Mencegah kemungkaran memang sangat sukar. Bukan sahaja pendakwah dimusuhi, mereka berdepan risiko ancaman dan disaman. Anehnya pemikiran acuan Liberal hari ini, menegakkan kebenaran boleh dikenakan tindakan. Agak pelik bukan?? Tapi inilah yang berlaku sekarang di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.
Golongan Liberal ini begitu memandang rendah kepada pendakwah. Mereka melihat seolah-olah pendakwah ini sebagai golongan yang berkedudukan rendah bahkan Liberal merasakan merekalah yang diberikan pangkat dan kedudukan di sisi manusia. Kononnya merekalah yang memperjuangkan hak-hak orang melayu islam.
Jika ada pihak cuba untuk mempertahankan kemungkaran transgender bukanlah sesuatu yang menepati syarak seperti yang termaktub di dalam hadith. Tindakan Liberal mempertahankan kemungkaran ini jelas bercanggah dengan panduan yang diberikan oleh Rasulullah. Sabda Rasulullah:
لَعَنَ اللهُ المُتَشَبهِينَ مِنَ الرّجالِ بالنّسَاءِ، وَالمُتشبِهاتِ مِن النّسَاءِ بالرّجَالْ
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR al-Bukhari).
Menurut al-Imam al-Nawawi, lelaki yang berkelakuan seperti wanita dari aspek perbuatan dan pemakaian adalah termasuk dalam golongan yang dilaknat Allah
Maka berhati-hatilah dengan kerosakan pemikiran Liberal hari ini. Mereka mempertahankan kemungkaran atas nama kebebasan hak individu sehingga tidak boleh kita bezakan di antara hak manusiawi dengan nafsu haiwani.
Ketahuilah bahawa tindakan manusia adalah berdasarkan cahaya yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Mereka yang tidak mengikut petunjuk Allah berada dijalan yang salah. Firman Allah:
وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِن نُّورٍ
“Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).”
Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang diredhai.
Oleh:
Tinta Biru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan