-to-rethink-options-if-offer-price-isnt-right
12.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2006/02/09/sbb-calls-off-merger-talks-with-bchb
13.
http://www.kollect.my/article.php?story=20060317105720530&mode=print
14.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2006/02/28/killinghall-shareholder-unhappy-with-sbb-board-move
15.
https://www.ft.com/content/f0b07fc0-9d4a-11da-b1c6-0000779e2340
16.
https://m.malaysiakini.com/letters/47781
17.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2006/03/13/tan-signals-end-to-southern-bank-saga
18.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2006/03/16/sbb-board-accepts-bchb-offer/
19.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2006/06/01/bchb-wraps-up-sbb-assets-deal
20.
https://www.cimb.com/en/who-we-are/overview/corporate-governance/board-committees.html
21.
https://therecounter.wordpress.com/2015/08/05/the-southern-bank-cimb-hostile-takeover-abuse-of-power-and-connections/
Oleh :
Pena MZR
Jumaat, 6 September 2019
Beli Barangan Muslim Zaman Rasulullah S.A.W Yang Memecah Monopoli Yahudi
Ketika umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka tidak ada harta kekayaan. Suasana ekonomi di Madinah ketika itu dimonopoli orang Yahudi. Kuasa dagangan mereka meluas serta pinjaman kewangan ada unsur riba yang sangat tinggi.
Kisah Pertama
Di Madinah, Rasulullah s.a.w berjaya menyatukan Muhajirin dan Ansar. Abdul Rahman bin Auf bersatu dengan Saad bin Rabi’, antara orang terkaya dalam kalangan Ansar.
Abdul Rahman bin Auf adalah hartawan dan usahawan di Mekah telah memulakan perniagaan di pasar Yahudi tanpa takutkan persaingan. Beliau berdagang unta yang selama ini dikuasai oleh orang Yahudi. Harga untanya tidak setinggi jualan orang Yahudi.
Walaupun margin keuntungan kecil, namun beliau berjaya menguasai pasaran atas faktor harganya. Tetapi, setiap unta yang dijualnya tidak disertakan tali pengikat unta. Apabila banyak unta terjual, beliau mula membuat keuntungan dengan menjual tali pengikat unta pula.
Pengajarannya, “Peniaga Muslim perlu Skill & Strategi Perniagaan”. Abdul Rahman bin Auf melakukan Market Research (cari pasar paling sibuk), Trust through Branding (unta Uthman harganya tidak mahal seperti peniaga Yahudi) dan Supply & Demand (mengawal harga melalui keperluan masyarakat untuk mendapatkan tali unta).
Kisah Kedua
Di Madinah, selain membina Masjid, antara perkara awal yang lain dibina oleh Rasulullah s.a.w adalah Pasar. Oleh kerana orang Yahudi memonopoli perniagaan melalui pasar2 milik mereka yang berunsur riba, maka Baginda bersabda, “Bukan begini pasar kamu (Islam)”. Kemudian, baginda membina pula pasar khas untuk Muslim dengan sistem sendiri, bersabda “Beginilah pasar kamu”.
Pengajaran dari kisah kedua adalah, Rasulullah menyediakan “Platform & Option” kepada pengguna dan pembeli. Buat apa umat Islam terkongkong dengan pasar milik Yahudi jika umat Islam boleh membuat pasar sendiri dan berjual beli disitu?. Kita ada pasaran dan produk sendiri. Dont play their games when we have our own.
Kisah Ketiga
Ketika Madinah ditimpa kemarau, Orang Madinah sangat memerlukan air, namun telaga air hanya dimiliki oleh seorang Yahudi bernama Ruumah yang jual air pada harga sangat tinggi. Kemelaratan ini disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu beliau bersabda, “Sesiapa sahaja antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membeli telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat Syurga Allah”
Tahu akan hal ini, Uthman bin Affan segera bertemu Ruumah untuk membeli telaga. Maka, Uthman bin Affan menawarkan harga sangat tinggi tetapi guna sistem bergilir2 "satu hari dengan satu hari". Kata Uthman bin Affan" Hari ini, masyarakat akan membeli air dari Ruumah dan esoknya beli dari Uthman bin Affan pula". Begitulah telaga ini digilir2kan.
Setelah Ruumah bersetuju dengan perjanjian itu, maka Uthman bin Affan pulang kepada kaum Muslimin lalu menyeru, “Jangan beli air ketika giliran telaga itu milik Ruumah. Datang ambil air sepuas2nya ketika telaga itu jatuh pada hari giliranku”.
Lama kelamaan, Ruumah jatuh bankrap lalu Uthman datang untuk membeli seluruh telaga itu dengan harga yang rendah. Ruumah terdesak dan terpaksa menjual seluruh hak pemilikan telaga itu kepada Uthman bin Affan.
Pengajaran dari kisah ketiga adalah, “Community Support” terhadap sesuatu kempen.
Walaupun pada mula Uthman bin Affan terpaksa bersusah payah sedikit membeli "sistem bergilir" untuk telaga dengan harga tinggi, namun setelah kempen berkesan, Uthman bin Affan berjaya memiliki telaga tersebut dengan harga murah lalu nikmatnya dikongsi semula kepada umat Islam jua.
Kesimpulan
Muslim perlu menjadi peniaga yang mempunyai skill dan strategi perniagaan yang bijak. Seterusnya, Muslim perlu memiliki platform dan option tersendiri. Umat selaku komuniti perlulah bersama2 menyokong ekonomi sesama Muslim.
Walaupun mengalami waktu sukar di awal usaha, dengan 3 keypoint utama, maka nikmat keuntungan akan kembali kepada umat Islam jua. Umat Islam kaya, zakat pendapatan tinggi, akan dikembalikan untuk asnaf2. Inilah yang dinamakan JIHAD EKONOMI.
Oleh
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa

Langgan:
Catatan (Atom)